Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Monday, 31 October 2011

TUAN GURU KARPAL SINGH AJAR HUDUD KAT NIK AZIZ???.....

Hebat Karpal Singh!  Hidup Karpal Singh!  Gelabah biawak Nik Aziz bila sana sini kengkawan dari Pakatan pembangkang mempersoalkan hukum hudud yang tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.  Terbaru Karpal Singh mengemukakan hujah tentang kes zina yang memerlukan 4 saksi sebelum hukuman dilaksanakan.  Kata Karpal, kalau macamtu lagi banyak zina akan berlaku dan semakin banyak penjenayah akan bebas kerana tidak cukup bukti.  Tahu takpe.  Tu sebab Anwar boleh lepas kalau dibicarakan ikut hukum hudud sebab tak ada 4 orang saksi.  Yang ada cuma Eskay jer dan video yang sekadar besi tak bermata.  Lagi senangla nak meliwat, berzina.  Itu apa yang Karpal Singh cuba tekankanlah.  Baca SINI

Pada akak, banyak lagi isu dan masalah lain yang lebih utama sebelum pelaksanaan hukum hudud.  Akak cukup bersetuju dengan pandangan bahawa pemerintah perlulah membangunkan Islam terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum hudud.  Menurut fakta yang dikemukakan oleh Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, beliau menyatakan bahawa 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.  “Sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang  yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.  Baca SINI

 Jadi harap-harap Nik Aziz bagilah penjelasan yang sejelas-jelasnya kepada Karpal Singh dan yang sekutu dengannya. Jangan duk menuding jari kat Najib dan Kerajaan jer. Jangan duk marah jer kat MCA dan Soi Lek....Jaga dulu hang punya member...

Monday, 3 October 2011

PEMBACA TEGAR HARAKAH YANG SENGAL!!!

Harakah memang akhbar harian yang suka mencari sensasi.  Sensasinya setaraf dengan majalah Mangga.  Mangga tu boleh diterima akal sebab dah sah sah majalah hiburan.  Tapi Harakah pulak akhbar lidah rasmi PAS yang kononnya 'tepat dari sumber'.  Cuma depa tak bagitahu sumber tu sumber mengarut atau sumber giler glamer.  Bila akhbarnya dah giler glamer, gila sensasi, maka pembaca tegar Harakahdaily jugak adalah yang sama spesis dengan akhbar tu la.  Itu sebab hal-hal sampah yang mengarut tetapi sensasi mendapat tempat di hati pembaca Harakah.  Harakah tak peduli, selagi ada pembaca tegar yang sengal, dia tetap akan terus terbitkan cerita-cerita bertaraf longkang.

Dan yang terbaru akhbar Harakah sikit punya bangga kerana isu yang dikemukakan mendapat tarikan pembaca.  Dan isu yang dikatakan paling top di kalangan pembaca ialah cerita perbandingan DS Najib naik bas dengan Nik Aziz.  Pembaca Harakah dah tentu tentu duk kata Nik Aziz adalah pemimpin yang berjiwa rakyat dan DS Najib dan isteri mengabiskan wang rakyat.  

Sempit dan sengal betul pembaca Harakah yang duk kutuk DS Najib dan BN.  Pada akak, akak bangga Malaysia punya bas yang canggih macam yang digunakan oleh ketua pemimpin negara.  Akak pun tak suka kalau pemimpin negara duk naik bas yang biasa biasa dan tak perlihatkan taraf seorang pemimpin negara Malaysia yang menuju ke arah negara maju.  Paling tidakpun, ini adalah sebuah gambaran pengangkutan awam yang akan datang.  Canggih dan selesa. Hebat tu! Tengok keceriaan di wajah DS Najib dan rombongan...Lagi satu, bila naik bas yang diubahsuai cenggini, mudah bagi DS Najib nak adakan perbincangan dengan MB Perak tu.  Perdana Menteri tak suka duk duk saja tanpa buat apa-apa, bukan cam MB Kelantan.  Masa itu emas.  Tapi orang PAS Kelantan mana tahu.  Depa tahu pakai gelang emas jer. 

Cer tengok pulak Nik Aziz dan geng yang naik bas di sebelah tu.  Nampak tak muka Nik Aziz yang masam mencuka?  Nape jadi lagu tu?  Dia duk geram sebab orang-orang dia tak reti nak jaga imej pemimpin semacam dia.  Depa suh dia naik bas biasa.  Tapi akak heran gak, kalaupun nak jimat, awat duk sorang-sorang sebaris?  Rugi sewa bas macamni.  Nape tak sewa bas mini jer, kalau betulla nak jimat, kalau betulla nak mengamalkan keserhanaan.  Pas tu semua duk pakat tidur.  Mengarut depa ni semua. 

Berita bas Najib dan Nik Aziz paling ramai dibaca | Print |
Harakahdaily   


(Gambar bas yang dinaiki PM dan MB Kelantan)
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Para peminat Harakahdaily meletakkan berita ringkas yang menggambarkan perbezaan antara bas yang dinaiki Perdana Menteri dan Menteri Besar Kelantan sebagai berita paling popular minggu lalu.

Berita bertajuk 'Naik bas: Antara Najib dengan Nik Aziz' itu  paling banyak dibuka oleh peminat Harakahdaily melalui laman Facebook.

Berita itu dibuka oleh 4,494 dari 202,802 fan Harakahdaily di Facebook. Jumlah itu tidak termasuk jumlah kilk yang dibuat langsung melalui laman Harakahdaily.net.