Wednesday 17 August 2011

BN SERAM SEBAB PAS KAMCENG NGAN GEREJA??? HAHAHAHA. BINGAI TAHAP CIPAN DIA NIE..

Memang sah PAS bersekedudukan dengan pihak gereja!  Macam pasangan kekasih la pulak.  Adik gereja kononnya merajuk bila ada abang PAS yang duk marah pasal kes lawatan JAIS ke gereja Methodist, Damansara Utama (GMDU) baru-baru ni.  Panjang gak rajuknya sampai tak nak jumpa abang PAS walaupun dipujuk beberapa kali dek abang Mahfuz Omar.  Resah gelisah abang PAS bila adik merajuk cam gitu.  Marah betul abang PAS pada UMNO yang kononnya sakit hati dengan perhubungan songsang abang dan adik tu.  Kata abang PAS, UMNO cuba memutuskan hubungan kasih PAS dan Gereja.  UMNO dan BN cemburu.  Dan paling tak sanggup nak dengar bila Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa kata yang UMNO dan BN merasa seram melihat hubungan baik PAS dan Gereja!!!  Baca DI SINI

Lawak betulla.  Depa duk ingat UMNO heran sangat ke kalau PAS dan Gereja 'comolot'?  Ada UMNO kisah?  UMNO duk bimbang pasal gejala murtad yang berlelusa, bimbang dengan peranan adik kesayangan PAS si Gereja tu, duk suka-suka tok nek dia pujuk orang Islam murtad.  Orang PAS peduli apa kalau orang Islam murtad asalkan depa dapat mengekalkan hubungan baik.  Hubungan baik yang akan menentukan kertas undi yang menjadi keutamaan orang PAS.  Pedulikan lah kalau orang Islam pergi gereja.  DS Najib pun pergi gereja jugak, pergi jumpa Pope Benedict XVI lagi.  Murtad ke DS Najib?  Itu argumentasi PAS.  Memangla bangang tahap cipan. 

Akak sebenarnya duk malas dah nak tulis pasal gereja ni.  Tapi akak geram tengok orang PAS yang kononnya Islam tulen dan tak pernah lekang dari mengeluarkan hadis dan ayat al-Quran setiap kali bercakap, tiba-tiba marah pada JAIS yang melawat gereja untuk selamatkan akidah orang-orang Islam.  Dan orang PAS memang tak tahu malu bila pihak gereja tak nak jumpa dia orang, dia orang masih merayu lagi, masih pujuk lagi, masih mengharapkan pertemuan diadakan.  Memang PAS tak sedar diri, lupa diri sebab terlalu angkuh dan terlalu bercita-cita nak memerintah negara, nak kalahkan BN.

Akak harap, untuk seketika, umat PAS tolonglah ketepikan sedikit kepentingan politik dan prihatinlah dengan masalah akidah orang Islam.  Bukan akak mintak kita memusuhi gereja atau agama-agama lain.  Tak payah nak perangi dia orang.  Cuma jangan biarkan orang-orang kafirni memurtadkan orang Islam.  Kita ada undang-undang dan jangan biarkan orang-orang kafir ni mempermainkan undang-undang kita. 

Naik sentimental pulak akak.  Akak ni pun kengkadang dalam hati ada taman gak.

   

   

2 comments:

  1. Anonymous02:43:00

    Dan paling tak sanggup nak dengar bila Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa kata yang UMNO dan BN merasa seram melihat hubungan baik PAS dan Gereja!!!

    Biar jadi pengerusi lajnah tetapi kalau sekongkol dengan gereja demi undi lebih baik jadi pengerusi laknat......

    ReplyDelete
  2. Anonymous07:53:00

    Himpunan Penulis Maya Bersama Perdana Menteri: 14(jumaat, Pendaftaran) & 15(sabtu,Acara utama) Oktober 2011, Kuala Lumpur,tempat adalah terhad...andai berminat sila berikan nama dan no telefon...inbox messages kepada saya atau email: dkds@mykmu.net

    ReplyDelete