Tuesday 11 October 2011

AZIZ BARI CUBA AJAR SULTAN SELANGOR. MELAMPAU PUNYA ORANG!!!

Apa sangat yang si Aziz Bari ni tak puas hati dengan Sultan Selangor?  Kenapa tergamak dia mengatakan yang baginda tidak sepatutnya campurtangan terhadap isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu?  BACA sini  

Akak rasa balaci DAP ni semakin melampau dan lupa yang dia tu orang Islam yang sepatutnya mempertahankan kesucian agama Islam.  Sepatutnya Aziz Bari dan orang-orang Islam bersyukur kerana Sultan begitu mengambil berat terhadap orang Islam.  Ini dia pulak nak jadi hero orang kafir.  Kalau biskop Katolik Paul Tan Chee yang terasa, akak masih boleh faham jugak.  Ni tidak.  Orang Melayu Islam yang telah berjaya menjadi professor tetapi menggunakan akalnya untuk dipergunakan dek komunis DAP!  Bangang ayam punya orang!  Ni sengaja mencari publisiti murahan la ni.  Hari tu dalam kes hududpun macam tu jugak.  Dialah kononnya jadi hero hudud dan kata hudud boleh dilaksanakan tetapi mendapat tentangan dari kerajaan Persekutuan.  Lepastu kelmarin baru dia perasan yang dia tersilap dan betulkan kenyataan mengatakan hudud boleh dilaksanakan cuma ada kekangan politik sahaja.  Bukan lagi sebab kerajaan persekutuan.  Jadi kesimpulannya, kerajaan Kelantan memang boleh melaksanakan hukum hudud.  Itulah yang cakap jer pandai, tapi tak selidik dalam-dalam dulu.  Professor konon!   

Ada ke patut si Aziz Bari ni kata meruntuhkan surau lebih dahsyat dan lebih teruk dari meruntuhkan akidah umat Islam?  Prof ni orang Islam ke apa?  Ker salah sorang yang jadi pengikut Paul?  Kata Aziz Bari:  "Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.  Memangla bangang tahap ayam!  Setakat runtuh surau, tak kan itupun Sultan nak campurtangan bang oiii.  Ini memesongkan akidah, bukan sorang dua pulak.  Tapi ramai.  Bukti dah ada.  Cuma tidak cukup.  Tidak cukup bukan bermakna tidak berlaku kejadian memurtadkan tu.  Ada faham?  Lagipun Sultan Selangor terlalu bijaksana.  Bagindapun tak nak lah orang Kristian marah sebab yang mengada-ngada nak tukar agama tu orang Islam jugak.  Yang terhegeh-hegeh mintak bantuan dari gereja tu orang islam jugak.  Jadi lebih baik kata tak cukup bukti.  Lebih selamat dan tidak merbahaya kepada negara yang berbilang agama ni.    

Kalau iyapun nak ampu golongan DAP yang banyak duit tu, janganlah sampai menderhaka kepada Sultan.  Dan lebih penting jangan sampai menderhaka kepada Allah.  Jangan menzalimi diri.  Tak kan nak masuk neraka main cak cak dengan Lim Guan Eng kot??? 

1 comment:

  1. Anonymous11:04:00

    Biadap dan durhaka itulah gelaran yang wajar diberi....semuga bertaubat..

    ReplyDelete