Friday 27 July 2012

CEPAT! CEPAT! JALAN KE SYURGA DILANCAR OLEH PAS!!

Nak jalan pintas ke syurga?  Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menderma ke dalam akaun amanah lebuh raya rakyat yang akan dilancarkan 4 Ogos ini!!  Cepat, cepat!  Lagi banyak kita derma, lagi cepat masuk syurga dan lagi hebat kenderaan yang digunakan ke syurga!

Majlis pelancaran akaun Amanah Tabung Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai akan dilancarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, pada 4 Ogos depan.  Menurut pengarah majlis pelancaran ini, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Kerajaan Negeri Kelantan mengalu-alukan seluruh warga di Lembah Klang, terutama sekali warga kelahiran Kelantan, hadir memeriahkan majlis berkenaan yang dianjurkan Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan Malaysia (Perakan) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.  Seterusnya di SINI
  

1 comment:

  1. Anonymous11:24:00

    AKU NOK..AKU NOK...TOK SEH BUAK TOL DEH?

    ReplyDelete