Friday 29 June 2012

KASSIM AHMAD MAHU TEMBAK & GANTUNG ANWAR SMPAI MATI!!

Marah betul Kassim Ahmad dengan Anwar Ibrahim.  Sebenarnya bukan Kassim Ahmad jer rasa macamtu, ramai lagi yang meluat tahap dewa dengan Anwar si penipu nie.  Kalau bunuh orang tu tak berdosa, mungkin dah lama Anwar tu jadi aruah.  Dah tinggal gigi jer kot sekarang nie.  Yang lain-lain dah hancur!

Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang didakwa suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.  Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.

"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim di SINI

Thursday 28 June 2012

ANWAR & NAJIS 707!

Ni apa cer?  7 Julai ini ada majlis makan malam yang hidang 2 jenis makanan atas satu table.  Satu makanan halal dan satu makanan haram.  Kenapa akak kata satu table sebab dah tentu-tentu Anwar Ibrahim akan duduk semeja dengan Tian Chua dan Anthony Loke.  Jadi macammana hidangan 2 makanan boleh dibuat di atas satu table.  Atau barangkali ianya dibuat secara buffet.  Ok lah kalau cam gitu.  Tapi apabila dibuat di restoran yang menyajikan makanan tidak halal seperti babi, ular, monyet dan sebagainya, bagaimana dengan pinggan mangkuk dan sudu garfu semua?  Apakah semuanya dibuat secara berasingan, makanan halal akan dimasak oleh orang Muslim di satu tempat yang lain dan hantar ke restoran itu dengan segala pinggan mangkuk bagai?  Dan jika ini berlaku memang tidak ada salahnya, tidak ada haramnya dan tiada sebarang keraguan sedikitpun.  

Walau bagaimanapun pada akak adalah amat tidak masuk akal sekali makan malam yang dianjurkan oleh AMK Johor nie.  Dah sah-sah syeikh Anwar Ibrahim ada, wakil Pas ada, yang korang nak buat jugak kat restoran tidak halal tu apa kes?  Dah tak ada ke restoran Melayu atau restoran Muslim lain kat Kulai Johor tu?  Nampak sangatlah orang Melayu Pkr dan Pas nie sanggup ketepikan prinsip dan agama demi Dap.  Akak tak fikirla orang bukan Islam tak reti nak makan makanan halal.  Langsung tidak ada hormat kepada orang Islam jika macamnie.


 Angkatan Muda Keadilan Johor akan menganjurkan satu majlis makan malam bersama Anwar Ibrahim pada 7 Julai 2012. Anjuran majlis makan malam perkara biasa, yang luar biasanya penganjur yang majoritinya orang-orang melayu PKR turut menyediakan hidangan yang tidak halal. 

Mengikut laman yang menyiarkan cerita asal, sel13.com, hidangan yang tidak halal di sesebuah restoran cina sudah tentulah ianya meliputi babi, katak atau ular. Lihat di sini....

Selain dari Pak Sheikh Anwar, antara yang lain yang bakal turut serta dalam majlis hidangan daging babi tersebut adalah Ketua Pemuda Pas Johor. Bagus Pas.....
Cerita seterusnya baca RBF ONLINE 

Wednesday 27 June 2012

MCA KUANTAN AKAN SAMAN FUZIAH. BAGUSLA... JANGAN CAKAP JER BANG!!

Saman jer kalau betul Fuziah bersalah.  Jangan duk ugut-ugut.  Akak dah bosan dengan ugutan.  Akakpun dah bosan dengan kes saman-saman nie.  Dan sila pastikan bila menyaman tu boleh menang.  Jangan kemudian nanti orang buat saman balas, sendiri yang kalah dan diri sendiri yang kena bayar saman.  Dan pastikan betul-betul ada kes.  Jangan buang masa mahkamah dan jangan bikin malu BN.  

---------------------------------------------
MCA Kuantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Anggota Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh jika beliau berterusan melemparkan tohmahan dan fitnah kepada Anggota Dewan Undangan Negerinya (Adun) bersabit isu Lynas.

Ketuanya Datuk Ti Lian Ker berkata dakwaan Fuziah dalam sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam bahawa dua Adun MCA yang bercuti ke Australia atas tajaan Lynas dan sekembali ke tanah air mengatakan bahawa kilang itu selamat, adalah satu fitnah.  Seterusnya di SINI

Tuesday 26 June 2012

JANGAN EMO!! BIAR JE LA DIPLOMAT SINGAPURA PAKAI BAJU BERSIHPUN!

SAYA rasa kita tidaklah perlu “emo” sangat mengenai kehadiran diplomat Singapura di tunjuk perasaan Bersih pada 28 April lalu.  Saya yakin banyak lagi Suruhanjaya dan Kedutaan yang hantar wakil untuk meninjau, memantau dan membuat laporan diplomatik peristiwa itu.  Apalah yang hendak dihebohkan sangat, bukankah sejak bertahun-tahun mereka menghantar wakil meninjau, memantau dan membuat laporan mengenai mesyuarat agung Umno, PAS, DAP, PKR dan bermacam-macam kegiatan politik lagi?

Masalahnya ialah ramai orang kita jahil mengenai geopolitik, pertahanan dan perisikan. Yang mereka tahu ialah buat bising mengenai pembelian senjata sehingga satu dunia tahu kekuatan dan kelemahan kita.

Seterusnya bahan di SINI 

ANWAR GERAM KEPADA RAFIZI, PENGARAH STRATEGI YANG SILAP STRATEGI!!

Dia Pengarah Strategi Pkr.  Bila dikatakan Pengarah Strategi seharusnya dia punya strategi perlu hebat, apatah lagi strateginya adalah untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.  Tapi bila akak lihat tindakan Pengarah Strategi Pkr yang mula mendapat jolokan 'bakal PM Malaysia' di usia tua, sama macam KJ, akak rasa dia bukan seorang perancang yang bagus.  Bukan seorang pekerja yang bagus jugak sebab Rafizi sendiri menyatakan dia tidak boleh lama menjawat satu-satu jawatan itu.  Paling lama cuma 2 tahun sahaja.  Kalau 2 tahun sahaja dan suka lompat sana lompat sini, kerja yang dibuatpun tak mungkin sempurna.  Itu pasal, kalau akak tengok resume budak yang nak masuk kerja, kalau dia dah habis belajar selama 10 tahun, tapi dah bekerja di 5, 6 syarikat, akak akan tolak mentah-mentah budak yang macam ini.

Sebagai Pengarah Strategi, mana mungkin Rafizi meletakkan jawatan di saat-saat kemelut yang melanda antara Faekah dan Azmin dan memberikan satu persepsi yang buruk kepada Pkr secara keseluruhannya.  Strategi apa yang Rafizi guna?  Barangkali Rafizi mahu memberi peringatan kepada bos dia si Anwar.  Itu strategi yang memakan parti.  Tapi apa nak dihairankan sebab semua orang Pkr memang mementingkan diri sendiripun, bukannya berjuang demi parti. 

Dan lagi, Rafizi kata dia letak jawatan kerana nak beri tumpuan sepenuhnya kepada parti.  Dia tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik jika diberi banyak sangat tugasan.  Pada akak, orang yang macam ini tidak sesuai untuk jadi pemimpin sebab dia tidak boleh buat kerja yang lebih dari satu dalam satu-satu jangkamasa.  Seorang pemimpin harus boleh melakukan banyak kerja, tugasan dalam satu masa.  Jadi kepada sesiapa yang berangan untuk meletakkan Rafizi sebagai calon PM akan datang, tolonglah fikir buat kali ke dua.  Dengan parti yang kecik macam Pkrpun Rafizi dah kelam kabut, apa lagi nak jadi pemimpin pusat.  Terbalik Malaysiani dibuatnya!!    

Monday 25 June 2012

POLIS PERANCIS KATA ALTANTUYA TAK PERNAH MASUK PERANCIS. GAMBAR NAJIB DENGAN ALTANTUYA DI PERANCIS TU MANA DATANGNYA??

Amek kau!  Ini bukan polis Malaysia yang kata, tapi polis Perancis.  Hasil siasatan mendapati bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 sehingga 2006.  Tak ada rekod imigresenpun.  Jadi gambar Altantuya dengan Najib dan Razak Baginda yang orang duk kata tu pompuan mana?  Tak kan belum mati dah jadi hantu kot?  Seterusnya baca kat SINI

SUMPAH RAFIZI

Sumpah!  Sumpah! Saya baik dan rapat dengan Anwar, dengan Azmin, dengan Khalid, dengan Faekah..dan dengan KJ, dengan Najib.  Apa punya sumpahla si Rafizi nie.  Dalam pada bos dia si Anwar tu takut sangat nak bersumpah, Rafizi pulak mudah sangat keluar perkataan 'sumpah' kat mulut dia.  Teringat pulak akak masa zaman sekolah rendah.  Bila ada buat salah, cepat jer bersumpah.  Sumpah!  

