Tuesday 24 April 2012

NIK AZIZ KATA TAK BERDOSA LA!! MAKAN AIS KERIM DAN DUDUK RAPAT-RAPAT TU HUKUMNYA WAJIB!!

Biar betik orang tua nie. Takkan sebab Nik Aziz ni seorang Tok Guru yang berjawatan Mursyidur Am, maka suka-suka jer keluar hukum.  Punyalah nak mempertahan sebatang ais kerim,  Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa hukumnya WAJIB bagi semua orang menyertai Bersih 3.0!  Wajib tuuu...Bukan sunatpun.  

Cuma akak nak tanya jugaklah, apa hukumnya perempuan lelaki duduk rapat-rapat nanti di Dataran Merdeka tu?  Apakah nanti di Dataran tu, akan ada tempat duduk untuk lelaki sahaja dan untuk perempuan sahaja?  Apakah hukumnya menceroboh tempat yang tidak dibenarkan untuk duduk?  Apakah hukumnya peserta yang Duduk Bantah tu hadir tanpa menutup aurat?  Apakah wajib seorang perempuan menjerit di khalayak ramai hanya untuk membersihkan pilihanraya?  Apakah syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi menyertai acara yang WAJIB seperti ini?  

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujar Nik Aziz.

Tapi 'tentang' yang bagaimana?  Tak ada cara lain ke untuk menentang?  Nak duduk rapat-rapat jugak?  Nak ceroboh tempat yang tidak dibenarkan jugak?  Patutnya Nik Aziz sarankan penganjur untuk buat perhimpunan di Stadium.  Buat tempat lelaki dan perempuan.  Kemudian bagitahu yang orang ramai digalakkan datang.  Barulah betul saranan dari seorang Tuan Guru.  Ini terus-terus jer keluar hukum wajib.  Maknanya kalau tak datang ke perhimpunan tu hukumnya berdosa.  Takutnye akak!

Pada akak, Nik Aziz ni yang WAJIB ditentang sebab dia sesuka mak tok dia buat hukum.  Penatlah layan Nik Aziz ni.  Baik akak layan ice cream Cornetto jer.....   

1 comment: