Wednesday 31 August 2011

MILO SUAM TUKAR NAMA KEPADA MILO BASI SEMPENA MERDEKA!!

Akak memang tak suka minum milo, kalau minum rasa tekak akak kembang dan nak muntah. Ingatkan akak setakat nak muntah minum milo jer, tak tahu pulak bila baca blog milo suam akak pun rasa nak termuntah!

Si milo suam, adik adik yang tak cukup umur ni, cuba nak kaitkan Berita Harian dengan Mat Indera. Kononnya Berita Harian dalam satu rencananya turut mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Jadi si milo suam kata, kalau abang Mat Sabu disiasat di bawah seksyen 505 (B) kanun keseksaan kerana menganggap Mat Indera sebagai hero, Berita Harianpun patut kena siasat jugak.

Akak pun bacalah rencana Berita Harian tu. Puas akak baca, akak teliti, tak nampakpun yang Berita Harian perlu disiasat sebab tak ada satu frasa pun yang mengatakan Berita Harian menganggap Mat Indera sebagai pejuang. Buta hati ke apa si Milo Basi ni?

Tajuk berita yang digunakan pun : Kopi Kecubung Tewaskan Kekebalan Mat Indera. BH cuma nak cerita pasal bagaimana kopi yang dicampur kecubung boleh buat seorang yang kononnya hebat dan kebal jadi mabuk dan mengantuk. Kopi kecubunglah yang membuatkan Mat Indera ditangkap. Mengenai Mat Indera yang dianggap pejuang kemerdekaan, BH cuma menceritakan bagaimana sebahagian daripada masyarakat jawa ponorogo yang menganggap Mat Indera ni sebagai hero. Itupun melalui temuramah dengan Mohd Abidin Ismail, salah seorang anak kepada orang yang menangkap Mat Indera. Tang mana yang si Milo Basi ni duk tuduh BH sama fahaman macam Mat Sabu pun, akak tak faham.

Takkan satu rencana yang tulis pasal biodata seorang pembunuh bersiri yang ditangkap membuatkan kita merasa si penulis rencana dan akhbar yang menyiarkannya menyokong si pembunuh. Gila ke apa?

Si Milo Basi ni cuba nak kenakan BH pulak kerana bengang hero kesayangannya si Mat Sabu sudah kantoi. Tapi si Milo Basi ni tak pulak menyatakan pendapatnya tentang Mat Indera. Pejuang ke pengganas si Mat Indera tu dik non?

Dah la. Mengantuk dah akak. Penat tengok manusia yang fikirannya masih tidak merdeka ni. Selamat hari merdeka. Pada Milo Suam, pi lah tukar nama jadi Milo Basi sebab nama tu lebih sesuai lagi dengan hang, dik non.

Selamat malam! Esok pagi nak pekena teh tarik. Tapi kalau jumpa Milo Suam, akak nak campurkan kecubung kat dalam milo tu. Biar si Milo Suam minum, mabuk dan mengantuk. Bolehlah akak basuk otak dia yang semakin membusuk tu...

Monday 29 August 2011

BADANNYA PAS, HATINYA DAP; RUPANYA MACAM PAS, OTAKNYA DAP

Mood raya akak betul2 terganggu dengan keletah si Mat Sabu. Sudah beberapa hari akak tak jengah blog sebab sibuk buat persiapan untuk raya. Tup tup si mat sabu duk main isu komunis pulak yg buat satu malaya gempar. Mat sabu meletakkan komunis sebagai hero sebab kononnya si komunisni adalah anti british yg duk jajah malaya. Komunisni lah sebenarnya pejuang kemerdekaan. Semua polis dan tentera adalah anjing british, sebab itu memang wajar balai polis bukit kepong diserang. Memang patut anggota polis dan keluarganya dibunuh. Sampai cam gitu sekali si mat sabu menghalalkan pembunuhan kejam.

Memang si mat sabu ni gila glamer sama cam si mak lampir gak. Kalau depa duk sebelah menyebelah memang rupa cam adik beradik pun. Perangai pun sama. Cakap pun merepek mengalahkan pelakon senario.

