Tuesday 4 October 2011

CHE'GUBARD KENA MAIN.....

Patutlah akak tengok beberapa mingguni, amat payah sekali tengok che'GuBard update blog dia, rupanya dia merajuk.  Dia baru terasa yang dia kena main ngan PKR yang dia duk puja-puja tu.  Kalau kena main belakang ngan Anwar mungkin che'GuBard tak kisah kot....hehehe.  Kesian mamat ni.  Dia kecik hati rupanya.  Che'GuBard mintak perhatian Anwar dan pimpinan tertinggi parti pasal penyelewengan pemilihan PKR 2010.  Dah setahun berlalu, tapi semua boo layan.  Memang macam nak menitik airmata akak membaca tulisan che'GuBard.  Huhuhu....

U all bacalah ya....

Syukur akhirnya saya dapat surat setelah hampir setahun

Aduan pertama mengenai penyelewengan pemilihan PKR 2010 sekitar Oktober. Manakala secara rasminya saya telah panjangkan surat saya yang lain pula tapi masih dalam isu penyelewengan pemilihan bertarikh 18 November secara sendirinya kepada Presiden Parti pada hari yang sama.

Selepas dari itu saya menanti dengan sabar untuk mendapat balasan. Saya diberi janji melalui media bahawa saya akan dapat balasan dalam masa 2 minggu ketika Kongres Nasional 2010 berlansung. Malah dalam satu kenyataan yang tersiar dalam media antara pimpinan tertinggi pula dengan selamba mengatakan pada ketika itu semua dah selesai dan che'GuBard sudah dijawab.

Selepas dari itu saya telah hantar berpuluh email, surat, sms dan posting menuntut jawapan juga dihantar dalam blog, twitter dan akaun facebook saya, namun semuanya diam. Walaubagaimanapun saya ada menerima dua surat (mengenai isu berbeza) dari ibu pejabat di alamat rumah saya, perpuluh kad raya dari pimpinan kanan parti itu belum masuk beratus email perbagai perkara dari ibu pejabat namun tidak satu pun merupakan respon mengenai aduan saya.

Yang terakhir ialah pada 29 September 2011 saya telah menghantar sms kepada beberapa pimpinan tertinggi parti untuk menuntut jawapan dari aduan saya, itupun saya diberi respon yang cukup pedih seperti "jangan ugut","nak apa lagi?", "kamu dendam kesumat" dan perbagai lagi, namun amat hargai masih ada seorang naib Presiden masih cuba memujuk namun saya tegas saya cuma mahu keadilan yang sering kita sendiri perkatakan.

Sepanjang penantian ini bila saya bangkitkan soal dalam mendapat proses keadilan dalam aduan penyelewengan pemilihan 2010 saya terus dianggap jahat, musuh malah ada yang mula mengatakan saya mendapat sesuatu habuan dari pihak tertentu untuk rosakkan parti. Ada yang bertindak melampau menggunakan nama Anwar Ibrahim cuba menggagalkan jemputan program melibatkan saya mahupun menggunakan nama Anwar Ibrahim untuk menggagalkan program organisasi lain melibatkan saya.

Di Negeri Sembilan pula ada pihak dalam Majlis Pimpinan Negeri yang berselindung sebagai sumber dalaman menghubungi wartawan media perdana termasuk Utusan untuk membuat laporan kononya saya akan keluar parti masuk DAP. Saya diserang kiri dan kanan dalam parti sendiri namun atas nama perjuangan menumbang regim dan membela rakyat terbanyak saya bertahan dan terus menjalankan peranan yang termampu.

Di sini saya nak ucap penghargaan tinggi kerana akhirnya saya perolehi juga surat jawapan yang ditunggu cuma cara penghantaranya amat pelik. Pada 30 September 2011, jam 12.36 petang saya mendapat email dari Amizudin Ahmad yang memanjangkan email dari shahidah@keadilanrakyat.org yang beliau terima pada tarikh yang sama yang dihantar melalui iPad4.

Kenapa tidak terus hantar kepada saya ? Adakah ibupejabat sudah memadam atau terhilang rekod che'GuBard ?

Apapun terima kasih kerana masih sudi menjawab.

Hari ini saya balas surat tersebut dengan meminta untuk diperjelaskan bagaimana siasatan boleh dilakukan tanpa memanggil saya selaku pengadu. Bukankah asas prosedur siasatan seharusnya pengadu dipanggil untuk dirakam kenyataan dan diminta penjelasan dalam perkara yang ditimbulkan. che'GuBard mohon penjelasan bagaimana prosedur siasatan dilakukan dan siapa yang terlibat ?

Kebanyakan jawapan yang diberikan tidak juga menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam aduan che'Gubard malah terdapat juga percanggahan dengan bukti-bukti yang masih disimpan. Semua ini akan dijawab selepas 14 hari dari tarikh surat hari ini untuk mohon bagaimana prosedur siasatan.

"Keadilan yang tertangguh ialah keadilan yang dinafikan" kata - kata ini sering kita laungkan namun adakah kita berpegang padanya. Tempoh yang lama tertangguh menyebabkan sedikit kesukaran untuk mengumpul semula bukti dan saksi yang jika pada peringkat hujung tahun lepas agak mudah untuk dibentangkan. Namun saya tidak akan mengalah.

Perlu saya tegaskan juga tidak ada pimpinan kanan parti yang hadir untuk berbincang mengenai perkara ini kecuali yang terakhir ialah YB Fuziah Salleh yang meminta kami bersabar ketika kongres nasional dan beliau berjanji kononya parti dah mengakui beberapa perkara dan akan diadakan beberapa tindakan segera, itupun senyap hingga sekarang. Selepas itu saya lebih dianggap musuh kerana tuntutan keadilan saya.

Persoalanya bukan jawatan, ada atau tidak jawatan saya dan teman terus bekerja. Kita berada dalam ruang ini ialah kerana kesedaran untuk berjuang bukan kerana jawatan. Namun persoalan yang dituntut kini ialah keadilan. Ini merupakan eksesais penting jika benar kita serius untuk memasuki Putrajaya selaku pelaksana amanah yang adil.

Bagi saya PKR masih parti terbaik untuk menyelamatkan negara yang makin hilang daya saingnya jika kita mampu bersikap matang dan terbuka dalam menjamin keadilan dan perbezaan pendapat dalam parti. Gabungan PKR dalam Pakatan Rakyat mampu menyelamatkan negara demi rakyat.
 

No comments:

Post a Comment