Tuesday 18 August 2015

DASAR KERAJAAN MEMANG BAIK, YANG TAK BAIKNYA DASAR NAJIB..DASAR PEMBELIT NOMBOR 1 .. !!

Tak boleh tahan bila duk baca Najib mintak pesara bantu kerajaan untuk betulkan fitnah di laman sosial. Najib mintak pesara bagitahu rakyat tentang dasar-dasar kerajaan yang baik. Masaalahnya, semua rakyat dah tahu dasar kerajaan memang baik. Kalau tak baik dah lama dah kerajaan lingkup, punah ranah. Sebab dasar kerajaan yang baik jugaklah, sampai la ni, BN masih memerintah. Tapi yang jadi masaalah ialah macammana nak jernihkan atau nak betulkan tuduhan DASAR PEMBELIT Najib! Itu yang payah kita nak bantu. Terkebil-kebillah mata si pesara...penatlah otak depa nak fikir camana nak bantu Najib!

Akakpun kalau boleh nak bantu Najib. Nak bantu bagi Dasar Pembelit itu dijernihkan dan dibetulkan. Tapi macammana? Bagilah jalan sikit. Bolehla akak spin sana sikit mana yang terdaya. Kesian jugak akak kat Najib. Sana sini duk mintak tolong. Dah tak terlarat agaknya bangun tidur (kalau dapat tidurla..) asyik kena kutuk, kena maki. Itulah pasal..orang suruh turun, tak nak. Sekarang menyusahkan orang!

Ok lah.. sekarang akak nak bantu Najib jernihkan keadaan. Pasal 2.6b tu sebenarnya itu bukan duit rakyat. Itu adalah duit Doraemon, duit yang kuar dari poket Doraemon sendiri atas permintaan Najib dan isteri.  Najib jumpa Doraemon setelah melakukan 3 permintaan kepada jin yang keluar dari lampu antik yang dulunya dipunyai oleh Aladdin. 2 permintaan lagi masih sedang dalam siasatan..

Tanggungjawab akak dah selesai...akak dah bantu Najib! Cuba fikir apakah agaknya yang boleh dilakukan Najib jika dah bersara nanti? Najib boleh bukak universiti yang menawarkan kursus Pembelitan dan kursus Mencari Derma sehingga menjadi Billionaire!  Harus ramai yang daftar masuk you!! 

5 comments:

  1. Terbaik akak!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Bagaimana hal nya dengan saya yg telah masuk kategori pesara ni ......??? Tapi saya bukan pesara dari jawatan kerajaan .... di masa yang sama , inginkan Najib menjawab dengan telus & jelas skandal 2 ;
    a ) 2.7 ribu juta .
    b ) 1MDB .... List kan semua asset asset 1MDB .
    Nilai asset ketika di beli against nilai semasa .
    Jumlah pinjaman di buat .
    Jumlah hutang terkini termasuk " bunga bunga ".
    c ) dari mana dating nya RM 2 juta yg masuk account RM .
    Itu saja saya dan juga semua rakyat yang kisah , termasuk ahli UMNO yang ingin tahu . Susah sangat ke ..???? Saya ni tidak lah pandai sangat ...... CGPA dulu dulu tu tak lah sampai 3.85 , hanya cukup cukup "makan" ...kata orang ...heee...heeee... tapi mathematics saya setiap kali exam cukup cukup je sampai 4.0 point .

    ReplyDelete
  3. OOOOOOOOPPPPPP . ................. bukan 'dating' tapi 'datang'..... computer pun bolih siot !!

    ReplyDelete
  4. Anonymous18:36:00

    Best akak

    ReplyDelete
  5. Inai Merah18:11:00

    Akak jika tak tahan sangat dah, cepat-cepat korek lobang, takut terbabas melepas tengah jalan.

    Kita jika tak suka sangat kepada seseorang itu adakah kerana isterinya, anak-anaknya, atau kedudukannya, atau kerana sifat kita memang tak suka kepada kelebihan orang lain.

    Sehingga kita tak nampak lansung pada kebaikan orang itu. Pernahkah kita bersua muka bertentang mata dan berbual bicara dari hati ke hati atau adakah kerana kita hanya dengar cakap orang itu daripada orang lain yang juga perangai sama macam kita.

    Jika kita nak cari pengaruh pasti kita akan dapat kerana orang yang berfikiran macam kita 100% akan menyokong setiap apa yang kita luahkan.

    ReplyDelete