Monday 21 January 2013

KEBIMBANGAN ANWAR...

Anwar menang saman ke atas Utusan Malaysia yang didakwanya memfitnah awal tahun lepas. Bukan ini kali pertama menang. Dah beberapa kalipun. Dan banyak lagi saman yang masih belum didengar, masih belum diputuskan. Jadi langsung tidak masuk dek akal kalau Anwar bimbang media memutarbelitkan kenyataan atau memfitnahnya.   Kalau pihak media tanya Anwar, wartawan akan rakam. Jadi kenyataan yang dirakam lebih mudah untuk membuktikan kesahihannya. 

Akak tak faham kenapa Anwar tiba-tiba jadi tidak berani untuk mengutarakan pendapatnya tentang isu kalimah Allah, tentang gesaan Karpal Singh yang menuntut Majlis Syura Pas menukar keputusan supaya kalimah Allah digunakan sebagai ganti God atau Lord dalam bible Bahasa Melayu. Anwar langsung tak berani dan menyatakan dia bimbang jika kenyataannya diputarbelit oleh wartawan. Masuk akal ke? Poodahh! Kalau kenyataan diputarbelitkan, kasi saman je la. Takut mende??

Anwar melalui buah hatinya Azmin dah lebih dulu menyatakan pendirian yang senada dengan Dap, sebelum karpal Singh bersuara lagi. Tak payah nak menyorok dan tunjuk baikla Nuar! Rasa nak muntah oren akak dibuatnya! 

--------------------------------------------------------
Kalimah ALLAH: Anwar bimbang kenyataannya diputar belit
AHMAD NORMAN ABU TALIB
21 Januari 2013
Anwar Ibrahim
Anwar ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya malam tadi.
 
PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak ketika diminta mengulas  kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu Majlis Syura Pas mengkaji semula pendiriannya mengenai kalimah ALLAH.

Anwar tidak mahu menjawab soalan tersebut ketika ditanya pemberita sebaliknya mendakwa bimbang kenyataannya akan diputarbelitkan oleh media.

“You (kamu) mana punya? Ini media Umno... Umno ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media Umno. Kita jawab apa pun, dia pusing,” katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengelas mengenai kenyataan Karpal yang akan memujuk Abdul Hadi supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment