Monday 5 March 2012

UMNO CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

Ini memang kelakar.  Korang kena baca dan ambik pengajaran dari apa yang diperkatakan.  Tak boleh tidak.  Umno cakap tak serupa bikin, sebab tu ramai yang sertai parti Pas.  Apa kes?  Kesnya begini.  Ada sorang makhluk tu,  dia bengang kat Umno sebab tak tolong semasa ada kenduri kendara.  Kerana itu dia masuk Pas.  Logik ke tak?  Memang tak logik, tapi itulah yang berlaku di Padang Terap, Kedah. 

Bekas Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Pauh, dekat sini, Mohd Yunus Harun menyerahkan borang permohonan untuk jadi ahli Pas.  Kata dia, Umno cakap tak serupa bikin.  Kalau orang Pas, cakap semua bikin.  Bila suh bagi contoh...jawapan dia:  “Kalau cukup waktu mereka semua (ahli PAS) sudah ada di surau ataupun masjid.  Kenduri kendara orang-orang PAS sahaja yang banyak menolong berbanding dengan orang Umno,” katanya lagi.

Pas cakap serupa bikin kerana bila masuk waktu, orang Pas dah ada kat surau!  Hahaha!  Kalau kenduri kendara orang Pas yang banyak tolong sebab dapat makan free dan boleh duk mengumpat reramai.  Hahaha. Lawak lah.  Camanalah hari tu mamat ni boleh jadi Ketua pemuda Umno kat situ?  Macamtu jer tahap pemikiran dia, lagi nak jadi ketua?  Sah sah lah, orang cam gitu milik Pas!  Umno tak rugi sesenpun hilang orang yang punya cara pemikiran macamtu.  Kalau setakat masuk waktu, dah ada kat surau, memanglah orang yang tak ada kerja boleh senang-senang buat cam gitu.  Memanglah kita orang Islam tidak digalakkan melewatkan waktu. Tapi kalau lewat sikit sembahyang macam orang Umno, maka sembahyang tu tak sah ker?  Umno tu kurang Islam ke berbanding Pas?  

Barulah akak faham sekarangni makna Islam bagi orang Pas.   

2 comments:

  1. pak ngah21:21:00

    bagi pak ngah tak pelik, pekara ni dari pemantauan pak ngah selama ni.. ahli UMNO yang lari ke pembangkang. kebanyakannya kerana tak dapat sesuatu yang menjurus kearah peribadi... berlaku di tempat pak ngah.... tak dapat elaun imam surau yang disalahkah umno... sedangkan tanggungjawab tersebut dibawah jabatan agama.. setau pak gah imam masjid je ada elaun.. tak tau lah enakment sekarang... tak puas hati lari pada pas.. penuhi kehendak masyarakat.. ada ajk mahukan imbuhan... tak bagi, lari pada pas.. pak ngah tak duduk jika perjuangan kearah peribadi.. ada jenis mahluk macam ni pakngah dah tak pelik...

    ReplyDelete
  2. Anonymous00:45:00

    TAK BOLEH PROJEKLAH TU. TUIIII!!!

    ReplyDelete