Sumpah akak tak percaya dengan Rafizi!  Sumpah akak memang suka hati dengan kemelut yang melanda Pkr di Selangor.  Sumpah akak suka Rafizi meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.  Sumpah akak bosan dengan politik Pkr!  Sumpah!  Sumpah!

SIAPA YANG MENGORAT MUSTAFA ALI?? HILANG AKAL KE APA.... X SELERALA BANG!

Bila masa pulak Umno nak mengorat Pas?  Akak kira Datuk Mustafa Ali ni kuat perasan.  Umno buat baik, dia perasan Umno mengorat dia.  Lawakla Tuk!  Umno cuma nak selamatkan orang Pas dari terjerumus ke lembah yang hina, ingin selamatkan akidah orang Pas yang semakin terhapus dek ketaksuban luar biasa kepada tok guru dan amalan songsang dari lahirnya fatwa-fatwa baru yang lain.  Umno dah cukup quota, tak perlu nak kahwin lagi.  Tapi kalau orang-orang Pas sendiri yang datang nak sertai Umno,  Umno sure tak kisah.  Umno perlu selamatkan orang Pas dulu, parti Pas lantak pi la kongsi satu kubur dengan Dap dan Anwar!

Biasalah kan, bila kekasih lama Dap dan Pkr dah mula pinggirkan Pas, maka orang Pas pun cepatlah ditimpa perasaan lalu wujudlah sindrom perasan yang melampau!  Ini kes biasa.  Kasihan Mustafa Ali.  Kasihan Pas!

Cuma akak sedikit heran dengan kenyataan Mustafa Ali.  Kata dia, PAS menentang Umno kerana kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan sejak 54 tahun memerintah.  Umno dan BN penuh dengan ketidakadilan dan rasuah.  Habis sekarang nie Pas bekerjasama dengan Dap dan Pkr tu apa kes?  Parti tu tak amalkan rasuah ke?  Tak zalim ke?  Husam Musa yang mewakili Pas pulak macammana?  Gila!!

SIAPA KAWAN ANWAR YANG DAPAT BILION BILION TU?

Untung sungguh jadi kawan Anwar.  Sekadar kawanpun boleh dapat berpuluh juta.  Macammana kalau jadi kawan baik atau kawan sekatil?  Ketika itu baru menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Camana kalau Anwar jadi Perdana Menteri dan berapa banyak yang kengkawan dia akan dapat, kekasih dia dapat dan anak beranak dia akan dapat?  

Zaliah Zakaria, wanita misteri yang didedahkan dek Umi Hafilda muncul dan mendakwa dia cuma sekadar kawan kepada Anwar di SINI.  Beliau adalah pemilik syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.  Pernah menaja aktiviti sukan Air anak Anwar di Pulau Pinang semasa Anwar dalam penjara.  Dia mengaku ada aset bernilai RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.  Wah hebat betul wanita ni.  Dan Anwar nampaknya memang suka berkawan dengan orang yang jalankan bisnes judi.  Kenapa ek?    

Akak:  Camana nak jadi kawan Anwar eh?  Kalau akak hantar resume, agak-agak Anwar boleh terima akak tak sebagai kawan 'biasa'? 

Friday 22 June 2012

KENA PECAT SEBAB SOKONG FAEKAH!!

Semakin bergelora.  Lagi hebat dari Pas Kedah.  Terbaru tiga ahli NGO Pro-Rakyat yang menyatakan sokongan kepada setiausaha politik menteri besar Selangor itu semalam dipecat.  

"Saya diarah meletak jawatan atau dipecat sebagai setiausaha Pro-Rakyat berkuat kuasa hari ini.  "Pemecatan dibuat presiden atas alasan 'tidak mematuhi arahan'," kata Naquib tanpa mengulas lanjut 'arahan' yang dimaksudkan.  Seterusnya di SINI

KAJOL DAH INSAF!!

Nampaknya Kajol Kelantan dah insaf atau setidak-tidaknya berusaha untuk insaf di atas perlakuannya sebelum ini.  “Saya akan cuba insaf secara perlahan-lahan, kalau hendak secara mendadak saya tidak pasti tetapi perkara yang berlaku ini mungkin akan memberi pengajaran kepada saya,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Jun 2011, Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Kajol selepas mengaku salah terhadap tuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April tahun sama.  Seterusnya di SINI

Anwar pulak, bila lagi nak berusaha untuk insaf ek??

Wednesday 20 June 2012

STEADY KAK WAN! KASI POTONG ITU ANU!!

Pandai jugak Khalid Ibrahim nie.  Dalam gagap-gagap tu, dia bijak jugak sindir-sindir.  Khalid Ibrahim dah mula sebut pasal ABAI.  ABAI yang difahamkan oleh sesetengah orang bermaksud Asal Bukan Anwar Ibrahim.  Bila isu Faekah timbul dan team Azmin dan Anwar mahu Faekah dipecat, Khalid pantas menyebut ABAI.  Kata Khalid "abaikan semua itu kerana gangguan ini tidak akan memberikan nilai tambah kepada objektif anda".  Dan lebih tragis lagi bila Khalid mengungkit kes yang berlaku terhadap Anwar.  Kata Khalid di SINI : "Macam hal Datuk Seri Anwar Ibrahim, berapa banyak kes yang beliau lalui. Apa yang beliau lakukan, abaikannya".  Perkataan ABAI dah semakin mesra meniti di bibir Khalid Ibrahim!  Hahaha

Khalid Ibrahim yang memang tak sebulu dengan team Azmin/Anwar menggunakan peluang ini untuk menyatakan pendiriannya menentang Anwar secara berlapik.  ABAI, katanya.  Faekah yang dikatakan sebagai suara Wan Azizah tidak mungkin seberani itu untuk bersuara mengkritik Azmin, jika tidak mendapat restu dari Khalid dan Wan Azizah sendiri.  Dan ternyata Khalid Ibrahim pantas memuji keberanian Faekah dengan berkata bahawa Faekah melakukan tugasnya dengan baik menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat. 

Macamtu politik PKR.  Baru urus satu negeri dah nak berperang-perang.  Itu belum lagi takbir negara.  Tapi apa-apapun akak yakin ini sebenarnya adalah pertembungan antara Anwar dan Wan Azizah, bukan Azmin dan Khalid Ibrahim!!  Hati Kak Wan terus berdarah......Steady Kak Wan!  Kasi potong itu Anu!

 Cerita lainnya ada di AIDC
 

Tuesday 19 June 2012

SKANDAL TERBARU: IDRIS AHMAD MAIN BOMOH!


Nie apa pulak main bomoh-bomoh nie?  Kata ilmu agama cukup tinggi.  Kalau ilmu agama tu tinggi apasal pulak main cakap dan menukarkan ulamak kepada bomoh pulak?  Janganlah sebab marah kerana ulamak dari timur tengah duk menyokong kerajaan , hang nak gelar ulamak tu bomoh.  

Akak betul-betul tak boleh nak faham kenapa si Idris Ahmad nie marah sangat?  Salah ke kalau ulamak kata kita wajib mentaati pemerintah?   Apakah Idris Ahmad lebih ulamak dari yang hadir di seminar fiqh baru-baru ini seperti Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar dan yang lain-lain?  Macammana boleh Idris Ahmad kata ulamak semua nie bomoh import?

Mungkin Idris Ahmad terkeliru antara ulamak sebenar dengan ulamak Pas yang hebat seperti Azhar Idrus, ostat Ronnie Liu, ostat Nga Kor Ming, khalifah Lim Guan Eng, ostazah Teresa Kok dan Elizabeth Wong.  

___________________________________________________________________

Ulamak Luar Negara Tahu Atau Tidak Kepincangan Negara


Rate This

Ulamak Luar Negara Tahu Atau Tidak Kepincangan Negara
Idris Hj Ahmad
19/6/12
Seperti yang dijangka, ” Seminar Feqh Mentaati Pemimpin” telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini. Pembentang yang dijemput kebanyakan  daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini. Umno BN yang lemas untuk mendapat sokongan terpaksa menggunakan khidmat bomoh (ulamak)  luar setelah bomoh dalam tidak boleh pakai. 

