Tuesday 22 November 2011

LAWAK KLASIK PAS! KELAKAR SIOT!

Dulu aruah mak akak pernah bagi peribahasa untuk orang yang penakut: Cakap berdegar-degar, tahi sangkut kat gelegar. Maksudnya orang yang penakutni memang suka cakap besar. Konon tak takut rimau, tak takut hantu. Tapi bila malam nak buang air takut nak keluar rumah. Orang dulu2 mana ada toilet dalam rumah. So, sebab penakut punya hal, dia pun berak dari dalam rumah je. Tu yang tersangkut kat gelegar. Nak tahu apa makna gelegar, pi la cari sendiri dalam kamus.

Akak sebenarnya nak bebel pasal orang PAS. Orang PAS ni, kalu bercakap hal hudud macam dia sanggup mati syahid untuk pertahankan hudud. Bila cakap pasal nak membenteras maksiat, macam sanggup bergolok bergadai, berdemostrasi bagai. Tapi bila kena sergah sikit dah kecut mecut anu dia. Dulu masa diberitakan Elton John nak datang wat persembahan, PAS punya suara macam nak runtuh langitni. Macam kalau Elton John datang semalam kat Malaysiani, bakal rosak akhlak semua anak muda. Akan bertambah bilangan gay kat Malaysia. Jadi PAS membantah dan hantar memo kat segala menteri untuk batalkan pertunjukkan Elton John yang digelar Raja Gay. Tak cukup dengan itu depa nak buat demontrasi besar-besaran, nak bakar dan pijak gambar Elton John di hari pertunjukkan tu nanti. Punyala berapi2 marah dan nak tunjuk teror kat pengundi Melayu dan Islam. Nampak PAS ni memang bawa pengundi ke syurga lah.

Tapi itu dulu, sebelum disergah dek Anwar dan Ambiga yang memperjuangkan seksualiti merdeka, yang cuba nak menghalalkan perlakuan gay atas prinsip kebebasan dan hak asasi. Dan orang-orang PAS baru perasan yang manusia gay ramai penyokong PKR kerana ketuanya idola masyarakat gay di Malaysia. Nak tak nak terpaksalah tutup mata dan pekakkan telinga. Tapi malu punya pasal ketua pemuda PAS negeri Pahang, Shahril Azman Abdul Halim terpaksa memberi alasan kenapa demontrasi bantahan terhadap Elton John yang akan dibuat hari ini dibatalkan. Katanya pemuda PAS sibuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum. Bila ek PRU 13? Minggu depan ke? Sampai pemuda PAS tak ada masa barang sejam dua untuk buat demontrasi? Lawak kan? Itulah lawak tahap-tahap Bob Lokman. Tak sia-sia belajar dari Bob Lokman. Hahaha

Akak bukan galakkan orang buat demo, tapi akak rasa kelakar giler bila orang PAS sanggup ketepikan prinsip hanya untuk menjaga undi. Sanggup diperbodohkan oleh PKR dan DAP. Kesian pengikut PAS dan malang untuk orang Islam yang percaya bahawa PAS akan bawa mereka ke syurga....



http://m.malaysiakini.com/news/182042

No comments:

Post a Comment