Showing posts with label BLOGGER UMNO. Show all posts
Showing posts with label BLOGGER UMNO. Show all posts

Tuesday, 23 August 2011

CHEGUBARD WAJIB MASUK SEKOLAH BALIK

Susah sangat ke nak faham bila Khairy Jamaluddin (KJ) bagitahu yang dia akan akur jika Presiden UMNO putuskan yang dia tak perlu bertanding jika dia bukan calon yang boleh menang?  Untuk lebih spesifik, ini kata-kata KJ yang dipetik dari Bernama Online:   "Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," 
 
Rasanya ayat tu mudah sangat.  Akak heran jugak bila Chegubard tak faham dan tetiba jadi prihatin dengan nasib KJ, seteru lamanya tu.  Tetiba pulak Chegubard kata ini budaya UMNO yang suka jadi pak turut, putih kata presiden, putihla, hitam kalu, hitamla.  (Tapi bila kena kat KJ memang sah la hitam.  Hehehe.)
 
Dengan penuh berkobar-kobarnya si Chegubard ni kata yang UMNO tak faham demokrasi.  Tak faham kehendak rakyat dan tak reti nak menghormati keputusan akar umbi.  BACA SINI
 
Yang sebenarnya Chegubard yang tak faham.  Chegubard yang patut masuk sekolah balik untuk belajar memahami ayat-ayat mudah.  Mari akak ajar Chegu ya....Bila Presiden UMNO kata yang si polan atau si polan itu tak boleh bertanding sebab bukan calon yang boleh menang, akak ulangi, bukan calon yang boleh menang, bermakna Presiden UMNO memahami demokrasi.  Presiden akur bahawa seorang yang tak boleh menang adalah orang yang tidak disukai oleh akar umbi, seorang yang ditolak oleh rakyat.  Menjadi Ketua Pemuda UMNO bukan satu lesen untuk jadi calon.  Mungkin pencapaian dulu membolehkan dia jadi Ketua.  Tapi sekarang atau akan datang, kehendak rakyat, kehendak akar umbi barangkali berbeza.  Presiden yang peka dan turun padang, dan tak tidur, pastinya dah tahu mana calon yang disukai atau mana yang boleh dinyahkan.  Faham Chegubard?  Tak mungkin Presiden UMNO tetap meletakkan KJ jika memang terbukti KJ tidak diterima di Rembau, atau di mana-mana dalam Malaysia ni.  Faham Chegubard?  Kalau tak paham jugak, nanti akak mintak anak akak ajarkan Chegu ye....
 
 
Nasihat akak, janganlah duk masuk campur urusan pilihan calon BN, cer tanya Pak Sheikh (lama tak dengar panggilan ni digunapakai untuk si peliwat tegar tu) sama ada nama Chegubard yang kalah dulu akan jadi calon ke tidak?  Ker PKR akan pilih anjing dari pilih Chegubard?  Cer gi tanya Chegu.... 

Monday, 8 August 2011

PERASAN BAGUS! RPK DAN TUN FAISAL: 2 JIWA 1 HATI

Bila baca komen RPK pasal bloggers dalam Umno Cyber Troopers, memang akak geram dan marah walaupun akak bukan tergolongpun dalam kumpulan yang diperkatakan dek si RPK tu.  Akakni tak join mana-mana persatuanpun, tak dapat bayaranpun bila duk kutuk pembangkang, tak pernahpun jadi ahli Umno atau mana-mana parti politik.  Cuma akak cintakan negara Malaysia yang dah memang aman dan makmurni.  Akak tak suka bila ada golongan yang nak menangguk di air keruh dan cuba nak memporakporandakan Malaysia.  Tapi bak kata orang, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa la jugak sakitnya.  

Yang lebih akak bengang pasal si RPK duk menyentuh orang Melayu.  Kata RPK orang Melayu yang jadi blogger Umno Cyber Trooper ni semuanya tak ada kerja, pendidikan rendah, kalau yang ada PHDpun depani tak diterima di mana-mana syarikat sebab memang depa tak bagus, tak ada otak, dan macam-macam penghinaan lagi yang dia buat. Blogger Umno tahu maki orang aje, tapi tak boleh nak lawan balik dengan fakta, dengan otak.  Banyaklah dia punya otak!  Kiranya memang bloggers Umno tak setandingla dengan blogger pembangkang yang dikatakannya lebih cerdik, berpendidikan tinggi, ada otak dan hebat.  