Pemimpin Umno tahu bahawa  orang Melayu begitu kagum dengan orang Arab, maka mereka bawa tokoh-tokoh ulamak daripada Timur Tengah untuk menghalalkan tindakan kerajaan BN. Mungkin mereka sendiri tidak tahu kerajaan  BN adalah kerajaan yang kianat amanah rakyat, buktinya daripada laporan Ketua Audit Negara. Apakah ulamak  ini mengetahui kepincangan dalam pilihanraya di negara ini?.

Satu lagi persoalan yang timbul ulamak yang datang ke Seminar ini adakah mereka ini berperanan menasihat pemimpin negara mereka yang tidak demokratik. Apakah peranan mereka ketika pemimpin Jordan, Mesir, Saudi yang menjadi tali barut kepada Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan kepada negara Plestin. Apakah nasihat mereka kepada pemimpin negara mereka yang menjadi tali barut kepada Amerika Syarikat.
Kita mengharapkan kepada ulamak ini jangan dikatakan orang kuman seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak.

SKANDAL ANWAR DAN RAFIZI DIBONGKAR!!


Bukan sikit-sikit punya skandal.  RM50 billion!  Bukan RM3 billion lagi bang.  Hebat betul Anwar dan Rafizi lembu nie!  Akak kagum dengan kehebatan dia orang.  Kisah ini bermula apabila Anwar Ibrahim dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor pada 13 November 2009. Apabila Anwar dilantik ke jawatan tersebut, yang ada di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri adalah dia dan Rafizi.  Seterusnya di SINI

RONALDO & ANWAR......

Lega cuti lama.  Dan lega gak dapat tengok buah hati akak beraksi di Euro 2012 secara langsung kelmarin.  Selalunya tak berkesempatan nak tengok.  Rasa semangat sikit sebab Portugal mara ke suku akhir.  


Sebenarnya akak bukan minat sangat Portugal tu, tapi minat giler ngan Ronaldo.  Dia punya hensem, dia punya senyum jahat, dia punya rambut, badan dan cara dia sepak bola segalanya menarik bagi akak.  Sebab suka kat dialah akak sokong Portugal.  Padahal akak tahu yang si Ronaldo tu bukannya baik sangat.  Macam-macam skandal pun adaa.... 


Jadi akak faham sangatla kenapa orang duk suka dan minat giler ngan si Anwar Ibrahim tu.  Bila hati dah suka, orang dah tak peduli apa skandal sekalipun.  Macam si Anwar tu, bukannya orang tak percaya dengan segala video yang keluar, bukan tak percaya dengan skandal 3 billion, malah tak percayapun dengan janji manis yang keluar dari mulut hangit dia.  Tapi bila hati dah suka, perasaan dah suka, apa saja yang dia cakap, apa saja yang dia buat, dia tipu, dia liwat, dia temberang, dah tak jadi hal.  Segala-galanya Anwar.

Cuma beza si Anwar dengan Ronaldo nie, Ronaldo tak bikin akak dan keluarga akak sengsara di masa-masa hadapan.  Ronaldo cuma beraksi di padang.  Dia tak kacau dapur akak, dia tak ganggu anak dan sedara akak dan dia tak hancurkan Malaysia sebab dia hanya pemain bola.  Yang si Anwar ni, dia kononnya bakal Perdana Menteri.  PM yang akan mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia, PM yang akan menyaksikan jika masih berlakunya kesinambungan sistem beraja, ketuanan Melayu, dan yang menentukan ekonomi negara diuruskan dengan baik dan penyakit sosial dibenteras dan paling utama masih mengekalkan Islam sebagai agama rasmi.  Apakah Anwar akan mampu melakukannya dengan tekanan dari kaum Cina DAP dan tekanan dari kaum Melayu yang lupa diri dan asal keturunan?  Dan kecenderungan Anwar sendiri?

Kepada penyokong Anwar, agak-agaklah kalau minatpun ngan Anwar tu.  Kalau dah suka sangat letak ajelah muka dia kat belakang pintu bilik.  Dia cuma selebriti politik yang tidak ada bezanya dengan Ronaldo.  Cuma barangkali dia lebih hebat sikit dari Ronaldo sebab Ronaldo tak pernah lagi dituduh meliwat. Kan?

         

Friday 15 June 2012

2 AHLI PKR YANG DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB ADA KAITAN ORANG DALAM.....

Inilah parti yang telus.  Parti yang bersih dan tidak berkompromi tentang masalah disiplin.  Akak terharu.  Akak rasa bangga dengan Pkr.  Akak rasa macam nak hantar borang menjadi ahli Pkr sekarang nie jugak.  Kalaulah begini cara Pkr, memang tak ada sebab untuk tolak parti ni.  Sungguh telus!

2 ahli Pkr dari Cabang Kapar dah diberi surat tunjuk sebab kerana melakukan penyelewengan baucer Program JOM Shopping.  Program JOM Shopping ni dianjurkan oleh Kerajaan Selangor untuk warga emas dan kupon RM100 diberi untuk berbelanja di Tesco.  Itu yang akak fahamla.  Tapi bila 2 orang ahli Pkr ni dikatakan menyeleweng dan dikenakan tindakan, akak kira pastilah penyelewengan ini bernilai berjuta-juta ringgit kalaupun tidak berbilion.  Dan yang paling gempak, ianya dipaparkan di media mesra pembangkang Mkini.  Memang telus sungguh Pkr nie! 

DOSA NAJIB!!

Perdana Menteri perlu bertanggungjawab!  DS Najib tidak boleh lari dari dosa beliau terhadap orang Islam!  Kena bertanggungjawab, kata Mat Sabu!  Hebat Mat Sabu.  Mat Sabu bercakap pasal dosa dan pahala dan bijak mengira dosa orang lain.  Kata Mat Sabu, DS Najib akan tanggung dosa orang yang tangguh haji sebab DS Najib rahsiakan tarikh Pilihanraya.  Hahahahaha.  Apasal pulak DS Najib nak tanggung dosa?  Bukan ke yang suruh tangguh haji itu Hadi Awang, kemudian diikuti dengan Tuan Ibrahim dan ramai lagi pemimpin kanan Pas dan kemudian Nik Aziz pun baru jer kata tak salah tangguh haji sebab Nabi Muhammad dulupun tunai haji tahun yang ke 10 Hijrah meskipun wahyu wajib haji turun pada tahun keenam Hijrah lagi

Ada ke DS Najib suh tangguh pi haji?  Ada?  Mat Sabu cerita apa nie?  Kenapa Mat Sabu tak rujuk pada ulamak Pas, Nik Aziz dulu sebelum keluarkan kenyataan?  Kan Nik Aziz dah cakap, tak salah tangguh haji.  Apa kena mengena dosa pulak pada DS Najib?  Dan kalaupun pilihanraya dilakukan pada musim haji, DS Najib tak tanggung dosa sebab semuanya atas pilihan sendiri dan desakan dari pihak Pas yang mahu ahli-ahli dan jentera partinya menangguhkan haji.  Dan lagi, bukan ke menentang kezaliman kerajaan itu sifatnya wajib dan sebab itu boleh tangguh haji.  Tang mana pulak dosa nie? 

Itu la pasal, dosa pahala orang lain, Mat Sabu sibuk kira.  Dosa sendiri?  Simpan dalam b**** ker? 

  

Thursday 14 June 2012

SOMBONG DAN RIAKNYA SI SALAHUDDIN NIE!!

Tetiba plak si Salahuddin jadi sombong.  Sombong kerana perasan bakal menang kat Johor nanti.  Salahudin terlupa yang Nizar sudah menconteng arang ke wajah orang Pas.  Tengok orang Pas dah nampak hitam-hitam belaka.  Rupanya bukan setakat wajah jer dah hitam, hatipun turut hitam!  Entahlah apa nak jadi dengan pemimpin Pas ni semua.  Tolonglah jangan pakai nama parti 'Islam' lagi, boleh tak?  

Salahudin ni rupanya tak sabar nak mencabar Umno di Johor.  Tak sabar nak jadi MB Johor.  Akak tak boleh nak tahan bila Salahudin bagi pantun kat orang Umno:  
"Buah Salak masak sepiring, dibawa orang dalam perahu, seekor si jalak seekor si biring, ayuh bertarung kalah menang belum tahu."

