Tuesday 13 December 2011

GODFATHER DLM MAJLIS SYURA PAS TIDAK CALONKAN NIK AZIZ!

Kalau dalam DAP ada godfather, dalam PAS pun ada gak. Tapi siapa plak godfather PAS? Katanya orang yang sama dengan godfather DAP. Betul ke? Patutlah Datuk Hasan Ali yang memperjuangkan Islam dan buat bising pasal murtad diberitakan tak akan bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Wah kiranya godfatherni bukan setakat duk menyibuk jaga calon DAP tapi calon PAS pun kena melalui godfather ni jugak. Godfather ni memang anti Islam, anti hudud dan begitu konsisten dengan keputusannya menolak negara Islam.

Bila orang PAS lain yang jujur nak perjuangkan Islam macam Hasan Ali merasa pelik dengan sikap pemimpin PAS yang terlalu patuh kepada godfather ni, mulalah si pengikut godfather ni gelabah. Mana tak pelik, orang yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Islam dan diberi anugerah pulak dek Sultan di atas jasanya, tetiba dikatakan tidak layak bertanding sebagai calon PAS dalam PRU ke 13. Habis, PAS cari calon yang macam mana? Dan dalam waktu yang sama, kes calon DAP pulak menjadi isu dan pembongkaran orang dalam DAP sendiri yang DAP ada godfather, memanglah orang mula merasa ada yang tak kena. Kerana bimbang pengikut PAS sedar wujudnya godfather dalam PAS, maka Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membetulkan kenyataan yang calon PRU ke 13 belum diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS. Kononnya, sekalipun Hasan Ali tidak dicalonkan di peringkat cawangan atau negeri, tidak semestinya Hasan Ali tak layak. Majlis Syura berhak memilih calon berdasarkan kriteria PAS. Ye ker?

Apakah nanti Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang mengumumkan bahawa Hasan Ali akan digugurkan sebagai calon, akan mengikut jejak Ramasamy untuk mendedahkan godfather yang wujud dalam PAS? Dan apakah niat MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding lagi dalam PRU 13 mendapat lampu hijau dan kebenaran dari godfather? Ataukah godfather akan kata 'langkah mayat saya dulu'?

No comments:

Post a Comment