Wednesday 5 October 2011

ESOK NIK AZIZ AJAK RAKYAT KELANTAN KELUAR BANTAH KARPAL!!

Bukan main lagi hebatnya permainan PAS Kelantan.  Esok katanya akan diadakan Himpunan Kesyukuran Hudud sebagai menterjemahkan rasa syukur di atas penerimaan rakyat negeri itu terhadap perlaksanaan Kanun Syariah Jenayah ll (Hudud).  Yang akak duk pelik tu, bila pulak rakyat negeri Kelantan kata depa terima Hudud?  Ini semua lakonan semata-mata.  Nik Aziz sebenarnya nak kumpulkan rakyat Kelantan untuk bagitahu Karpal yang depa semua bersatu dan Karpal perlu blah dan jangan menyibuk pasal Hudud.  Nik Aziz nak Karpal tengok lautan manusia yang akan menentang Karpal bila-bila masa sahaja.  Akak dah boleh baca permainan Nik Aziz dan PAS.  Dalam duk sakit hati sebab Karpal dan DAP memalukan depa sebab menolak Hudud, tapi PAS tetap takut dengan DAP.  Jadi jalan yang baik adalah adakan perhimpunan aman sebagai bantahan dan peringatan kepada DAP.  Tapi Nik Aziz nak tahu apa kata Karpal bila tengok rakyat Kelantan berhimpun esok?  Dialog Karpal:  Ada Aku Kisah? 


No comments:

Post a Comment