Wednesday 12 October 2011

ROSMAH MANSOR MULA DIKASIHI PEMBANGKANG....

Akhirnya pembangkang mula sedar, mula buka mata terhadap DS Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia yang anggun itu.  Kalau dulu sibuk mengata, sibuk duk cakap pasal DS Rosmah melakukan pembaziran tegar dan lain-lain lagi, tapi kini nada pembangkang dah berubah.  Rupanya dalam diam depa duk  minat kat DS Rosmah, itu sebab apa yang DS Rosmah buat semua depa ambik berat.  Kadang-kadang perhatian pembangkang terhadap DS Rosmah lebih banyak berbanding DS Najib.  Sebenarnya depa jeles dengan kebolehan DS Rosmah yang boleh berdikari dan membantu Perdana Menteri. 

Akak sebenarnya tak sangka jugak bila blogger tegar pembangkang yang derhaka tu nak siarkan dalam blog dia pasal DS Rosmah yang dipelawa untuk menjadi salah seorang penaung Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh.  Yang akak kagum tu, si blogger ni siap cari berita tu dalam Utusan dan tengok kat berita TV3 dan hampa bila berita tu tak disiarkan.  Kerana tak puas hati maka dia siarkan sendiri di blognya dengan memetik berita dari Bernama.  Baguslah macamtu.  Jangan cerita cincin, rantai DS Rosmah jer nak ditulis.  Jangan cerita fitnah aje yang dikeluarkan. 

Tapi akak percaya segalanya ada sebab dan musababnya.  Dan akak percaya manusia derhaka tetap akan derhaka....Tapi kalau dah taubat, tak tahulah pulak akak.  Itupun pasti ada sebab dan musababnya. 

Kalau nak diikutkan, akakpun jeles jugak dengan DS Rosmah sebab akak tak secantik DS Rosmah walaupun jauh lebih muda.  Akakpun jeles jugak sebab DS Rosmah pakai barangan mahal, tapi itu dah memang sepetutntya berlaku.  Akakni satu barang kemaspun tak ada kat badan.  Bukan sebab tak ada duit nak beli, tapi takut orang rompak, takut jiran tetangga jeles, takut kengkawan datang pinjam duit.  Hehehe

 __________________________________________________________________

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/10/nama-rosmah-mengharum-di-bangladesh.html

Wednesday, October 12, 2011

Nama Rosmah mengharum di Bangladesh.. kenapa tiada dalam Utusan?


Tercari-cari juga aku akan berita ini didalam Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan, sepatutnya Lidah Rasmi UMNO tersebut meletakkannya sebagai tajuk utama tapi tidak..


Buletin Utama TV3 juga tak menyiarkan berita ini.. pasal apa agaknya?? tak berbanggakah diaorang dengan pengiktirafan terhadap Rosmah ini??

Universiti Bangladesh Namakan 10 Zamalah Bersempena Nama Rosmah
PUTRAJAYA: Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh pada Selasa mengumumkan pewujudan 10 zamalah mengambil sempena nama Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengasas, presiden dan ketua pegawai eksekutif universiti berkenaan, KamalAhmad, turut mengumumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak itu dilantik sebagai penaung AUW.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada AUM kerana mempelawa beliau menjadi salah seorang daripada penaungnya.

Kata Rosmah, beliau menerima pelantikan sebagai penaung antara lain disebabkanbeliau berpendapat wujud peluang bagi wanita muda Malaysia untuk mengikutipengajian di universiti seperti itu dan berinteraksi dengan pelajar dari negaralain.

No comments:

Post a Comment