Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts
Showing posts with label LIM GUAN ENG. Show all posts

Tuesday, 23 August 2011

KIPAS MAT SABU SEMAKIN GALAK MASUK KE DALAM KAIN

Mat Sabu punya kipas, memang akak tabik spring.  Macam akak cakap dululah yang akak peminat nombor satu Mat Sabu.  Kali ini kipas Mat Sabu semakin besar, semakin galak dan semakin gempak.  Mat Sabu menyatakan keterujaannya apabila ramai orang Melayu masuk DAP.  Mat Sabu menyeru orang Melayu PKR dan PAS masuk DAP kalau dah memang rasa tak sesuai dengan PKR dan PAS.  Dalam ertikata lain, Mat Sabu nak bagitahu yang PKR dan PAS memang tak bagus berbanding DAP.  Memang susah nak percaya, tapi itu adalah kata-kata dari Timbalan Presiden PAS sendiri.  Akak tak tahulah apa Nik Aziz akan cakap.  Mungkin Nik Azizpun bersetujulah jugak dengan kata-kata timbalannya ni.   

Kipas Mat Sabu cukup meloyakan sebenarnya.  Baru duduk berbuka puasa bersama-sama Lim Guan Eng, sudah macam dia pulak yang lebih DAP dari DAP.  Punya puji Lim Guan Eng sampai tak ada orang yang lebih hebatla.  Mat Sabu tak pulak puji Nik Aziz sampai macamtu sekali.  Mat Sabu macam tahu semua yang berlaku di Penang. Kata mat Sabu, Lim Guan Englah yang cekap memerintah, yang telus, yang mementingkan rakyat, jujur, tak ambik wang rakyat... bla bla bla....apa punya bodek tu?  Tahulah dulu masa duk bertanding jawatan Timbalan Presiden, si Lim Guan Eng ni dah banyak tolong, tapi agak-agaklah kalau nak membalas jasa pun.  Janganlah nampak melampau sangat. 

Memang betullah kata-kata Mat Sabu yang hubungan PAS dengan DAP memang bagai aur dan tebing.  Macam isi dengan kuku.  Tak boleh dipisahkan lagi.  Bagai irama dan lagu.  Jadi jangan hairan kalau satu hari nanti Mat Sabu akan masuk DAP.  Dan akan ketawa besarlah orang-orang DAP bila ada Melayu yang seperti Mat Sabu.  Akak berdoa pada Tuhan, cukuplah ada sekor jer Mat Sabu dalam dunia Allah ta'ala ni.....

Thursday, 18 August 2011

UMNO BAKAR IBU PEJABAT DAP PENANG?? KE ANGKARA EZAM??







Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang terbakar pagi tadi dan ramailah puak pakatan yang duk tuduh UMNO disebalik kejadian bakar tu.  Kenapa depa tak tuduh Ezam yang bakar ek?  Ezam kan pernah ugut nak main bakar-bakar.

Akak rasa memang tak adillah nak tuduh UMNO atau orang Melayu yang bakar.  Dan si Lim Guan Eng tu pulak suka-suka hati dia jer nak kata yang motif membakar itu disebabkan dengan kemarahan pihak tertentu pasal larangan terhadap masjid dan surau menggunakan pembesar suara membaca ayat al-Quran sebelum subuh.  Memang terang-terang dia nak letakkan tuduhan kepada orang Melayu dan pastinya dari UMNO!  Tak ker kurang ajar tu.  Apa dia ingat orang lain tak marah dekat dia ke?  Dia ingat semua orang Cina, orang India suka pada dia?  Minat dekat dia? Dia ingat orang Cina dan India kat Penang tu tak rasa nak bakar pejabat DAP ker?  Silap-silap bukan depa nak bakar pejabat je, depa nak bakar kepala DAP sekali!!!

Setakat larangan baca al-Quran guna pembesar suara tu aje, rasanya tak lah sehebat gereja yang memurtadkan orang.  Kalau dibagi pilihan, baik bakar gereja.  Apa pasal pulak nak bakar bangunan buruk DAP tu!!!  Lepas tu apa motif DAP sendiri yang duk letak suratkhabar lama bertimbun-timbun kat depan pejabat?  Ker saja nak suruh bakar?  Memang DAP sengaja nak dapat publisiti murahan, sengaja nak raih simpati dan timbulkan ketegangan kaum dan agama.  Akak pun boleh kata yang DAP sendiri duk bakar pejabat buruk dia tu.  Setakat bakar-bakar manja jer beb!  Bukan bakar betul2 pun....Ni agenda jahat puak DAP lah ni.  Nak tutup kes pasal larangan penggunaan pembesar suara tu ajer....Sengaja bikin kecoh!!   
  
http://www.malaysiakini.com/news/173351