Thursday 17 May 2012

KENAPA NIE NAJIB???? INI LANGSUNG TIDAK ADIL!!

Bagus ke konsep 1Malaysia?  Bagus!  Bagus ke Kedai 1Malaysia, Bantuan Rumah 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan barangkali ada lagi yang akak tertinggal atau ada yang sedang dirancangkan menggunakan istilah 1Malaysia?  Memang semuanya bagus dan nampak sifat keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.  Tapi benarkah ianya benar-benar bagus?

Akak tak risau kalau ada pihak yang mengatakan semuanya untuk membeli undi.  Akak jugak tidak peduli jika rakyat ikut cakap Nik Aziz, terima apa yang dibagi, tapi tetap undi Pas.  Cuma yang akak kisah ialah kenapa terasa seolah-olah Malaysia menapak semula kebelakang?  Pemberian pemberian itu seolah melambangkan rakyat Malaysia ini miskin, negara Malaysia yang satu ketika dulu dianggap maju dan kaya, kini kelihatan seolah-olah berada di dalam kesusahan yang melampau sehingga kerajaan perlu bagi itu dan ini yang nilainya RM50 ke RM500.

Jangan salah faham.  Bukan akak nak kata pemberian itu tidak bernilai.  Memang ramai yang nak.  Akakpun kalau boleh nak rasa jugak pemberian tu semua.  Siapa yang tak nak duit beb?  RM50 pun duit, apalagi RM500.  Cuma yang akak nak pertikaikan ialah kekerapan atau pengulangan pemberian itu dilaungkan oleh kerajaan BN.  Bila orang tanya, apa yang kerajaan BN bagi kepada rakyat?  Jawapannya BR1M, Klinik 1Malaysia dan yang seumpama dengannya.  Ini membuktikan apa?  Ini membuktikan yang rakyat memang dalam kesusahan.  Rakyat Malaysia sedang menderita kelaparan dan kerajaan perlu bantu bagi RM50 atau RM500.  Ini persepsi yang timbul dengan pemberian seumpama ini.

Jika dulu, bila bercakap pasal Malaysia, kita akan bercakap tentang pembangunan, pembinaan itu dan ini.  Bermula dengan Jambatan Pulau Pinang sehinggalah pembinaan KLIA, Putrajaya, Komuter, KLCC, Cyberjaya, Angkasawan dan bermacam lagi kejayaan dipotretkan dengan konsep Malaysia Boleh.  Ketika itu akak bangga dengan Malaysia.  Terasa kemajuannya, terasa pencapaiannya.  Tapi kini seolah-olah kerajaan mengakui bahawa Malaysia ini miskin.  Segala-gala yang dipotretkan ialah pemberian bantuan itu dan ini.  Dari segi persepsinya sudah pastilah ianya melambangkan kemiskinan.  Apabila kerajaan sendiri sudah meletakkan persepsi yang sebegitu, mudahlah pembangkang mengaut keuntungan politik.  Lalu digambarkan yang Malaysia bakal bankrap.  Tapi apakah itu yang sebenarnya berlaku di Malaysia?  Tidak!  Yang tidak terima bantuan lebih ramai dari yang menerima bantuan.  Ramai billionare dan jutawan wujud di Malaysia.  Kuasa beli cukup tinggi.  Rumah mewah, kereta mewah, percutian mewah dan segala bentuk kemewahan lagi dikecapi oleh rakyat Malaysia.  Cuba bilang, berapa banyak rumah yang tidak mempunyai walau sebiji kenderaan?  Lihat saja kedai-kedai makan.  KFC, McD, Pizza dan lain-lain.  Berapa ramai yang minum kopi di Coffee Bean, di Starbuck dari minum kopi di rumah?  Lihat saja setiap tahun berapa ramai yang mengunjungi Matta Fair.  Lihat di FB berapa banyak gambar kenangan di luar negara yang disemadikan buat tatapan rakan?  Lihat dijalanraya yang tidak pernah sunyi dengan kenderaan.  Apa lagi?  

Malaysia negara hebat.  Majoriti rakyatnya senang kalaupun tidak kaya.  Tolong sematkan di hati rakyat yang mereka berada di bumi bertuah.  Kerajaan boleh beri bantuan, tetapi tidak perlu dijadikan satu berita yang melampau. Memang tanggungjawab kerajaan untuk beri bantuan kepada rakyat yang memerlukan.  Jadi lakukan dengan bijak dan ikhlas.  Pendedahan dan laporan yang berlebihan tentang bantuan ini yang asalnya bersifat positif akan bertukar menjadi negatif.

Wujudkan kebanggaan di hati rakyat tentang Malaysia.  Sibukkan minda rakyat dengan kehebatan Malaysia dan rakyatnya.  Lakarkan di muka hadapan cerita-cerita penghargaan negara lain terhadap Malaysia dan juga kejayaan anak-anak Malaysia di seluruh dunia juga pembangunan yang sedang dilakukan.  Jangan letakkan BR1M di muka hadapan dengan ribuan rakyat yang menerimanya.  Semua orang bilang politik ini satu persepsi.  Tapi Najib sudah meletakkan persepsi bahawa rakyat Malaysia ini miskin dan kerana itu pembangkang perlu mengambilalih kerajaan.  Ini langsung tidak adil bagi mereka yang berjuang untuk BN!  
        

2 comments:

  1. Anonymous17:22:00

    penangan dari kempen berbelanja berhemah kerajaan...beribu ribu syarikat iks dan pks gulung tikar. bila ramai majikan mati maka akan ramai lah pekerja yg miskin melara. najib kena tengok balik dan kena dapat nasihat yg betul dari penasihat ekonominye

    ReplyDelete
  2. Anonymous18:05:00

    baru tahu ka.. hasil bumi malaysia di belanjakan utk retorik politik 10% utk merangkul tempias 90% kekayaan negara dlm lain2 hal

    ReplyDelete