Tuesday 19 February 2013

KARPAL SINGH DIPECAT!

Berita terkini, paling hangat dan paling gempak. Karpal Singh yang suka-suka bagi kenyataan menghentam Pas dan Pkr telah dipecat dari Dap! Beliau dipecat melalui surat yang dikirim oleh Lim Guan Eng sebentar tadi. Dalam kenyataan 3 mukasurat... Prangggg! Akakpun terjaga dari mimpi.....! Khak Ptui! Mimpi pulak dahhhh!

Rupanya bukan Karpal yang kena pecat, tapi Pengerusi Dap Johor dimintak untuk tutup mulut! Tutup mulut jer. Tulis masih boleh lagi bang. Apa cer?


Malaysiakini
Pengerusi DAP, PKR Johor diarah tutup mulut
3:31PM Feb 19 2013  
Ekoran perang mulut antara pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dengan rakan sejawatannya daripada PKR, Datuk Chua Jui Meng semalam, satu arahan dikeluar meminta mereka 'tutup mulut' dan tidak meneruskan lagi pertikaian mereka secara terbuka.

NONE"Saya telah bercakap dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim dan kami bersetuju supaya Chua dan Boo berhenti daripada terus membuat komen terbuka mengenai hubungan antara kepimpinan DAP dan PKR Johor, terutama mengenai isu agihan kerusi," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

"Kedua-dua pemimpin negeri itu juga hendaklah berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi parti masing-masing sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai peruntukan kerusi antara kedua-dua parti bagi pilihan raya umum akan datang."

Lim menegaskan bahawa pertelagahan antara kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat Johor itu telah dieksploitasi oleh media arus perdana yang dikawal oleh BN.

"Publisiti negatif sedemikian tidak wajar menjelang pilihan raya umum dan hanya akan menggembirakan BN dan mengecewakan penyokong Pakatan Rakyat, yang berharap untuk mencipta kejayaan memecah kubu BN ini (Johor)."

Lim berkata kepimpinan DAP pusat menghargai sumbangan Boo dan mengakui kekecewaan beliau tetapi menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dinyatakan secara terbuka sehingga semua saluran perbincangan dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment