Tuesday 8 November 2011

SUP TORPEDO KAK WAN! ANWAR TAK BERANI BUAT KORBAN.....

Kecoh beb. Kecoh pasal Anwar tak korbankan seekor lembupun tahun ni.  Dahla tak pergi haji, sekor lembupun tak tumbang.  Itu yang blogger BN duk bantai Anwar.  Tapi sat tadi blogger Anak Sungai Derhaka menjawab tuduhan tu dengan menyatakan yang Anwar ada korbankan lembu.  Siap dia bagi gambar lagi.  Cuma bila akak tengok gambar yang dipaparkan, akak sendiri tertanya-tanya betul ke gambar tu diambik masa sedang korbankan lembu?  Ke gambar Anwar dan Wan Azizah tu diambik semasa menghadiri majlis pengkebumian atau cukur jambul?  Entah.  Cer tengok gambar yang depa duk tayang ni...http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/11/siapa-kata-anwar-tidak-korban-seekor.html
Bukan akak nak cakap yang kerja korban ni kena diberi publisiti, kena bermegah-megah, kena takbur.  Cuma biasanya kalau si pembangkangni, buat kerja sikitpun selalunya publisiti cukup besar.  Tumbang lembu sekorpun depa akan tulis macam tumbang beratus ekor.  Mungkin Anwar nak buat korban senyap-senyap, tapi mustahil tak ada wartawan dan kaki bodek yang ikut, yang amik gambar.  Mustahil sangat.  Tak masuk akal.  Ker dah tak ada sapa yang ikut bontot Anwar, dah tak ada yang pedulikan dia.  Tapi kan ke Lim Guan Eng duk cakap yang Anwar tetap akan jadi PM kalau pembangkang berjaya tawan Putrajaya.  Bakal PM tuuu...Tak kan tak ada yang ikut.  Dalam bilikpun orang boleh ikut dan amik gambar..ye tak?  

Tapi ada kemungkinan jugak tahun ni Anwar memang tak buat korban sebab nak jaga hati kaum India.  Orang India melalui Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa pihak berkuasa supaya tidak meneruskan amalan menyembelih lembu. Lembu adalah binatang suci bagi kaum India, jadi sebagai bakal PM yang prihatin dan menghormati sensitiviti masyarakat lain, Anwar ambik keputusan untuk korbankan agamanya.  Ada kemungkinan ker?  Entahlah....
Kak Wan tak masak sup torpedo ke tahun ni????  Heheheh

http://www.malaysiakini.com/news/180632

No comments:

Post a Comment