Wednesday 14 September 2011

NAMEWEE MAHU DS NAJIB JADI PELAKON

Akak menyertai rakan-rakan yang sakit hati bila khabarnya DS Najib akan atau telah jumpa si budak Namewee tu.  Bukan akak cemburu sebab tak pernah dapat bersalam dan bertentang mata dengan DS Najib, tapi akak rasa keMelayuan akak tercabar bila DS Najib layan budak anti Melayu yang kurang ajar sangat tu.  Kenapa nak bagi muka dekat dia? Kalau jumpa pasal nak cakap tentang filem dia atau nak bercakap pasal masalah nak dapatkan geran buat filem dan birokrasi Finas, LPF dan semua agensi yang terlibat, kenapa perlu dengar dari budak hingusan yang baru belajar nak buat filem?  Banyak lagi pengarah, penerbit, persatuan seperti PFM, GAFIM, FDAM dan macam-macam lagi yang dah lama dan masak di dalam industri perfileman dan yang telah lama bergelumang dengan segala macam masalah dalam menghasilkan filem, yang boleh ditemui.  Akak rasa dia orangpun telah lama berhasrat untuk jumpa Perdana Menteri, tetapi pernahkah dapat layanan istimewa macam si Namewee?   

Angin satu badan akak bila pelacur lagu Negaraku dapat karpet merah cam gitu.  Dan akak dapat rasakan macammana orang yang bencikan negara dan orang Melayu yang sejenis dengan si Namewee ni akan bersorak penuh keriangan melihat ketakutan orang Melayu terhadap ancaman dia orang.  Ini baru sikit ancaman yang dia orang bagi, pihak Melayu dah meroyan.  Belum lagi dia orang ugut macam-macam.  Akhirnya BN (UMNO) pun akan ikut macam rentak PAS, macam PKR yang patuh dan takut kepada orang Cina.   

Sebenarnya, Namewee hanya melihat DS Najib sebagai seorang pelakon di bawah arahannya.  Kejayaan Namewee bertemu PM akan membuatkan nama Namewee disanjung.  Kelompok Namewee akan semakin kuat dan semakin yakin untuk membuat apa sahaja yang mereka suka kerana yakin, kesudahannya PM dan orang Melayu akan tunduk juga dengan kemahuan mereka.  Sialan!    

Setakat buat filem nasi lemak 2.0 dah boleh jumpa PM, akak pun nak jugak buat filem.  Patutnya, kalau tak reti buat filem, belajar dulu, tak ada duit buat filem, cari dulu.  Dia ingat, masalah filem dia PM nak kena tanggung jugak ker?  Banyak lagi pembikin-pembikin filem yang ada masalah.  Salah satu darinya si pembikin filem 'Hanyut'.  Memang hanyut....hanyut duit rakyat dibuat dek U-wei.  Malas akak nak cakap pasal orang filem yang kononnya kreatif dan gila ni.  Bukan malas, meluat.  Depa cari makan dengan buat filem, bukannya buat filem demi filem atau bikin filem demi seni seperti yang depa duk agung-agungkan.  Seni kunun!  Muntah oren akak.

Kalau PM duk layan orang macam Namewee, akak rasa akan ramai lagi yang akan jadi macam Namewee!  Masatu nanti, pejabat PM mesti jadi cam pasar Semarak kat Nilai ni:  Busuk, hanyir dan meloyakan!    


No comments:

Post a Comment