Friday 11 November 2011

PARLIMEN BUBAR HARI INI!

11 November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan Parlimen dan serentak dengan itu negeri – negeri dibawah Bn juga akan membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR."  CheGuBard.  http://chegubard.blogspot.com/2011_10_01_archive.html

Wah hebat CheGuBard.  Semua perkara yang menjadi rahsia kerajaan dapat diselongkarnya kerana ada 'orang dalam' yang amat dipercayai telah membocorkan rahsia.  Pun andaian dan percaturan politik juga pembacaan kaji bintang serta lawak para bomoh telah menyakini CheGuBard bahawa parlimen akan dibubarkan hari ini.   Mana tahu mungkin betul sebab masih ada 14 jam lagi sebelum berakhirnya 11 November 2011.  Hehehe.  Tapi akak rasa CheGuBard perlu cari sumber lain la kot.  Jangan percaya khabar angin, jangan percaya pada tilikan.  Sebab terlalu percayalah CheGuBard suka merapu dan mempercayai sesuatu yang diyakininya umpama satu naskah Quran yang tidak mungkin berubah.  Umpama hadirnya malaikat maut yang tidak pernah terlewat walau seminitpun. 

Tak apalah CheGuBard....Nanti bagitahulah dekat blog yang Najib dah dapat ilham baru semasa berada di Mekah atau Rosmah dah dapat ilham untuk buat tarikh yang lain pulak.  Atau boleh jadi hang tulis jer yang Najib bimbang sebab hang dah ugut dia hari tu pasal rakyat yang sedang marah dan tolak BN kalau buat pilihanraya awal.  Cakap jer la apa-apa atau tulis je la semerapu mungkin sebab segalanya buat akak dan yang lain-lain terhibur dengan lawak hang.  Hahahaha.  Hehehehe

No comments:

Post a Comment