Thursday 26 April 2012

KADIAQ JUARA DRAMA BERSIH DATARAN!! TUNGGUUUU!!!

Bila Kadiaq kata dia nak datang ke Dataran 28 April ni, akak terus rasa yang orang tua ni memang dah hilang akal.  Dahla bila cakap meludah ke langit, sekarang dia nak kasi telanjang habis pulak.  Kalau muda lagi tu, akak boleh terima la.  Ni dah nak masuk keranda.  Tapi akak faham, Kadiaq nak tebus segala dosa-dosa dia dulu semasa diberi kuasa oleh rakyat.  Dengan menyertai Bersih di Dataran Merdeka,  dia umpama dah mengerjakan Haji di Mekah.  Dosa-dosanya menipu rakyat, makan duit rakyat, bercanda dengan perempuan bukan muhrim, mengumpul harta dan tidak menjalankan amanah yang diberikan bakal terhapus dengan penyertaannya di acara perhimpunan duduk bantah yang WAJIB dihadiri oleh rakyat mengikut ulamak tersohor Pas, Nik Aziz.

Tapi akak yakinla, nanti mesti ada drama punya.  Anwarpun dah duduk dekat2 dengan Kadiaq.  Depa tengah plan la tu.  Sapa nak mati, sapa nak cedera.  

Tak lalulah akak dengan Kadiaq ni.  Baru keluar UMNO sebulan dua dah perasan macam bertahun jadi ahli Pkr.  Dulu hang buat apa masa dalam kerajaan Kadiaq?  Hang cakap takde kebebasan media langsung?  Dulu waktu hang jadi menteri Penerangan, hang buat apa?  Tak payah nak ceritala kononnya hang buat debat kat RTM.  Itu je ke yang menunjukkan kebebasan media?  Jangan buat lawak taik monyet la Kadiaq oiii!  Itu je yang Kadiaq buat sewaktu menerajui kementerian Penerangan.  Debat yang separuh masak tu....Hahahaha.  Ada lagi satu.  Kadiaq cakap dia sebar Jalur Gemilang kat semua negeri termasuk Kelantan dan Terengganu yang diperintah pembangkang masa tu.  Itu je yang dia buat?  Hebat sangat perjuangan Kadiaq nie.  Memang patut pun dapat penghargaan dari Anwar.  Sama spesis cam Anwar jugak.  Tak buat kerja, tapi perasan nak memperjuangkan rakyat.  

Ada hati nak bagitahu Najib dan TPM suruh berubah.  Kelakarla mamat nie.  Dan paling tak tahan, baru sebulan sertai pembangkang (tak tahu parti manapun)  Kadiaq dah boleh cakap:  “The leaders must change. If they don’t change, then we change them.”  Hahaha.  

Kesian....kesian.....
 

No comments:

Post a Comment