"Limau Bantan masak di tingkap, budak-budak melempar tempurung, harimau di hutan sedang kita tangkap, inikan pula cicak mengkarung,"

Wahhh gitu!  Cicak mengkarung dia kata!  Ni akak pulak nak jawab pantun kat Salahuddin.

Sudahlah kail panjang sedepa, lautan dalam dia nak duga,
Sudahlah asyik buat angkara, ada hati nak jadi juara!

Hati-hati berkain sarung, jika terlondeh buruk padahnya, 
Mengkarung bukan sebarang mengkarung, setakat budak SPM yang kuat nangis, kangkung je la! 

Wednesday 13 June 2012

RAFIZI CALON PANDAN. KJ? JADI KE TAK BERTANDING KAT REMBAU? KATA NAK BEREHAT?

Bukan main lagi selebriti politik pkr si Rafizi yang menjadi calon pertama diumumkan untuk bertanding sebagai calon Pandan. Senyum sampai ke telinga kawan. Lega sebab tak payah nak bertanding kat Kemaman yang pasti bawa bala kat selebriti lembu nie.

Cuma akak teringatkan bakal 'PM di hari tua', KJ yang setahun yang lalu merajuk ala2 manja dengan mengatakan yang dia nak berehat dari politik dan tak akan pertahankan ketusi Rembau. Iye ker? Masih kukuh ke pendirian? Tapi kalau betul KJ ni nak jadi PM di hari tua macam yang Tan Sri Zam cakap tu, dia kena kotakan janji. Tunggu Pru ke 14 pulakla klau nak bertandingpun. Tak gitu?

Pakatan perkenal Rafizi sebagai calon Pandan - Malaysiakini
Published with Blogger-droid v2.0.3

GEMPAK, TERGEMPAK!! PULAK DAHHHH....

Dalam dunia kewartawanan politik Malaysia akhir-akhir ini, wujud dua jenis berita utama yakni  berita tergempak dan berita gempak.Maksudnya jauh beza langit dengan bumi.Contoh berita tergempak ini macam hari geng Datuk T tayang video seks pemimpin pembangkang kepada wartawan.Semua terkejut dan kelam-kabut dok cari pembayang siapa Datuk T.

Kalau nak  bercakap pasal berita gempak contoh terbaik macam al-kisah konon sebilangan pemimpin-pemimpin BN Sabah hendak lompat masuk pembangkang yang riuh pada Ahad lalu.

Dari pagi lagi,portal berita pro pembangkang sudah tiup khabar angin tersebut, macam biasa berita bersifat spekulasi dengan memetik sumber entah sapa-sapa yang tidak dinamakan.

Berita spekulasi itu kononnya, Timbalan Menteri Perumahan,Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Beaufort,Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang juga Ahli Parlimen BN Tuaran Datuk Wilfred Bumburing akan keluar BN di majlis makan malam PKR yang dihadiri oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seterusnya di sini

Tuesday 12 June 2012

APA? NEELOFA TERIMA LAMARAN RAFIZI!! BIAR BETIK KAK!??

Rafizi bakal buat cerita lembu!  Itu akak tak kisah sangat beb sebab Rafizi dan lembu memang tak dapat dipisahkan. Rafizipun bukannya ada apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakanpun.  Ada tak adapun ialah kejayaannya membawa cerita lembu NFC dan mengakibatkan Shahrizat dan keluarganya kacau.  Itu je la.  Pasal itu Rafizi nak memfilemkan kejayaannya di layar perak.  Nak kasitahu satu Malaya tentang maha hebatnya dia mencipta fenomena lembu.  Semuatu akak tak kisah.  Tapi bila Neelofa terima tawaran Rafizi untuk jadi lembu dalam cerita lembunya, itu akak tak boleh terima langsung!!  Langsung tidak masuk akal Neelofa yang jauh lebih cantik dari akak nie bakal jadi lembu dan dilembukan dek si Rafizi!  Pasti berlaku rusuhan di Kuala Lumpur jika ini betul-betul terjadi.  

Mujurlah segalanya hanya igauan ngeri akak jer.  Bila jaga dari tidur rupanya bukan Neelofa yang jadi lembu, tapi si penyanyi Aisyah tu!  Berduet pulak dengan sekor lembu jantan yang dilakonkan oleh Bob Lokman!  Tajuknya: Tika Lembu Mengawan.  Confirm meletup panggung!!  

Sinopsis ceritanya begini:-
Lembu jantan yang diberi nama BL sebelum ini jagi gemuk bila diberi cukup makan rumput di padang BN.  Walaupun gemuk, tapi BL nie jenis pemalas dan mahu tuan punya padang menyuapkan rumput ke mulutnya.  Kerana buruk sifatnya itu, tuannya tidak lagi mahu menyuapkan rumput kerana masih ramai lembu lain yang perlu dijaga.  Lalu merajuklah lembu BL ini dan membawa dirinya ke padang lain yang hijau.  Di padang hijau inilah lembu BL benar-benar dilembukan dan terpaksa mengikut kata tuan padang hijau.  Jika tidak mengikut kata makan tidak makanlah si lembu BL.  Ketika inilah lembu betina A ternampak akan BL lalu jatuh cinta.  Lembu A akhirnya meninggalkan padang BN dan menyertai padang hijau demi lembu BL.  Dan kini Lembu A mula berbaik-baik dengan empunya ladang hijau agar diberikan satu kawasan untuk dirinya sendiri....Apakah yang akan terjadi kepada lembu BL dan A?  Apakah lembu A diberikan satu padang di Negeri Sembilan?  Apakah lembu BL akan terus menjadi lembu di padang hijau dan mati di syurga hijau itu juga?  Sama-samalah kita nantikan kesudahannya.....  


Akak:  Nampak jer lembu, terbayang wajah Rafizi!  Lembu sungguh!

Monday 11 June 2012

SUDAH SUDAHLAH BINA MASJID TUU! MEMBAZIR!!

Patutlah Kelantan yang di bawah pentadbiran Pas tak perlu nak habiskan duit bina masjid di Kelantan sebab Pas mengamalkan kosep "solat di mana sahaja".  Betul jugak tu.  Tak kan Allah nak marah kalau solat kat taman atau kat dalam hutan.  Yang penting solat, dan pastikan orang lain lihat untuk menunjukkan kebesaran Islam itu sendiri.  Kalau solat dalam masjid, orang yang dah beriman jer akan tengok dan ianya tidak dapat menarik minat orang kafir atau orang yang tak solat untuk kembali ke agama Islam yang sebenarnya.  Kan?  Kan?  Begitulah hebatnya ilmu agama Nik Aziz dan diperturunkan pulak kepada anaknya Nik Abduh.


Lihatlah betapa hebatnya mereka ini..... Nak menitis airmata akak melihat mereka.  Memang syurga Pas tersedia untuk mereka dan mereka mereka yang mengikut jejak langkah anak beranak ini bersolat di tempat awam! 

NIK AZIZ BIKIN HADI AWANG TERCEKIK!!

Memang sah Nik Aziz kemaruk glamer.  Kalau bukan kemaruk maknanya Nik Aziz dah buang tebiat.  Pada usia yang cam gini macam-macam nyanyuk boleh berlaku.  Agaknya Hadi Awang semakin pening nak melayan karenah orang tua nyanyuk yang suka mengeluarkan fatwa sesuka hati nie.  Terbaru kenyataan Nik Aziz yang dah benarkan wanita menyertai tilawah Al-Quran. Suara wanita dah bukan aurat lagi.  22 tahun yang dulu memang aurat, tapi kini tidak lagi.  Dulu haram, tapi kini halal.  Mana tak halal, sekarang dah ramai penyanyi wanita yang masuk Pas.  Barangkali inilah kejayaan penyanyi Aishah apabila dia menyertai Pas.  Tahniah Aishah!  Nanti mintak Tok Guru halalkan penyanyi dan menari ala K-Pop pulak eh.......



  

AZMIN ALI DAPAT RESTU IBU.....

Puas menepis, puas penipu, puas di jamban, Azmin semakin tak keruan.  Banyak sangat masalah diri dan bosnya, Anwar, yang melingkari PKR.  Kerana terlalu tertekan, Azmin mendesak Najib bubar parlimen.  Kata Azmin, PKR dah lebih dari bersedia untuk menghadapi PRU ke 13 di sini.

Ye ke Min?  Dah sedia ke?  Camana dengan kes jamban mu?  Cana pulak dengan kes pemilikan duit bilion bilion tu?  Kes bos mu dah settle ke?  Khalid Gagap dah cium mu ker?  Ibu mu dah bagi restu ker untuk mu bertanding?  K-Pop Bertam dah selesai ker?  Katak-katak Sabah dah melompat ker atau tak jadi lompat?  

Banyak lagi isu yang belum selesai Min.  Akak tahu Azmin ni dia tak sabar nak pilihanraya dengan harapan PR akan menang.  Bila PR menang, madu dia si Anwar akan jadi PM.  Bila jadi PM semua kes yang melibatkan dia dan Anwar akan ditandakan NFA (No Further Action).  Selamatlah dia dan Anwar!  Begitulah congakan Azmin yang berfikir tatkala dia berada di jamban!

Mu jangan ingat Min yang Dap dan penyokong Dap akan lepaskan mu macamtu jer walaupun Anwar jadi PM. Mu tak kan terlepas, percayalah cakap akak.  Ramai orang Dap dan Pas yang dah muak dengan mu dan Anwar.  Lagi lama pilihanraya dibuat, lagi lamalah Azmin ni kepanasan dan akak percaya satu demi satu rahsia Azmin akan terselak.....

     

ANWAR MAKI TUN M!

Mesti Anwar bengang giler dengan Tun Mahathir nie.  Dah bersarapun Tun M masih lagi bergetah.  Kali ini getah Tun M terkena kat Yaman.  Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.  Kenapa bukan Anwar?  Kenapa?  Kenapa bukan Rafizi?  Rafizi?  Sapa tu?  Hehehe.  Mahu kena maki Tun M nie!  Akak sampai la nie kagum tak habis dengan Tun M.  Kata-kata Tun M umpama nyanyian yang melenakan tidur akak, senyuman Tun M begitu menceriakan hidup akak....Wahhh gitu!!

Dan yang paling buat Anwar dan pengikut PR meroyan ialah bila PM Yaman menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.  Keajaiban Anwar apa ek?  Pada akak keajaiban Anwar ialah apabila dia boleh meloloskan diri dari setiap tuduhan yang dibuat ke atasnya.  Memang ajaib!

SAYA SELALU KERAS: ANU WAR!

Best gak baca tulisan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya Zamkata.  Memang betul Anwar tidak lembab, tapi selalu keras!  Hahaha.  Apanya yang keras?  

-------------------------------------
Akhbar Sinar Harian -  Ahad 10 Jun menyiarkan berita utama muka satunya penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang anggapan sesetengah pihak mengatakan beliau lembab dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada DAP, jika Pakatan Rakyat memenangi pada Pilihanraya Ke 13 nanti.
 
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, DAP yang bergabung di bawah Pakatan faham bahawa majoriti rakyat negara ini yang terdiri daripada Melayu tidak mempertikaikkan kelebihan itu.

"Ada orang kata, saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama tiga bulan sahaja, sebelum serah kepada Pengerusi DAP,  Karpal Singh. Saya bukan seorang yang lembab".

Catatan: Anwar  telah memilih tempat yang sangat sesuai  untuk membuat penafian iaitu  di Kota Bharu Kelantan, kerana di negeri  inilah yang paling ramai orang yang tidak mengetahui bahawa  sebenarnya Anwar tidak lembab, tetapi selalu  KERAS !.
Kepala berita itu sepatutnya bukan "Jangan ingat saya lembab" tetapi "Jangan ingat saya tak keras", ataupun tajuk berita yang lebih seksi, (bukan sensasi) Anwar: Saya selalu keras.


Seterusnya di sini!

RAFIZI TERJUN DENGAN LEMBU-LEMBUNYA....BIARKAN! BIARKAN!

Apa lagi nak kecoh nie?  Dah tak ada isu dah?  Sudah-sudahla berbalas kata dan kata mengata tu.  Isunya dah selesaipun dan tak payah lagilah nak kecoh.  Isu asalnya PR tak nak PTPTN.  Jadi PTPTN pun sudah ikut kemahuan PR dan bekukan pinjaman baru kat UNICEL.  Pemimpin PR melompat, marah dan tuduh kerajaan memperkotak-katikkan pelajar kerana dendam politik.  Bila UNICEL buat rayuan, PTPTN pun tarik balik pembekuan dan pelajar diberikan semula pinjaman.  Semua orang kian faham yang pelajar dan ibu bapa teramat perlukan PTPTN.  Semua orang kian tahu yang PR setakat bikin janji manis yang beracun.  PR tak mampu nak bagi pendidikan percumapun walau cuma untuk sekolah tadika.  

Yang tak nak PTPTN adalah golongan yang macam Adam Adli, yang malas belajar dan nak guna kolej untuk habiskan masa. Orang macam ini malas nak bekerja dan cari duit sebab nak duit datang dari langit.  Negara akan rugi kalau kita bagi terlalu banyak kesenangan buat orang muda.  Orang muda semakin malas nak pikul tanggungjawab, semakin manja.  Orang dulu-dulu umur 18 tahun dah bekerja keras, cari pendapatan untuk bantu keluarga dan adik-adik yang masih bersekolah.  Bila dah selesa baru sambung belajar sambil bekerja.  Orang dulu sebelum itu pulak, umur 13 tahun dah mula mencari nafkah.  Otak pantas berfikir bagaimana untuk mendaparkan duit. Dan negara kita hebat seperti sekarang sebab orang-orangnya rajin bekerja sejak dari usia yang amat muda lagi.

Sekarang ini kalau bagi pendidikan percuma sehingga usia 22-24 tahun, mereka tak ada keperluan mendesak untuk bayar sebarang pinjaman.  Mereka akan lepak dulu dengan alasan cari kerja yang sesuai dengan jiwa dan gaji yang lumayan.  Dan akhirnya sampai umur hampir 30 tahun baru nak mula bekerja.  Negara kehilangan tenaga kerja 6-10 tahun ketika usia yang amat produktif.

Sudah-sudahlah berpolitik tu Rafizi.  Tak payahlah nak suruh pulak Menteri mintak maaf sebab isu pembekuan PTPTN tu.  Awak tu yang patut mintak maaf sebab meracun pemikiran rakyat dengan janji manis palsu demi kepentingan diri sendiri.  

Sunday 10 June 2012

PERASAN SEORANG BAKAL PM!!

Penyakit betul si Anwar ni. Agaknya kalau dia nak mati nantipun dia cuma ingat Putrajaya dan jadi Pm. Sekarangni agaknya dah perasan habis dia akan jadi Pm. Tu yang tak sabar2 nak Pru. Panas bontot dia selagi Najib masih bermain tek teki dengan tarikh pilihanraya.

Belum jadi Pm si Anwar dah ugut pengundi. Warga asing yang mengundi akan dikenakan tindakan jika PR memerintah nanti. Pehh takut siot! Nampak macam dah confirm jer PR memerintah dan dia jadi Pm. Hehehe. Biarlah dia perasan dan hidup dalam mimpi.

Masa angkat sumpah jadi PM nanti agak2 dapat pakai tak jam Omega yang misteri tu? Nostalgia tuuuu..

Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar - Malaysiakini
Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday 9 June 2012

MEMANG KO LEMBAB!!

Marah nampak? Sejak akhir2 ni Anwar asyik nak marah jer. Pergi kat manapun dia marah. Akak faham sangatla sebab kanan kiri dia kena serang. Bukan setakat orang BN yang serang, NGO, kawan baik, sekutu pakatan semua pakat serang Anwar. Tu yang jadi tak tentu arah. Bersarang kemarahan dalam diri. Menggelegak. Tak lama lagi mati terbakar la tu. Kesian bang non.

Terbaru Anwar marah kat Hassan Ali. Hassan Ali kata kalau Pr menang Anwar akan jadi Pm untuk seketika sebelum serahkan jawatan Pm kat Lim Guan Eng. Melenting Anwar. Anwar kata dia tak lah selembab itu untuk serah pada LGE jawatan Pm. Hehehe. Sebenarnya Anwar bukan setakat marah kat Hassan Ali tapi marah kat Dap jugak yang dah terang2 tak nak dia jadi Pm. Peguam bela dia sendiri si Karpal Singh pun tolak dia dari jadi Pm, mana Anwar tak bengang. Marahlah dia bertingkat2.

Tapi bagi akak Anwar memang lembab pun. Kalau tak lembab tak kan video seks boleh tersebar, tak kan jam Omega boleh tertinggal kat Datuk T, tak kan pi letak bukti supaya Azmin tak disiasat, tak kan ada video ngan Shamsidar, tak kan asyik kena tuduh liwat jer, tak kan pi cakap sokong negara israel, tak kan itu dan tak kan ini. Banyaklah tindakan Anwar yang lembab. Yang akak tulistu yang paling sikit dan senang sekalila untuk faham kelembapan Anwar. Ternyata ko memang lembab dan lembam la Nuar!