Tetiba plak bila kena maki kiri kanan, boleh plak si mat sabu kata dia tak ingat yang dia ada cakap macamtu, mat sabu kena tengok dulu video penuh baru boleh bagi kenyataan, walaupun kat youtube dah terang dan jelas segala sebutan yang mulut dia sendiri keluarkan.

Tapi bagi akak, memang mat sabu boleh lupa pun sebab dia kan cuma pembesar suara bergerak puak Dap? Dia tak tahu apa yang dia cakap sebab dia cuma duk hafal jer apa skrip yg si lim guan eng bagi. Itulah akibatnya bila dah banyak sangat terhutang budi ngan lim guan eng, akhirnya tergadai kreadibiliti.

Tadi bila akak baca Harakah sat tadi, si mat sabu mula main skrip selamat. Dia seolah2 baru tersedar dari mamai, dari dipukau dek jawatan dan wang ringgit si lim guan eng. Mat sabu mula puji tentera, kononnya tentera bagus sebab menjaga kedaulatan negara. Tentera dulu sebelum merdeka yang tak bagus dan patut dibunuh. Nampak sangat gelabah si mat sabu, nampak sangat dia bekerja untuk puak Dap yang dari dulu lagi duk perjuangkan komunis.

Walaupun akak lahir lepas merdeka, tapi akak percaya apa yang diceritakan oleh mak dan ayah akak. Macammana kejamnya komunis ni pada orang melayu dan orang kampung. Orang kampung macam mak ayah akak bukan kerja dengan british, orang kat kampung akak masatu pun bukan kerja dengan british, tapi tetap jadi mangsa komunis. Sebab itu bila mat sabu nak ubah sejarah, akak jadi marah.

Memang mat sabu patut mintak maaf pada semua rakyat malaysia lebih2 lagi pada kaum keluarga anggota polis bukit kepong. Akak takut nanti mat sabu tercekik lemang raya nanti, tak sempat nak mohon maaf. Sudah sudahlah berbakti pada si dap tu. Mat sabu adalah hero pas yang punya kecelaruan identiti. Badannya pas, hatinya dap. Rupanya macam pas, otaknya dap!

Friday 26 August 2011

SALAM RAYA BUAT KAK WAN!

Akak sebenarnya sibuk sangat sempena nak rayani.  Tak sempatpun nak mengikuti secara detail perkembangan dari mahkamah yang sedang hangat berlangsung sepanjang mingguni.  Fikiran dah nak raya.  Banyak benda yang masih belum dibuat. 

Akak dapat bayangkan bagaimana sibuknya Kak Wan sempena nak rayani.  Dahlah sepanjang minggu sibuk di mahkamah, mana nak uruskan rumah, anak-anak, kuih muih, kaum keluarga, ketupat, rendang dan macam-macam lagi.  Kesian Kak Wan.  Akak tengok wajah Kak Wan pun dah hilang serinya.  Masam mencuka tatkala suami anugerah Tuhan cuba mempertahankan diri.  Nak buat camana ye tak?  Gitulah kalau nak sangat terus kekal jadi isteri bakal Perdana Menteri.  Lagipun Kak Wan perlu tunjuk hebat di mata semua orang.  Kan nak jadi contoh kepada semua wanita kat Malaysia ni.  Bila lah gamaknya akak nak dapat risalah enam siri 'Cerita Kak Wan' tu yer?  Si Mak Lampir agaknya rayani duk sibuk edar buku Kak Wan ker?  Hehehe.   

Kepada Kak Wan, Nurul Izzah dan Mak Lampir yang selalu akak umpat dan kata,  akak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.  Pesan akak, jangan lupa pakai baju kuning raya ni.  Semoga gumbira di hari raya!   

Dan kepada sesiapa yang terbaca blog ini, akak juga ucapkan selamat hari raya.  Raya!  Raya!  Persetan dengan semua setan yang ada!!!! 

