Thursday 2 August 2012

LAGI KES LOMPAT PARTI.....! MONYET SUNGGUH!

Semakin nak pilihanraya semakin ramai yang panas bontot. Masing2 bimbang jika dahan tempat berpaut akan patah atau dipatahkan.  Maka mulalah sang monyet melihat dahan yang lain.  Yang mana berbunga lebih supaya boleh melompat ke dahan itu.  Kalau bunganya banyak di kira pasti akan berbuah lebat.  Itulah perkiraan monyet tua yang tamak.  Tapi si monyet tadi tidak pernah terfikir yang dahan berbunga banyak tidak semestinya berbuah lebat.  Ada kalanya bunga jatuh menyembah bumi dan tidak menghasilkan buah.  Dan bila berputik pulak, akan datang banyak lagi monyet-monyet muda sedia ada yang akan berebut-rebut nakkan buah yang sama.  Itu belum lagi berbuah, baru berputik dah berebut.  Lalu jatuhlah jugak putik buah ke bumi.  Lalu putihlah mata si monyet tua tadi untuk makan buah yang banyak di dahan yang lain.  Sedihkan baca cerita akak nie?  Huhuhu.    

Dengar ceritanya memang akan ada lagi tokoh Umno yang akan lompat parti.  Dan ini disampaikan dengan penuh bangga dek ketua monyet2 se Malaya, saudara/i Anwar Ibrahim.  Beritanya dari Sabah.  Dan lagi kata orang-orang PR pulak, akan ada tokoh Umno yang keluar parti di masa terdekat nie dan akan diisytiharkan di Gombak.  Ye ker? Orang yang sama atau orang yang lain?  Biaq pi kat depa lah.  Nak jadi monyet lompat sana sini.  Dah tahu diri tak terpilih sebagai calon, baiklah lompat parti dan sertai PR sebab Anwar dah kata mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 boleh menyertai Pakatan Rakyat (PR) di sini

Iye ke si Anwar nie?  Maknanya calon Umno yang dah tahu namanya tak tercalon, dia akan sertai PR dan PR akan bagi laluan untuk dia jadi calon mewakili PR?  Biar betul?  Kontang sangat ke calon PR sampaikan terpaksa rembat jugak bekas2 calon BN yang sememangnya digugurkan sebab tidak bawa kemajuan kepada masyarakat yang diwakilinya?  Maknanya PR sanggup pakai barang terbuang untuk melengkapkan calon pilihanraya mereka?  Tak marah ke ahli PR lain yang sekian lama berjuang untuk PR?  Nampak sangat depa nie memang tak ada ahli yang baguspun.  Itu pasal bahan terbuang depa duk kutip.  Tak apalah kan, saudara/i Anwar dulupun barang terbuang jugak.....

No comments:

Post a Comment