'Jangan ingat saya lembab', kata Anwar - Nasional - Sinar Harian
Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 7 June 2012

TETIBA PULAK AIMAN JADI KISAH....SELALU TAK KISAH!

Ni Aiman mana pulak ni yang tetiba nak menuduh PM pondan bagai?  Selama hari ni senyap jer tak bersuara.  Dah dekat-dekat Pru pulak baru nak muncul.  Jawatan gah sebagai Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP).  Entah apa yang dia terangkan tak tahulah akak.  Itulah minah yang bernama Aiman Athirah Al Jundi.  Si Aiman ni bengang bila Rais umumkan yang RTM akan benarkan semua parti politik untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM.  Dulu geng dia jugak yang melalak duk mintak kerajaan BN berlaku adil dan diberi ruang kat RTM.  Bila dah bagi ruang meroyan pulak lagi.  Tak reti nak bersyukur dan berterima kasih puak-puak dia orang nie.  Bagi betis nak peha, bagi peha nak semua.  Baik mintak terus jer RTM tu bagi kat korang.

Bagi akak, tak ada faedahnya melayan semua tuntutan dia orang nie semua.  Walaupun membentangkan manifesto, tekanan akan lebih kepada BN sebab BN perlu memberikan manifesto yang logik yang berpaksi di bumi nyata.  Yang PR ni nanti akan bentangkan manifesto yang merapu dan menjanjikan bulan bintang alien semua.  Segalanya indah dan menarik umpama berada di negara khayalan.  Nak bagi itu ini macam duit tu mata air.  Kalau semuatu akan dilaksanakan, memanglah menarik.  Akakpun nak undi PR.  Tapi kesan dia nanti pada ekonomi negara dan sebagainya sapa nak jawab?  Dan lagi apa jaminan PR akan tunaikan janji?  Janji manis manifesto Pru 12 pun tak tertunai, lagi mahu bikin janji lagi.  Poodaahhh!!

ABU BAKAL JADI DEBU BILA HARRIS IBRAHIM MULA BERSUARA LAGI.....!!!

Marah?  Sakit hati?  Benci?  Tidak percaya?  Rasa dipermainkan?  Jadikan perasaan itu sebagai satu tiupan kesedaran yang menyakitkan tetapi bakal mendamaikan.  Baguslah jika Harris Ibrahim rasa marah dengan Anwar, dengan Azmin.  Kami dah lama rasakan sakitnya bila melihat ramai yang masih menyanjung tinggi ke dua-dua penipu dan perosak Malaysia ini.  Dan lupakan ABU (Asalkan Bukan Umno/BN).  Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.  

Baca bicara Harris Ibrahim di sini

MALAIKAT MAUT MENINGGAL DUNIA!

Bekas Ketua Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Bahadon Baharum meninggal dunia hari ini akibat kanser paru-paru dan strok di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam. 

Arwah yang digeruni penjenayah ketika berkhidmat juga dikenali sebagai 'malaikat maut' kerana setiap operasi yang disertainya membuahkan hasil, sekaligus menumpaskan mereka.
Allahyarham Bahadon, 63, yang menyandang pangkat Deputi Superintendan ketika bersara, meninggalkan empat anak dan seorang balu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Seri Bahtera di sini selepas solat Asar.

Sepanjang kariernya, Bahadun terlibat dengan beberapa kes jenayah antaranya kes Bentong Kali dan Prebet Adam.Oleh kerana keberanian dan ketangkasan melakukan tugasan merbahaya, beliau menerima surat-surat penghargaan dan kepujian termasuk Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1977.

Sumber:  Sinar Harian

Wednesday 6 June 2012

GARA-GARA K-POP PKR, ORANG PAKATAN TAK JADI MASUK UMNO!!

Patutla Pkr buat K-Pork Bertam hari tu.  Depa nampak ramai anak muda datang masa Himpunan Belia Negara 2012 yang datang tengok K-Pop.  Fikir punya fikir, baik Pkr pun buat jugak K-Pop. Lagipun berbanding Pas yang dah tunjuk taring dengan menghimpunkan puluhan ribu kat Kedah hari tu, Pkr pun tak kan nak kalah.  Kenalah tunjuk hebat gak.  Cumanya tak sempatlah nak panggil K-Pop yang dari Korea tu.  Itu pasal terpaksa amik K-Pork jer.

Dan Pkr akhirnya berjaya menghalang ahli partinya dari join Umno.  Nak watpe masuk Umno kalau kat Pkr pun ada K-Pop!  Ikuti luahan seorang pengikut Pkr yang kembali bersemangat dengan Pkr ni di sini!

KHAIRY KJ TERSENYUM LEBAR.......

Mesti KJ bangga.  Bangga dan mendabik dada apabila dirinya dihargai dan dipuji melambung.  Seolah-olah mengesahkan bahawa selamanya DS Najib memang salah dan tidak bertimbangrasa kerana enggan melantik dirinya sebagai menteri kabinet.  Kini semua orang mula nampak KJ.  Dia sudah keluar dari kegelapan yang selama ini membelengu kehidupannya.  Begitulah agaknya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sahabat baik KJ begitu terbuka mahukan KJ dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi menggantikan Khaled Nordin.  Kata Rafizi:  "Saya juga harus memuji rakan saya Saudara Khairy Jamaluddin yang jelas lebih professional dan berilmu dalam hal ini (PTPTN), sewajarnya beliaulah yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi"  katanya di sini.

Wahhh....Sudah terbuka satu ruang buat KJ untuk melangkah setapak ke hadapan dengan atau tanpa BN.  Hebat.  Apa ada hal....Cayalah KJ.  

Akak:  Senyum gak la.....   

KENA BACA NIE... POK NIK JAWAP ISU K-PORK PKR!!

Tak dok hal, tak dok hal.  Kito dale negaro demokrasi, demo mintok kito kasi.  Pas memang tak suko K-Pop, tapi K-Pork tak dok hal.  Buleh belako. 

Wartawan:  Tapi K-Pork tu semua pakai skirt pendek Pok Nik.  Camana tu?
Pok Nik:  Kito keno ingak, dale apo jugo keadaan, kito keno bersederhano.  Jange berlebihe. Kain singkak tu melambangke ketidakmembazire.  

Wartawan:  Kenapa dulu K-Pop yang dibawa dari Korea mendapat bantahan, tapi acara yang macam K-Pop di Bertam tidak dipersalahkan? 
Pok Nik:  Yang kito maroh tu sebab dio date darhgi Korea.  Pas dan Pakate sentiaso bagi pelue untuk orghe Malaysia.  Lagu keno lagu kito.  Yang kat Bertam tu dio orghe nyanyi lagu Melayu.  Tok saloh.  

Wartawan:  Tapi Ustaz AzharIdrus kata K-Pop haram.
Pok Nik:  Itu pandange peribadi dia.  Kat Bertam kito buak doa selamak.  Biar orghe yang tengok tu selamak dunio dan akhirak.  Salah kat mana?  Kalu dio tak mau tengok, tok sak tengok.  Celako, celako, celako! 

Tamat:
Harap maaf, akak tak pandai berbahasa Kelantan!  Sebarang kesulitan membaca amatlah dikesali....

ANWAR MENGHASUT LAGI.......

Anwar semakin gila.  Kalau dia nak langgar undang-undang itu dia punya pasal.  Tapi tak payahlah hasut bebudak lain untuk jangan bayar PTPTN.  Masa bagi ceramah kat Permatang Pauh haritu di sini, di depan beribu-ribu penonton, Anwar dikatakan telah menghasut orang ramai supaya jangan bayar hutang PTPTN.  Jahat sungguh.  

Jadi bagi akak, memang tak payahla bagi pinjaman PTPTN lagi kepada yang memang tak nak.  Kerajaan Selangor kan bawah PKR.  Jadi janganlah pulak nak menyalak bila PTPTN gantung sementara pinjaman untuk bebudak UNISEL.  Sam Ketot tak payahlah nak kata PTPTN tu agen UMNO dan menganaktirikan Selangor.  Ko cakap dulu kat bos ko si Anwar tu suruh pengikut-pengikut dia bayar balik hutang PTPTN.  Tak nak bayar, lagi mahu mintak.....Apa jenis parti la nie! 

Tuesday 5 June 2012

KENAPA NALLA? WHY??? WHY???