Tuesday 23 August 2011

KIPAS MAT SABU SEMAKIN GALAK MASUK KE DALAM KAIN

Mat Sabu punya kipas, memang akak tabik spring.  Macam akak cakap dululah yang akak peminat nombor satu Mat Sabu.  Kali ini kipas Mat Sabu semakin besar, semakin galak dan semakin gempak.  Mat Sabu menyatakan keterujaannya apabila ramai orang Melayu masuk DAP.  Mat Sabu menyeru orang Melayu PKR dan PAS masuk DAP kalau dah memang rasa tak sesuai dengan PKR dan PAS.  Dalam ertikata lain, Mat Sabu nak bagitahu yang PKR dan PAS memang tak bagus berbanding DAP.  Memang susah nak percaya, tapi itu adalah kata-kata dari Timbalan Presiden PAS sendiri.  Akak tak tahulah apa Nik Aziz akan cakap.  Mungkin Nik Azizpun bersetujulah jugak dengan kata-kata timbalannya ni.   

Kipas Mat Sabu cukup meloyakan sebenarnya.  Baru duduk berbuka puasa bersama-sama Lim Guan Eng, sudah macam dia pulak yang lebih DAP dari DAP.  Punya puji Lim Guan Eng sampai tak ada orang yang lebih hebatla.  Mat Sabu tak pulak puji Nik Aziz sampai macamtu sekali.  Mat Sabu macam tahu semua yang berlaku di Penang. Kata mat Sabu, Lim Guan Englah yang cekap memerintah, yang telus, yang mementingkan rakyat, jujur, tak ambik wang rakyat... bla bla bla....apa punya bodek tu?  Tahulah dulu masa duk bertanding jawatan Timbalan Presiden, si Lim Guan Eng ni dah banyak tolong, tapi agak-agaklah kalau nak membalas jasa pun.  Janganlah nampak melampau sangat. 

Memang betullah kata-kata Mat Sabu yang hubungan PAS dengan DAP memang bagai aur dan tebing.  Macam isi dengan kuku.  Tak boleh dipisahkan lagi.  Bagai irama dan lagu.  Jadi jangan hairan kalau satu hari nanti Mat Sabu akan masuk DAP.  Dan akan ketawa besarlah orang-orang DAP bila ada Melayu yang seperti Mat Sabu.  Akak berdoa pada Tuhan, cukuplah ada sekor jer Mat Sabu dalam dunia Allah ta'ala ni.....

CHEGUBARD WAJIB MASUK SEKOLAH BALIK

Susah sangat ke nak faham bila Khairy Jamaluddin (KJ) bagitahu yang dia akan akur jika Presiden UMNO putuskan yang dia tak perlu bertanding jika dia bukan calon yang boleh menang?  Untuk lebih spesifik, ini kata-kata KJ yang dipetik dari Bernama Online:   "Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," 
 
Rasanya ayat tu mudah sangat.  Akak heran jugak bila Chegubard tak faham dan tetiba jadi prihatin dengan nasib KJ, seteru lamanya tu.  Tetiba pulak Chegubard kata ini budaya UMNO yang suka jadi pak turut, putih kata presiden, putihla, hitam kalu, hitamla.  (Tapi bila kena kat KJ memang sah la hitam.  Hehehe.)
 
Dengan penuh berkobar-kobarnya si Chegubard ni kata yang UMNO tak faham demokrasi.  Tak faham kehendak rakyat dan tak reti nak menghormati keputusan akar umbi.  BACA SINI
 
