Monday 11 March 2013

BAPAK SAIFUL MASUK KEADILAN LA PULAKKK...

Kecohla lu Lan. Anak lu kena liwat, lu pulak jadi glemer semacam. Kalau nak menegakkan keadilan sekalipun, tak payahla nak join parti yang ada nama 'keadilan' pulak. Nampak sangatla tak betulnya. Kalau dah tahu dari dulu semuatu konspirasi, apasal dari dulu tak nak cerita. Ni dah dekat sangat nak pilihanraya, ko tetiba plak kata konspirasi. Lawak la ko ni. Siapa yang berkonspirasipun akak tak pasti la.

***********************************

Bapa Saiful Bukhari sertai KEADILAN

(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 11 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.

Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
Saiful“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.

“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum KEADILAN.

“Saya juga mendoakan semoga KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita.

Kata Azlan, sebagai rakyat Malaysia, beliau berhak membuat keputusan untuk dirinya sendiri.

Justeru katanya, tindakan beliau menyertai KEADILAN dibuat selepas membuat pertimbangan munasabah.
“Saya dah fikir sedalam-dalamnya berhubung implikasi. Kita kena fikir secara profesional dalam hal ini. Penyertaan saya dalam sebuah parti politik tidak ada kena mengena dengan kes mahkamah.

“Saya mempunyai prinsip jelas. Saya serah kepada tuan-tuan dalam kenyataan saya pada 8 Mac.
“Ini penyertaan saya dalam parti politik yang kebetulan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti sebelah sana, tentu tak timbul isu,” sinisnya merujuk dakwaan pihak tertentu mengatakan beliau dibiayai.

1 comment:

  1. Anonymous17:49:00

    ahaks prinsip jelas, mula bersama2 dengan anak, tetiba tak nak bersama anak, malah satu keluarga tak sokong ko PRINSIP sangatlah macam CAT lge tu

    ReplyDelete