Sampai la nie akak tak dapat nak faham.  Kenapa Nalla yang menjadi pilihan sebagai sahabat baik?  Kenapa bukan orang lain yang baik-baik, yang bukan bekerja di Magnum Corporation? Kenapa tak bersahabat dengan imam masjid atau mufti?  Kalau betullah Anwar seorang yang alim dan benar-benar memperjuangkan Islam, dari awal-awal lagi dia tidak mungkin menjadikan Nallakarupan sebagai sahabat.  Kalau sebagai kawan, itu biasa.  Sesiapa sahaja boleh berkawan dengan sesiapa tak kira agama, bangsa, pekerjaan atau apa pun.  Tapi yang musykilnya sebagai sahabat karib.  Sahabat yang bekerja di syarikat perjudian!  Lama pulak tuuu...30 tahun!!  Hairan kan?  Pun Anwar masih lagi dipanggil Pak Sheikh, dianggap sebagai Imam Mahdi dan ditabalkan sebagai anugerah Tuhan!  Lagi mahu jadi imam dan bagi tazkirah kat masjid.  Patutpun kena halau... 

Ada ke Nik Aziz berkawan rapat dengan tokeh judi?  Hadi Awang ada?  Setakat berkawan rapat ngan tokeh babi tu adala kan???

APA KENA MENGENA UMNO RASIS PLAK NIE?

Akak tak boleh terima bila ada yang marah dan kata Umno tu parti rasis.  Dan sebab itu jugak depa sokong ABU (Asal Bukan Umno).  Ni akak amik dari blog UMNO REFORM2.  Rasis mendenye?  Kalau ikut apa yang ditulis dalam email kepada penulis blog tu, dia sakit hati sangat pasal ada orang Melayu cakap 'Kalau tak suka pergi balik China'.  Hei, Cina rasis yang sombong nak mampus, akak nak tanya, mana ko tahu yang cakap tu Melayu Umno dan bukan Melayu Pas atau melayu Pkr atau Melayu Dap?  Ko senang-senang jer tuduh semua orang Melayu tu orang Umno?  Tu yang datang berpuluh ribu kat Kedah hari tu, bukan Melayu?  Yang datang masa Bersih 3.0 hari tu bukan Melayu?  Macammana ko boleh terjemahkan kata-kata tu datangnya dari Melayu Umno?

Tak payahlah bagi alasan yang Umno tu rasis dan sebab itu sokong ABU.  Ini alasan yang tak masuk di akal.  Marahkan Perkasa pun salah Umno.  Perkasa tu anak buah Umno ke?  Habis Dong Zong tu apa?  Tak rasis?  Apa lu cerita?  Lu ingat semua orang Umno suka sama itu bapak katak ker?  Itu bapak katak, ular saja suka sebab boleh makan.  Lu tahu sapa ular?

Betul, akak pun tak suka orang yang rasis dan akak pun tak suka jugak kalau ada yang suruh balik-balik negara asal ni.  Ini negara kita, negara Melaysia.  Kalau dah ada Mykad tu maknanya warganegara dan berhak untuk tinggal, berniaga dan mengikut undang-undang Tanah Melayu nie.  Tapi kalau rasa tak sesuai tinggal dan mengikut perlembagaan Malaysia, tak suka orang Melayu, korang boleh blah la ke mana-mana negara yang korang suka dan mohon jadi warganegara kat situ.  Titik.  (akak tak cakap balik China kan?)

PENGERUSI SPR BUAT HAL LAGI.... SENGAJA BUANG KARAN!!

Apa lagila yang Pengerusi SPR nak buat nie?  Nak puaskan nafsu orang Pakatan tu ker?  Tak munasabah langsung sebab Pakatan Haram nie tak mungkin akan terima apa saja yang SPR buat.  Jadi tak payahlah buang karan nak tubuhkan satu pasukan pemerhati untuk PRU ke 13 nanti.  Walau apapun yang berlaku, dan apapun yang dibuat, kalau PR kalah depa tetap memberontak dan akan kata berlaku penipuan.  Jadi lebih baik tak payah buat apa-apa.  Hati tak sakit, duit tak keluar, masa tak terbuang. 

Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada pilihan Raya Umum (PRU) ke -13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.  Seterusnya di sini

Monday 4 June 2012

KJ PI MANA NIE? SIBUK BERKONSERT KER?

Akak dari awal lagi dah tak berkenan dengan 'Konsert Jelajah BN' anjuran Pemuda BN tu.  Kononnya ini saja cara untuk mendekatkan diri dengan golongan muda.  Baru jer beberapa hari orang PR bising pasal konsert K-Pop yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2012, KJ pulak umumkan pelancaran 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'.  Memang betullah orang akan kata yang Pemuda ni kerjanya tak ada lain, asyik nak ber'konsert' jer, nak berhibur jer.  Macam tak ada cara lain lagi nak dekatkan BN dengan anak-anak muda.  

Bukan akak nak sokong PR yang dah memang kerja dia membangkang apa saja yang kerajaan buat, tapi agak-agaklah kalau nak buat program tu.  Program nak dekatkan diri dengan anak muda tu dah betul, tapi pengisian dan caranya yang salah.  Dalam pada sibuk nak dekatkan anak muda kepada BN, sekumpulan Exco Pemuda Umno keluar parti!  Apa cer?  




      

JIKA PR MEMERINTAH.....MALAPETAKA 7 KETURUNAN ORANG PAS!!

Pas nampaknya beriya-iya sungguh untuk meneruskan kerjasama dengan Pkr dan Dap untuk menawan Putrajaya.  Bagi orang Pas, menewaskan Umno adalah satu matlamat dan kesempurnaan perjuangan.  Umpama mendapat pahala yang maha besar jika Umno tersungkur. Tapi apakah orang Pas sedar apa yang mereka lakukan?  

Sebenarnya orang Umno tidak begitu tertekan jika BN tumbang.  Orang Umno telah bersedia zahir dan batin.  Dari segi ekonomi, orang Umno jauh lebih bersedia berbanding orang Pas.  Bukan akak nak kata yang orang Umno ni kaya-kaya belaka, tetapi majoritinya sederhana dan cukup bersedia.  Orang Pas masih ramai yang terpinggir.  Mereka memilih Pas juga kerana mereka adalah golongan yang gagal dalam persaingan.  Memilih Pas bagai satu pelarian dari masalah yang selama ini membelengu kehidupan.  Pas membuatkan mereka terasa kuat sedangkan mereka tidak punya apa-apa.  Menjatuhkan Umno adalah satu bentuk kekuatan kepada mereka dan semangat itulah yang kerap ditiupkan ke sanubari mereka.  Mereka digambarkan sebagai panglima di medan perang yang dibekalkan dengan kekuatan secara zahiriah.  Mereka lambang beburung kakak tua dari sudut tindakan.  Mereka bakal meraikan kemenangan dengan sorakan tanpa sedar negara dan maruah Melayu dan Islam akan tergadai.

Pengikut Pas sebenarnya yang akan rugi.  Melihat negeri Kelantan sebagai satu bukti yang nyata.  Bayangkan jika Malaysia ini jadi seperti Kelantan?  Orang Kelantan sendiri keluar dari negeri Kelantan mencari rezeki.  Dan apakah jika Malaysia jadi seperti Kelantan, rakyat negara ini perlu lari ke Indonesia mencari rezeki?  Bunyinya terlalu kasar, kejam dan keterlaluan.  Tetapi kepemimpinan Pas itu sendiri tidak pernah meletakkan pembangunan itu satu keperluan.  Bagi mereka miskin itu tidak salah.  Susah itu satu ujian bagi mendekatkan diri dengan Allah.  Apa masalahnya air keruh jika air itu bersih dan boleh digunakan untuk mengambil wuduk?  Betul?  Apa masalahnya jika tidak ada lebuhraya?  Orang masih boleh pergi balik ke Kelantan walaupun ambil masa yang lama.  Perjalanan yang lama boleh disertakan dengan zikir dan itu menambahkan pahala.  Jadi perlukah disegerakan membuat lebuhraya?  Itu sekadar mengambil contoh sebahagian dari konsep hidup dan kehidupan yang semat di dalam hati orang Melayu Pas. 

