Tuesday 9 August 2011

AGAMA PUN PAKAI RASUAH BEB!

Rasuah agama ni patut kita bagi lebih perhatian dari rasuah yang lain-lain tu.  Bukan akak nak kata yang rasuah duit untuk dapat projek, rasuah betina, rasuah barang, rasuah tiket penerbangan (lepasni dah monopoli, tak ada lagilah perang harga Air Asia - MAS: sesuka hatila depa letak harga cam dulu.....huhuhu) dan lain-lain rasuah tak payah nak ambik perhatian atau tak berdosa, tapi, rasuah agama ni perlu diberi perhatian yang lebih memandangkan ianya melibatkan akidah umat Islam.  

Akakpun duk hairan dengan orang-orang Melayu PAS dan PKR yang duk bagi muka lagi kat gereja untuk menyebarkan agama depa kat orang Islam.  Kalau si polan dari BN duk terima rasuah, punyalah kecoh satu Malaya.  Bukan kat Malaysia aje, siap bagitahu pada dunia luar yang kerajaan BN ni amalkan rasuah walaupun sebenarnya hanya sorang dua aje yang terlibat.  Tapi bila ada rasuah agama macammana yang pihak gereja duk buat kat orang Islam, tak pulak depa duk bising.  Semua senyap, semua takut, semua cakap berhati-hati dan semua mintak supaya tidak mengeluarkan kenyataan.  Teloq letak kat mana bang? 

Rasuah agama ni bukan boleh buat main-main, bukan boleh dipolitikkan.  Rasuah agama patut dibenteras habis-habisan.  Ambil tindakan kalau memang dah ada bukti orang-orang Islam diberi rasuah duit, digula-gulakan dengan kemewahan sebelum memerangkap dia orang dengan agama lain.  Apakah harga akidah seorang muslim semurah RM500 sebulan?  Agama pun boleh dibeli beb!  Ini yang akak takut dan bimbang sangat.  Yang memang nak murtad dah memang ramai, apalagi ditambah dengan peranan gereja memberi rasuah seperti itu.  Lama-lama esok, Islam tu setakat tertera di dalam kad pengenalan aje lah.  Tapi amalan dan kepercayaan dah pada agama lain.  

Dan lagi, jangan duk salahkan jabatan-jabatan agama atau pusat zakat jer. Memang pada dasarnya kita, atau orang Islam perlu bantu orang-orang yang memerlukan supaya dia tidak murtad, tapi dalam banyak keadaan, jatidiri dan kekuatan dalaman sebagai seorang Islam itu perlu ditanam oleh ibu bapa terhadap anak-anak sejak dari kecik lagi.  Jadi, biar macammana susahpun, biar papa kedanapun, depa tak mudah nak tukar agama.  Ini, susah sikit jer, dah pening, dah buntu dan malas nak berusaha.  Jalan paling mudah ialah dengan terima rasuah agama ni tadi.  Orang macam ini sebenarnya menyukarkan pihak pengurusan zakat untuk mengagihkan wang zakat.  Kalau si polan tu masih sihat dan mampu bekerja, kenapa tak pergi kerja?  Zakat bukan satu platform untuk buat orang Islam jadi malas, jadi tidak berkualiti dan hidup mengharapkan ihsan orang lain.  

Agak-agak, pusat zakat N9 nak bagi zakat tak kat ibu tunggal cam akak?  Mintak bayarkan kereta dan rumah jugak kos hantar anak ke Smart Reader?  Hehehe..




              

No comments:

Post a Comment