Wednesday 23 November 2011

HARIMAU MUDA MENGECEWAKAN!!!!

Harimau Muda dah bunuh 2 orang dan mencederakan ramai lagi penonton Indonesia!  Kejam sungguh!  Dan kekejaman itu menjalar ke Malaysia.  Harimau Muda bukan setakat bunuh 2 orang tetapi berpuluh orang!!  Akak pun tak berapa pasti jumlahnya tetapi itulah hakikat sebenar yang membuat ramai orang yang kecewa dengan Harimau Muda Malaya ni!

59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa yang dimenangi oleh kontingen Malaysia tidak dapat menandingi satu pingat emas yang dimenangi oleh bolasepak.  Betul cakap-cakap orang bahawa kemenangan Harimau Malaya ke atas pasukan Garuda, Indonesia umpama memenangi Sukan Sea 2011 secara keseluruhannya.  Padahal ianya cuma 1 pingat emas dari 59 pingat emas yang dimenangi Malaysia.  Liputan meluas, layanan dan sambutan keterlaluan kepada pasuan Harimau Malaysa sebenarnya telah membunuh semangat pemenang pingat emas lain-lain acara!

Nama Baddrol Bakhtiar, kapten skuad Harimau Muda yang menjaringkan gol kemenangan bagi mengutip emas, lebih menonjol daripada Adrian Ang yang menyumbang 4 emas, Fatehah Mustapa yang meraih 3 emas, Phillipa, Aaliyah Yoong Hanifah dan nama-nama lain yang turut menyumbang emas kepada negara.  Liputan media seolah tidak mampu berlaku adil terhadap pemenang-pemenang lain apabila gambar, catatan, ulasan TV dan promosi perlawanan bolasepak terlalu menonjol.  Pembaca berita di TV3 juga memakai baju kuning semasa menyampaikan berita sebagai tanda sokongan dan promosi kepada Harimau Muda.  Lapangan Seri pentas juga dibuka bagi menonton perlawanan Harimau Muda.  Pasukan Harimau Muda pulang dengan jet dan disambut meriah di LCCT.  Yang lain??

Tapi akak tak nafikan, akakpun cuma menonton tiga perlawanan akhir yang melibatkan Harimau Muda.  Lain-lain acara tak pulak menarik minat akak untuk menonton.  Memang betul, bolasepak adalah 'ibu segala emas'.  Tapi perlukah liputan yang tidak begitu adil kepada lain-lain acara?  Apakah perasaan pemenang pingat emas yang lain, keluarga mereka, jurulatih mereka?  Dan mungkinkah di Myanmar nanti akan berlaku sesuatu yang diluar jangka:  Malaysia cuma memenangi 1 pingat emas untuk acara bolasepak.  Lain-lain acara tiada pingat kerana semangat kontigen yang lain telah mati di tahun 2011 di Indonesia.....Atau mungkin ini hanya ilusi akak semata-mata.

Malam tadi mimpi Khairul Fahmi datang ajak akak dating....

 
   

5 comments:

  1. Anonymous12:29:00

    Akak, kita tengok siapa yang menang dlm PRU13 nanti.

    Harimau Tua.

    ReplyDelete
  2. Harimau Tua,
    PRU 13 pun macam bola gak. Perlukan publisiti yang positif untuk menang. Perlu ada semangat berpasukan, perlu ada tujuan yang satu. Bukan setakat sorang kata nak hudud, sorang lagi kata tak nak hudud. Macammana nak jaringkan gol?

    Harimau Betina

    ReplyDelete
  3. Anonymous16:47:00

    Dah bolasepak sukan paling diminati..cuba tanya 100 org..minat bola ke minat water ski..adala 2 kerat yg minat water ski..cuba la masa pertandingan water ski panggil org dtg tgk kat sri pentas..agaknya ada org dtg x?..sukan lain tu kalau liputan meluas macamana pun org tanak tgk..
    Rakyat Malaysia tgh hepi meraikan kemenangan bolasepak ni jgnlah timbulkan isu yg boleh potong stim...terimalah hakikat...adoiyai..

    ReplyDelete
  4. Anon 16:47

    Alahai, akak cuit sikit je dah potong stim? Takpe, nanti kasi stim balik malam ni, tengok Harimau bertarung eh....

    ReplyDelete
  5. Anonymous08:06:00

    cam budak bodoh jea ko tulis artikal nie

    ReplyDelete