Wednesday 1 August 2012

RAFIZI DITANGKAP POLIS!!

Rafizi ditangkap pagi ni berhubung kes NFC.  Dia akan didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ni.  Mesti kelam kabut orang2 Pkr dan Anwar hari nie.  Sat lagi adala himpunan haram tu.  Tak percaya tengokla nanti.   

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.  Seterusnya di http://www.malaysiakini.com/news/205130

No comments:

Post a Comment