Thursday 8 December 2011

HASSAN ALI LOYA DENGAR JANJI HADI AWANG!

Tetiba akak rasa loya.  Nak kata mengandung, tak mungkin pulak sebab Hassan Ali pun sama cam akak.  Loya dan mual.  Segalanya sebab Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan rasa tak bersalahnya cakap yang teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN).  Kalau Azmin, orang kanan PKR, parti sekutu PAS sendiri tak yakin dan mintak perlembagaan ditukar bagi membolehkan hanya Melayu sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri, macammana Hadi Awang boleh menipu rakyat dengan janji itu?  Dulupun PAS pernah janji nak melaksanakan hudud, tapi kemudian tak laksana jugak.  Nak jadikan Malaysia sebagai negara Islam, dah tukar pada negara kebajikan kerana menjaga hati orang bukan Islam dan bukan Melayu.  Hari ini berjanji yang Melayu Islam akan tetap memegang teras politik negara kalau PR memerintah.  Boleh percaya ke?  Dan kalaupun negara diperintah oleh Melayu Islam, tetapi rohnya adalah Cina dan India DAPig, tak guna jugak.  

Hadi Awang duk cakap pasal teras meras ni semasa membahaskan Belanjawan 2012 pada Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12, di Wisma Darul Iman semalam.  Kata Hadi Awang lagi  “Malangnya, orang Melayu diperbodohkan termasuk di Terengganu dan disebarkan jika Umno kalah DAP yang memerintah Terengganu, sedangkan DAP satu kerusi pun tidak bertanding di Terengganu. Kita memperbodohkan orang kita sendiri,”  Wahhh gitu!  Sapa yang bodoh ni?  Memanglah kalau UMNO kalah, PAS akan memerintah, tapi rohnya, ajarannya, kiblatnya adalah DAPig.  PAS cuma lahiriah jer, kulit je.   
  
Ini bukan tak pernah berlaku.  Semasa isu murtad di Selangor, suara PKR adalah dari roh DAP.  Ketika HIMPUN dibuat, PAS tak berani tunjuk muka kerana bimbangkan kemarahan rakan-rakan DAP.  Mana Hassan Ali tak mual?   Mana Akak tak loya? 

No comments:

Post a Comment