Lepas jer baca komen RPK, akakpun terus pi ke blog Tun Faisal.  Dengan harapan Tun Faisal yang mengepalai Umno Cyber Troopers ni akan bagi kaw2 punya pandangan dan kasik taruk dengan si RPK tu.  Tapi bila baca apa yang ditulis oleh si Tun Faisal, akak jadi lebih kecewa dan betullah apa yang RPK cakap tu.  Hendak tak hendak, akak terpaksa terima kutukan si RPK.  Akak tak sangka seorang yang jadi 'kepala' boleh lemah gemalai menjawab dan jugak menyetujui pulak apa yang RPK cakap.  

Tapi akak tak hairan kenapa Tun Faisal boleh menyetujui RPK.  Baru-barunipun Tun Faisal duk mengutuk Papagomo, blogger yang dikatakannya tak ada pendidikan, tak ada kelas.  Tapi akhirnya Tun Faisal sendiri dikutuk oleh RPK, sama camana dia duk kutuk papagomo yang duk berjuang sebagai blogger pro kerajaan.  Memang buku bertemu ruasla tu.  

Kesian blogger Umno!  Sapalah nak mempertahankannya.....
__________________________________________________________

DAN ini adalah jawapan daripada TUN FAISAI http://tunfaisal.blogspot.com/

Raja Petra - UMNO Cyber Troopers are no brainers? @NajibRazak @HishammuddinH2O


Raja Petra - akhirnya so called 'brainer' terpaksa mengaku
berbohong tentang Altantunya dan Perdana Menteri? Memalukan...


Seperti mana-mana pemimpin PR yang bongkak berada di atas takhta kuasa, Raja Petra Kamaruddin telah menulis dengan penuh angkuh tentang mitos perang siber antara pejuang siber pro-BN dan pro-PR. Belum tentu betul apa yang ditulisnya tu. Saya yakin, dia pun tidak tahu sama ada yang menyerang dia tu UMNO Cyber Troopers ke, BN Cyber Troopers ke, cyber troopers upahan ke atau individu yang memang bencikan penipuan bersirinya. RPK - siapa UMNO Cyber Troopers yang serang dan maki hamun you ni? Boleh bagi nama?

My take is simple - in many occasions; including in numerous by-elections and Sarawak State Election, the PR cyber troopers including the well-known news portal like Malaysiakini have found that it was not easy to deal and cope with the so called `no-brainers' `street smart' BN-cyber troopers (reminded me of Mel Gibson's Patriots - the untrained militia against the army regular - 'The Red Coats'). Just imagine what we can do if we have more of the so called `brains' in the team.

Don't be so cocky RPK, brain or no-brainer, to win a war we need people who are passionate and committed to the cause, able to work as a team and of high discipline. With good coordination and of course good salary/compensation, maybe similar to what is compensated to Raja Petra (which enables him to blog while drinking coffee and liquor in the heart of London?) or what is paid to Malaysiakini or Malaysian Insider editors and young reporters, I am confident that the BN cyber troopers at any time can do better than any paid PR cyber troopers and news portal editors and journalists.

Love of the cause? Or love the cash and committed to lie?

I still remember these lies - arsenic poisoning, HIV injection, neck and back pain, 16 September, Kamalanathan's degree, Altantunya and the list goes on...... may be Free Malaysia Campaign is better associated with lies rather than the truths!

Apa pun untuk menang Perang Siber dalam PRU13, pemimpin atasan BN ni kena cepat belajar. Tak semua yang disebut dan dinasihat oleh Setiausaha Akhbar, Pegawai Khas dan blogger tu betul belaka. Kena peka dan tengok juga kepentingan apa dan siapa yang mereka dok lindungi sangat tu...... bayar sana, bayar sini, kena semak hasilnya? bukan output yang penting tapi outcome...