Showing posts with label SEKSUALITI MERDEKA. Show all posts
Showing posts with label SEKSUALITI MERDEKA. Show all posts

Friday, 4 November 2011

SISTERS IN GAYTHEIST. ....

Akak betul2 terperanjat dengan keputusan SIS untuk menyokong program Seksualiti Merdeka dan mengecam tindakan polis mengharamkan program tersebut.  Semuanya demi kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea.  Kalau semuanya nak bebas, baik tak payah ada agama, ataupun jadilah atheist dan duduklah dalam satu dunia yang terpisah dengan dunia orang lain.  Dalam apa perkarapun tidak ada kebebasan secara total.  Banyak pertimbangan harus dibuat demi kesejahteraan umat.  Bukan sahaja umat Islam, tapi manusia sejagat.  Mana-mana agamapun tertakluk kepada peraturan dan tidak bebas sepenuhnya dan sebab tu lah semua agama ada kitab dia sendiri.  Bebas bersuara tak semestinya boleh menyusahkan atau menyakitkan hati orang lain.  Kalau semua bebas bersuara, tak payahlah ada undang-undang.  Tak payahlah ada saman fitnah atau saman kerana mengganggu ketenteraman orang lain.  Suka hati mak bapak kitalah nak cakap apa, nak cakap kat mana atau nak buat apa.  Esok-esok ada pulak kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai pengedar dadah seMalaysia nak adakan perhimpunan untuk memansuhkan hukuman mati.  Boleh ke buat macamtu? Boleh ke kerajaan dan polis biar je atas alasan kebebasan bersuara?  Gila apa ke?  

Tu sebab akak rasa, baik bubarkan ajelah Sisters In Islam atau jangan guna perkataan Islam kat belakangtu.  Bikin malu umat je.  Buat pertubuhan baru:  Sisters In Atheist atau kalau nak lebih specifik Sisters In Gaytheists?



Tuesday, 1 November 2011

PAS TERKENA CILI.....Hahaha Hehehe Hohoho

Pedas...pedas...Pedas berapi.  Kalau masak lomak cili api tu, sodap gak dimakan.  Ini cili sudah kena lempar kat muka der....!! Mahu terbakar muka orang PAS bila bekas mufti Perlis, dr Asri Zainul Abidin menyatakan yang PAS tak layak jadi pemerintah.  PAS tidak demokratik dan tidak bersifat terbuka.   Bukan sorang dua yang mula pandang serong pada Dr Asri.  Depa dah tuduh pulak Dr Asri trojan horse kepada UMNO apatah lagi bila tahu Dr Asri hadir di majlis yang melibatkan UMNO.  

Akak tak pedulilah Dr Asri nak sokong manapun, tapi kenyataan Dr Asri yang PAS masih belum layak jadi pemerintah tu yang akak tertarik.  Memang dari dulu dan selamanya PAS tidak layak jadi pemerintah.  Memerintah negeripun tak layak, apalagi sebuah negara.  PAS ni cakap jer pandai.  Kalau cakaptu macam islamik sangat.  Tu sarang pelacur yang 400 meter dari pejabat Menteri besar tu, depa tak kisah pulak.  Pelacur wujud, pencuri, perogol, perompak, penzina dan remaja buang anak yang banyak berlaku kat Kelantan tu semua sebab salah kerajaan pusat.  Masalah gay, liwat semuani sebab kerajaan bawak konsert dan penyanyi gay datang ke Malaysia la.  Tapi yang depa duk sanjung Ambiga, pejuang kesaksamaan gender untuk golongan homoseksual dan lesbian tu pasai apa.  Elton John nak datang sini Pemuda PAS kecoh, tapi Program Seksualiti Merdeka 2011 yang akan berlangsung di sini  pada 9 hingga 13 November, depa tak bantah pun.  Kenapa?  Sebab Ambiga yang akan rasmikan festival tu kawan baik depa? 

PAS memang tak demokratik.  PAS ni main pilih bulu je.  Kalau yang berkaitan dengan bulu depa, kepentingan depa, depa akan sokong.  Tapi kalau agenda kerajaan, depa akan bantah dan cari kelemahan selagi boleh.  Depa bukan ambik kira kepentingan awampun.  Depa pentingkan undi jer.  Akak setuju sangat cakap Dr Asri tu.   
    
Kuman seberang laut depa nampak, tapi hak belalai bengkok kat depan mata, depa buat dek ja.... Belalai bengkok?  Belalai sapa tueee??......Hehehe