Wednesday 20 February 2013

PKR KENA PERLI DEK MAKCIK NIE DAN PAS PUN KETAWA GULING-GULING ITIK....

Kat Harakah harini akak terbacala kata-kata makcik, si ibu tunggal di Selangor duk cakap "...jangan abaikan ibu tunggal..." ketika Pas Selangor bagi sumbangan kat dia. Apa yang disumbangkan, tak tahulah akak, tapi nampakla ada beras bersama makciktu dan plastik berisi barang. Yang tak tahan tu bila kat plastik tu ada logo Pas. Cer korang tengok. Hahaha. Rupa-rupanya orang Pas pun sama macam parti politik lain jugak yang duk tayang dia punya 'sedekah' untuk dapatkan sokongan rakyat. Riak tu. Patutnya Pas kena ikut cara Islamla bila nak bersedekah. Tangan kiripun tak tahu yang tangan kanan bagi sedekah. Hahahaha. Parti Islam taik kucing tul Pas nie. 

Tapi akak bukan nak cakap pasal taik kucing sebab semua orang kenal taik kucing tu macammana dan Pas itu macammana dia punya busuk dalam berpolitik. Akak nak cakap pasal ibu tunggal di Selangor yang duk perli Pkr yang masih tak tunai janji nak bagi ibu tunggal duit bulanan. Dan Pas pun mainkan isu ini jugak secara halus untuk kata yang Selangor tu patutnya dipimpin oleh Pas bukan Pkr yang diketuai dek Khalid gagap. Pas nak kata, kalau Pas yang jaga Selangor, pasti ibu tunggal terbela. Itu pasal kat Harakah itu besar-besar Pas tulis tajuk "Makcik berharap jangan abaikan ibu tunggal" untuk cerita ini. Padahal boleh je bagi tajuk lain yang lebih bersifat kesepakatan pakatan rakyat seperti 'Pakatan Rakyat bela nasib ibu tunggal' atau sebagainya. Ini sah sah macam Pas duk perli Pkr di selangor pasal isu ibu tunggal yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sudahlah begitu, kena tipu pulak hidup-hidup, kata nak bagi rm100 sebulan. Ini dah lebih 4 tahun, masih menunggu duit yang tak kunjung tiba. Tup tup dapat palstik merah bercop kan lambang Pas. Hahahaha. Lawak siot!  Siap bergambar tu...

******************************************************

‘Makcik berharap jangan abaikan ibu tunggal’

Ridhuan Husin, 20 Feb 2013

Saari dan pemimpin Pemuda Gombak menyampaikan sumbangan kepada eorang penerima.

GOMBAK: PAS Negeri Selangor sekali lagi membuktikan kepada masyarakat bahawa konsep Negara Berkebajikan merupakan agenda besar dalam Pakatan Rakyat melalui program ‘Ziarah Berkebajikan’ di Hulu Klang.

Seorang ibu tunggal terharu apabila menerima sumbangan dalam program ‘Ziarah Berkebajikan’ anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) dengan kerjasama Pejabat Adun Hulu Klang di flat Pangsapuri AU3, Hulu Klang petang semalam.

Hajah Saidah, 70, antara penerima sumbangan ketika ditemui berkata beliau yang selama ini hidup dalam kedaifan mengucapkan rasa syukur kerana terpilih menerima kunjungan dari Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Dewan Pemuda PAS Gombak di kediamannya di Blok 9, Flat Pangsapuri AU3.

Beliau yang menitiskan air mata ketika mengucapkan terima kasih kepada menganjur berharap supaya golongan ibu tunggal tidak dipinggirkan.

“Makcik rasa sangat terharu atas sumbangan ini dan ia boleh meringankan sedikit sebanyak beban yang makcik tanggung. Makcik juga berharap jangan abaikan ibu-ibu tunggal,” ujar beliau yang kelihatan uzur.

No comments:

Post a Comment