Yang sebenarnya Chegubard yang tak faham.  Chegubard yang patut masuk sekolah balik untuk belajar memahami ayat-ayat mudah.  Mari akak ajar Chegu ya....Bila Presiden UMNO kata yang si polan atau si polan itu tak boleh bertanding sebab bukan calon yang boleh menang, akak ulangi, bukan calon yang boleh menang, bermakna Presiden UMNO memahami demokrasi.  Presiden akur bahawa seorang yang tak boleh menang adalah orang yang tidak disukai oleh akar umbi, seorang yang ditolak oleh rakyat.  Menjadi Ketua Pemuda UMNO bukan satu lesen untuk jadi calon.  Mungkin pencapaian dulu membolehkan dia jadi Ketua.  Tapi sekarang atau akan datang, kehendak rakyat, kehendak akar umbi barangkali berbeza.  Presiden yang peka dan turun padang, dan tak tidur, pastinya dah tahu mana calon yang disukai atau mana yang boleh dinyahkan.  Faham Chegubard?  Tak mungkin Presiden UMNO tetap meletakkan KJ jika memang terbukti KJ tidak diterima di Rembau, atau di mana-mana dalam Malaysia ni.  Faham Chegubard?  Kalau tak paham jugak, nanti akak mintak anak akak ajarkan Chegu ye....
 
 
Nasihat akak, janganlah duk masuk campur urusan pilihan calon BN, cer tanya Pak Sheikh (lama tak dengar panggilan ni digunapakai untuk si peliwat tegar tu) sama ada nama Chegubard yang kalah dulu akan jadi calon ke tidak?  Ker PKR akan pilih anjing dari pilih Chegubard?  Cer gi tanya Chegu.... 

MALAYSIAKINI KONA BARING

Gila! Memang Malaysiakona busuk hati dan ada masalah mental. Bila akhbar Kompas mintak maaf atas kesalahan fakta dengan membuat tuduhan melulu terhadap PM dan isteri, mangkuk yang dah tak boleh ayun kat Malaysiakona, terperanjat ungka dan tak nak percaya. Depa seboleh-bolehnya nak Kompas dan akhbar dari seluruh dunia sama-sama berkongsi kejahatan dengan depa untuk memperbodohkan rakyat. Biar rakyat lihat betapa jahatnya DS Rosmah. Biar rakyat jatuhkan BN dengan cara apa sekalipun.

Nampak sangat Malaysiakona cuba nak kona cerita. Dah terang2 Kompas mintak maaf, boleh pulak dikatakan permohonan maaf itu cuma separuh. Hai, ada pulak mintak maaf penuh, maaf separuh. Memang sah depani separuh tiang. Gila. Sakit mental. Maklumat yang Malaysiakona dapat kononnya Kompas terpaksa buat permohonan maaf. Tapi tak pulak dinyatakan sebabnya. Akak nak tahu jugak kenapa Kompas mintak maaf selain dari sedar yang dia orang dah ditipu dan diperdaya dek musuh2 politik PM. Sat lagi mesti ada yang tuduh pulak PM bayar juta-juta kat Kompas dan pelbagai teori dikeluarkan bagaimana pembayaran dibuat, yang diceduk dari skrip drama tv. Itu kemahiran RPK la pulak.

Sampai bilala depa ni nak taubat. Ni kalau pemimpin pilihan depa jadi PM, mahu tutup Malayiakona tu, sebab depa akan dapat juta2 dan hidup senang lenang, tak payah keje dah.

Nak berprasangka memang senang, nak buat tuduhan jugak senang, tapi nak jawap bukti camana air mani mamat tu boleh ada kat dubur sepol, itu memang payah...kesitu pulak akak. hehehe

Monday 22 August 2011

LANGSUNG TAK GHAIRAH....

Memang perbicaraan kes liwat An*** langsung tidak menarik untuk diikuti.  Kalau akak hakim, arini gak akak akan jatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan sekali ngan sebatan kat si peliwat tegar tu.  Dahla tak boleh nak disoalbalas, An*** langsung tidak bagi alibi pun.  Setakat bagi ceramah politik, setakat bagi ayat al-Quran untuk menyekolahkan hakim, setakat buat tuduhan yang berjela-jela tanpa bukti melangkaui 32 mukasurat, apa ke jadahnya?  Lepastu sibuk nak mensepina Perdana Menteri dan isteri untuk jadi saksi.  Mahu jer akak mintak C4 untuk letupkan si anugerah Tuhan ni.

Semuanya konspirasi.  Macamlah dia hebat sangat sampai semua PM takut kat dia.  Mahathir takut, Najib takut.   Tu pasal semua nak dia dipenjarakan.  Terlebih sangatlah mamat tu.  Orang yang mengangkat diapun terlebih sangat.  Terlebih bangang. 

Penat dah tengok kes diani.  Sampai dia aruahpun kes tak akan selesai, percayalah!  Masa dah aruahtu nanti, bila ditanya pasal kes liwat ni, dia akan tetap cakap DS Najib dan Tun M punya konspirasi.  Tuhan pun seboleh-bolehnya dia nak kelentong....Entahla. 


Friday 19 August 2011

HISHAMUDIN HINA ORANG FELDA!!

Akak bukan orang Felda tapi sebagai perempuan, akak cukup sensitif bila ada orang duk kutuk makcik-makcik Felda.  Isteri peneroka Feldani digambarkan oleh si Hishamudin Rais sebagai perempuan yang kerjanya tidak lain selain dari mengumpat, berborak dan bercerita sesama sendiri sementara menunggu suaminya balik dari kerja.  Umpatan isteri peneroka Felda ni pulak adalah tentang DS Najib yang kena nasi kangkang dan DS Rosmah yang menggunakan khidmat bomoh dari India.  Inilah sebenarnya tembelang manusia pembangkang yang kononya memperjuangkan Felda tetapi dalam masa yang sama mengutuk orang-orang Felda!  Ini sebahagian dari apa yang ditulis oleh Hishamudin Rais:


       Para pembaca yang budiman, sila lupakan cerita dari Lebai Desas anak Desus yang mengatakan bahawa Najib pernah beranak dan beristeri dengan orang puteh ketika dia belajar di UK dahulu. Ini bukan politik. Lupakan juga cerita tentang Rosmah berhasrat agar anaknya akan berkahwin dengan anak Sultan Berunai. Ini bukan politik. Lupakan juga kesah Rosmah menggunakan khidmat bomoh dari India. Ini bukan politik. Jangan terikut-ikut dengan kesah ‘ nasi kangkang Rosmah ’. Ini hanyalah labon-labon Mak Cik Felda sambil-sambil makan kuaci ketika menunggu laki pulang dari ladang.   
 _____________________________________________

Siapa Hishamudin Rais?  Entah!  Akak kenal dia sebagai pembikin filem yang gagal.  Dulupun bila bercakap pasal filem memang dialah yang paling hebat, tapi bila buat filem, hampeh!  Cer tanya apa jadi filem popular dia Dari Jemapoh ke Manchester?  Ada tayang ke kat cinema kita?  Layak ke filem tu ditayangkan?  Bila dah tak boleh nak tayang kat cinema dia letak kat u-tube.  Itupun akak tengok adalah seribu dua orang yang tonton.  

Mamat perasan bagusni sebenarnya adalah orang gagal dalam hidup.  Bekas tahanan ISA ni pernah lari dari ditangkap polis dan tinggal di luar negara macam si penakut RPK tu.  Sekarang RPK dan Hishamudin Rais berganding bahu dalam Malaysia Today, menyebarkan cerita-cerita khayalan yang luar biasa dan kengkadang di luar jangkauan logik akal yang waras. 

Dan hari ini si gagal yang tak mendapat tempat di hati masyarakat ni mula buat filem khayalan dan cerita baru.  Pasal Malapetaka 31 Ogos.  Pasal Malapetaka yang dibawa oleh DS Najib dan Rosmah.  Semuanya adalah andaian dan hanyalah dengar dari cakap-cakap orang.  Tak ada bukti yang kukuh.  Tapi orang macam si Hishamudin Raisni memang menjadi idola ramai budak-budak dungu yang berdarah panas, budak-budak dungu yang percaya bulat-bulat bila dihidangkan dengan cerita-cerita khayalan.  

Sudah-sudahlah Hishamudin Rais.  Cerita hang tu dah lapuk dan dah tak laku.  Buatlah cerita lain yang lebih logik sikit.  Tukarlah tiub kat otaktu, dah bocor banyak sangat.  Tu sebab khabar angin jer yang banyak masuk.