Monday 9 July 2012

DR RANI SINDIR ANWAR: AJAK DEBAT TINDAKAN TIDAK BERMARUAH?

Bila PM tak nak berdebat dengan si ketua penipu se Malaya, Anwar Ibrahim tu pandai pulak duk ejek kata PM takut, PM pondan dan sebagainya.  Tapi bila dia diajak berdebat, boleh pulak tukar nada dan kata ajakan berdebat itu suatu bentuk tindakan yang tidak bermaruah.  Gila ke apa.  

Memang akak tak pernah bersetuju dengan debat debat nie semua sebab pandai berdebat bukan bererti pandai buat kerja.  Pandai bercakap jer baik pi jual ubat kuat.  Berdebat ni kalau kat Malaysia hanya sesuai untuk bebudak sekolah jer.  Cari fakta lepas tu lawanlah debat, lawan fakta mana yang lebih kuat dan fakta mana yang boleh dimanipulasikan.  Untuk pemimpin, tak payah debatla.  Tengok cara dia buat kerja dan lihat moral dia jugak sudut pandangan dia dalam pelbagai isu sudah memadai untuk memilih pemimpin.  

Akak simpati gak dengan Dr Rani, Pesuruhjaya Pas Selangor yang begitu gementar bila Hassan Ali ajak berdebat.  Dr Rani kononnya tak nak layanla Hassan Ali ni dengan alasan Hassan Ali bukan dari parti politik dan Hassan Ali sudah tidak relevan lagi.  Yang lawaknya Dr Rani mintak pulak Hassan Ali berdebat dengan Khalid Samad.  Kalau dah tak relevan, kenapa boleh pulak alihkan debat tu kat orang lain?  Kelakar kan? 

"Saya tidak nafikan yang wakil Hasan Ali ada datang ke pejabat saya bagi menghantar jemputan bagi mengadakan debat.  Namun demikian, pihak saya tidak pernah memberi sebarang jawapan atau bersetuju untuk mengadakan debat yang dicanangkan kepada orang ramai kini," katanya pada sidang media di lobi Bangunan SUK hari ini.

Pihaknya juga menegaskan yang tindakan Hasan itu sebagai satu provokosi atau gangguan gangstrerisme yang cuba dilakukan terhadap Pas.

"Saya minta agar cubaan yang tidak bermaruah ini dihentikan dengan segera," tegas beliau di  SINI

Hahaha.  Tak bermaruah dia kata?  Yang Anwar Ibrahim duk ajak Najib berdebat tu bermaruah pulak ker?  Apa punya statement daaa.....

Tapi apa-apapun akak tetap tak sokong Hassan Ali!  Tu jenis yang pandai dan bijak berdebat lah tu.....

No comments:

Post a Comment