Wednesday 25 April 2012

DIKERAH, DIPAKSA DAN DIUGUT! BERSIH 3.0 ADALAH PERHIMPUNAN PALING KOTOR DALAM SEJARAH DEMO DI MALAYSIA!

500 ribu orang dijangka hadir untuk berpesta di Dataran Merdeka sempena acara hiburan demo Bersih 3.0 hujung minggu ini.  Angka kehadiran itu tidaklah memeranjatkan sebab ianya bukan sesuatu yang sukar untuk dilakukan.  Apatah lagi apabila Tuan Guru Nik Aziz sendiri sudah mewartakan WAJIB untuk datang menyatakan bantahan.  Muslimat Pas yang ketakutanpun sudah mengerahkan ahli-ahlinya seramai 50,000 orang untuk hadir.  Kalau tak hadir dah tentu tentu berdosa.  Pemuda Pas pun dah kerahkan ahlinya untuk turun.  Kalau muslimat 50 ribu, paling kurangpun 150 ribu ahli Pemuda kena turun.  Baru nampak jantan.  Itu baru Pas, 200 ribu.  Ahli PKR pun senang-senang jer kerah 250 ribu orang untuk datang.  Lagi 50 ribu DAP akan hantar.  Cukuplah 500,000 orang.

Masalahnya apakah mereka yang akan datang untuk perhimpunan Bersih 3.0 ini datang bagi menyatakan bantahan terhadap ketidakbersihan pilihan raya atau datang disebabkan 'atas arahan', 'dikerah' atau 'diwajibkan'?.  Rata-rata akak nampak dan dengar pemimpin itu dan ini mengerahkan ahli-ahlinya datang beramai-ramai.  Jadi ini bermakna kehadiran mereka menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu bukan datang dari kesedaran dan bukan jugak ikhlas dari hati mereka sendiri.  Mereka terpaksa.  Ketua dah bagi arahan suruh datang, dah tentu-tentu kena patuh.  

Dan ini kenyataan dari ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf:  "DMPP mengarahkan seluruh ahli dan jentera kita di peringkat cawangan, kawasan dan negeri untuk turun ke Bersih 3.0 dan DMPP mensasarkan 1,000 orang setiap Dun.  Kerahan ini sudah diselaraskan mengikut negeri dan surat pun sudah dikeluarkan,"   

Dan ini pulak kenyataan dari Nik Aziz:   "Wajib rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain". 

Banyak lagi kerahan dan paksaan yang dikeluarkan.  Nak tak hendak kena hadir jugak.  Kena duduk bantah jugak.  Ini memperlihatkan demokrasi cara PR yang dihalalkan.  Ahli tidak boleh bertindak sendiri mengikut kewajaran sebaliknya perlu dipaksa, dikerah dan diugut dengan ditakut-takutkan dengan dosa dan pahala.  

Jadi apakah perhimpunan Bersih 3.0 ini boleh dianggap sebagai bentuk tindakan langsung rakyat di atas kekejaman kerajaan?  Apakah Bersih 3.0 merupakan suara majoriti rakyat di Malaysia yang inginkan perubahan?  Dah tentu TIDAK!  Sebab mereka bukan datang dengan sendiri.  Mereka dipaksa, dikerah dan diugut!  Jika benar ini adalah perhimpunan paling Bersih, rakyat dengan sendirinya akan datang.  Tidak perlu surat kerahan yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Hadi Awang atau Lim Guan Eng atau mana-mana ketua bahagian, ranting, cabang atau apa-apa saja.  Tidak perlu keluarkan fatwa baru, menyatakan hukum dan sebagainya.  Rakyat akan datang tanpa dipaksa.  Dan tidak perlu disediakan bas, lori atau van.  Tidak perlu diberi duit poket atau duit penginapan atau duit tambang.  Tak perlu.  Itu baru betul ikhlas.

Kalau tanpa kerahan, tanpa paksaan, tanpa ugutan dan tanpa duit poket, akak rasa tak sampai seribu yang datang.  Dan seribu itulah yang memperjuangkan Bersih 3.0 dari jumlah 28 juta rakyat Malaysia.  Mereka ini adalah golongan minoriti yang kalau dicampak dalam sungai kelangpun tak jadi apa.  

Untuk yang terpaksa datang, akak ingin nasihatkan yang tua-tua dan ada penyakit tu, tak payahlah datang.  Nanti tak pasal-pasal pulak mati kat celah orang ramai tu.  Tapi kalau Nik Aziz boleh keluarkan fatwa yang orang yang mati semasa perhimpunan Bersih 3.0 akan masuk syurga sebab dikira mati syahid, tak tahulah pulak akak.......Sendiri fikirla bang.    

1 comment:

  1. mati dah kira untung kat bersih akak woi. itu la yang sebenarnya amat 2 di hajati oleh pimpinan tertinggi bersih . dalam 2.0 pon ada yang berlakon mati . tambah la kalo mati betul lagi la JACKPOT .

    ReplyDelete