Tetapi Malaysia menjadi seperti Kelantan itu tidak akan berlaku.  Percayalah.  Pkr dan Dap tidak akan mengizinkan Malaysia menjadi seperti Kelantan.  Tanpa projek pembangunan, kengkawan mereka tidak dapat cari makan.  Baiklah, barangkali tidak berlakunya rasuah sekalipun itu suatu yang tidak mungkin berlaku.  Tidak mengapa, kita katakan saja kerajaan PR yang akan datang tidak mengamalkan rasuah dan rakyat perlu bersaing secara sihat.  Tanya ke dalam diri orang Melayu Pas, apakah mereka sudah bersedia?  Projek jutaan atau bilion ringgit, mampukah ditangani mereka.  Sekaya atau sehebat manakah kekuatan RM syarikat-syarikat Melayu?  Melayu yang kaya-raya sekarang ini kebanyakannya dicanang sebagai kroni Umno dan pasti bakal dipinggirkan.  Ketika itu apakah masih wujud badan-badan kerajaan seperti sekarang yang memberikan kemudahan pinjaman kepada Melayu dan bumiputera?  Apakah Dap mengizinkan orang Melayu dan bumiputera diberi keistimewaan? 

Pengikut Pas hanya terperangkap dalam kebahagian menunggu mati, sebab syurga yang telah dijanjikan.  Bersyukur kerana dapat menumbangkan parti Umno yang dituduh zalim.  Segala kedaifan ketika itu ditelan sehaja kerana dunia tidak lagi penting bagi mereka.  Barangkali masih tidak apa, kerana mereka bakal mati dan bakal masuk 'syurga' jaminan Pas.  Namun apa akan jadi dengan anak cucu mereka nanti yang akan hidup 10 tahun dan 100 tahun akan datang?

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan, kerana itu jugaklah Felda disenaraikan.  Biar orang Melayu Felda boleh mendapat duit di masa sekarang dan menyimpan.  Supaya Felda tidak diperkotakkatikkan oleh Dap sekiranya BN tumbang.  Felda tidak dapat diusik lagi kerana dia telah berada di pasaran terbuka. Orang Felda akan lebih bersedia dan terpelihara.  Ada kekuatan ekonomi di situ dan boleh bergerak ke hadapan menghadapi cabaran sekiranya tanah dan kebun mereka tergadai di bwah pentadbiran baru Pakatan Haram!

Orang Cina telah lama bersedia.  Di bawah pemerintahan Umno dan BN, mereka tidak tergugat sedikitpun kerana kekuatan ekonomi mereka.  Mereka mampu mengawal orang kaya Melayu yang hidup mewah bersandarkan duit rasuah.  Dan orang-orang Melayu inilah yang kini di bawah telunjuk mereka dan berjuang menentang Umno dan BN.  Orang Cina perlukan kuasa untuk menambahkan kekayaan yang sedia ada dan memberi peluang bangsa mereka menguasai ekonomi.  Kerana itu orang Melayu Pas tidak akan mendapat apa-apa sekiranya PR memerintah.  Pemimpin Pas tidak berani menghadapi pemimpin Dap dan Pkr.  Mereka akan selamanya patuh dan tunduk seperti kura-kura yang akan menyorokkan kepalanya bila disergah.  Tunjukkan kepada akak di mana dan ketikanya Dap mengikut telunjuk Pas berbanding Pas mengikut gerak tari Dap?  

Jadi berhati-hatilah jika ingin menumbangkan Umno.  Menumbangkan Umno bukan satu kejayaan dunia dan akhirat sebaliknya satu malapetaka yang bakal menjadi kutukan anak cucu 7 keturunan!                  

Friday 1 June 2012

APABILA HARRIS IBRAHIM MULA MENCURIGAI ANWAR....

Harris Ibrahim yang kini sibuk cuba menjaja ABUnya (Asal Bukan Umno) mula curiga dengan Anwar dan Azmin. Pendedahan RPK terhadap kes Azmin dan penglibatan secara terus Anwar Ibrahim melindungi madunya itu tidak dapat tidak menimbulkan kesan yang mendalam terhadap Harris dan geng ABUnya yang lain. SMS Harris kepada Anwar dan Azmin langsung tidak dilayan. Dan nyata Harris amat kecewa. Segalanya diluahkan di blog Harris seperti di bawah. Apakah nanti Harris akan turut menyokong ABAI?

I’ll shut up if they speak up | The People's Parliament
Published with Blogger-droid v2.0.3

RAMALAN JIJIK HADI AWANG YANG MEMUALKAN!!

Tak masuk akal langsung!  Kalau iyapun nakkan perhatian, kalau betulpun dah terdesak sangat, tak payahlah nak timbulkan kemarahan orang Islam dengan ramalan giler tak bertempat.  Mustahil Najib buat PRU ke 13 pada musim haji.  Dan yang paling tak masuk di akal ialah bila Hadi Awang duk kata yang ramai pi haji tu orang Pas.  Mana data yang Hadi pakai nie?  Ikut sedap mulut jer dia nak cakap.  Hadi Awang menjangkakan, perdana menteri akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada September depan ketika musim haji bagi memastikan kejayaan BN.  Tindakan itu didakwa diambil ekoran banyak penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu, kata Abdul Hadi di SINI

Logik ke Najib buat Pru ke 13 musim haji?  Tak mungkin berlaku la wei.  Yang pergi haji tu orang Islam, majoritinya orang Melayu.  Kalau dah 26 ke 28 ribu orang Islam tak mengundi, calon bangsa mana yang akan menang dan untung?  Tak mungkin Najib sebodoh itu membuat perhitungan untuk Malaysia.  Dan dari puluhan ribu yang mengerjakan haji tu pasti ramai yang akan memangkah BN.  Tak kan Najib nak hilang undi macamtu aje.

Teruk sungguhla pemimpin Pas ni.  Depa ni suka buat cerita karut marut dan tidak mustahil pulak nanti ada demostrasi untuk menghalang Najib dari mengadakan PRU di musim haji.  Padahal Najib tak cakap apa-apa pun. Malah tak terfikirpun nak buat PRU masa haji. Depa saja nak buat isu.  Sengaja nak tunjuk kat rakyat jelata yang BN ni kemaruk kuasa dan akan buat apa saja untuk berada di tampuk pemerintahan.  Jahat sungguh permainan depa ni semua.  Harap parti jer ada perkataan Islam!  Meluat sungguh akak.   

PANEH HATI DEN, APO LAK CORAI BORAI ARI JUMAAT NIE??

Terus terang akak tak pandai nak cakap negori sangat walau dah 10 tahun menotap kek sini. Setakat makan masak lomak cili api tu memang pandaila.

Apo cito Pak Sedaro yang duk cadang Najib corai Rosmah talak satu? Kok marah sangat ngan Rosmahpun janganla sampai corai borai. Takdo eh monang bosar Pru 13 nanti klau Najib corai Rosmah. PR akan totap kato yang Rosmah dah makan bilion bilion dan tak boleh nak maafkan Najib lagi. Lagi dikato dek orang yang Najib terdosak sampai dicorai bini eh.

Apo kato akak cadangkan yang Rosmah sedokahkan semuo kekayaan dio kat negaro. Buat tobat nasuha dan pakai tudung litup. Tak payah lagi buat itu ini. Iring je suami ke mana2 dengan senyuman yang ikhlas. Dan lagi satu izinkan Najib kahwin ngan akak! Hahaha. Gerenti kayo org negori termasuk Pak Sedaro!

PANEH MIANG©: Cerai Talak Satu Rosmah
Published with Blogger-droid v2.0.3

SHABERY CHEEK MOHON MAAF....

Ini baru betul.  Bila ditegur, minta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi apa yang telah berlaku.  Semuanya berlaku bila ramai yang tersinggung dengan persembahan K-Pop yang berpakaian kurang sopan.  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pun tegur jugak pihak penganjur yang kurang sensitif.  Pada akak, tak lah teruk sangatpun penampilan dia orang.  Sesuai dengan persembahan dan identiti K-Pop itu sendiri.  Ramai lagi artis kat Malaysia ni yang pakai pakaian menjolok mata.  Ramai lagi GRO yang selesa hidup di Selangor dan Penang tanpa bantahan.   Ramai lagi pelacur Cina yang dilanggan.  Ramai lagi perempuan yang dijadikan model kereta, yang mengiringi pelumba kereta dan motor di litar yang kesemuanya berpakaian amat seksi dan menjolok mata.  Malah ramai jugak yang berpakaian macam tidak berpakaian di hari 'Occupy Dataran' hari tu.  Ingat lagi?

Apa-apapun tahniah Datuk Seri Shabery Cheek!  http://www.sinarharian.com.my/nasional/kbs-mohon-maaf-konsert-k-pop-1.52497