Wednesday 7 December 2011

KURANG AJAR PUNYA BUDAK ANWAR!

Sakit tul hati akak dengan bebudak U yang perasan bagus sangat tu. Baru setahun jagung, belajarpun tak tentu lulus tidak ada hati nak ngajar PM macammana nak jadi pemimpin. Kurang ajar. Anak sapala agaknya tu. Kalau lepasni datang opis akak mintak kerja, memang akak halau je! Akak nak cam muka2 bebudak tu semua. Tolonglaaa.

Konon nak ajak PM berforum dengan Anwar 15 Dec ni, tapi berarak datang bawak sepanduk 'let students show you how to lead' semasa menyerahkan surat jemputan kepada PM. Kan kurang ajar namanya tu. Ni semua ajaran si Anwar lah ni. Dengan bebudak hingusan bolehlah dia kelentong. Bebudak nilah yang jadi perisai dia bila rakyat Malaysia yang berotak semua dah menolak manusia yang punya banyak masalah moral ni.
Anwar dah bagi jawapan yang dia akan meluangkan masa untuk menghadiri forum ni. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab kata "Kita tunggu respon PM. Kalau beliau nak ganti orang lain, kita akan tanya persetujuan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada nak teruskan atau tidak"

Wah gituuuu... Nampak sangat si Anwar yang menganjurkan forum tu dan ajar dia orang macammana nak jadi kurang ajar. Kalau bukan anjuran Anwar apasal pulak kalau PM hantar orang lain, kena dapat persetujuan Anwar? Bangang! Tu la pasal, belajar belum habis lagi dah perasan hebat sangat.

Tolonglah jangan duk layan bebudak ni semua. Akak harap PM tak layan budak hingusan yang tak sedar diri tu. Belajar, makan minum pun masih ditolong lagi mahu ajar pemimpin camana nak memimpin.

Macamni ke pemimpin masa depan? Meluat betul akak.

http://m.malaysiakini.com/news/183484

No comments:

Post a Comment