Wednesday 30 November 2011

MUHYIDDIN YASSIN MEMALUKAN!! TAK LAYAK JADI PM!!

Teruk betul ucapan TS Muhyiddin Yassin!  Memalukan dan memualkan.  Mana hati tak bernanah bila TS Muhyiddin kata DAP memberi definisi kepada Islam  yang dianuti PAS, PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka, PAS tidak mampu menyediakan air bersih kepada rakyat Kelantan lagi mahu cakap nak buat Negara Kebajikan. Semua yang buruk-buruk pasal PAS.  Mana hati tak sakit, mana mulut nak tahan dari meluahkan kemarahan.  Dan salah seorang yang tak mampu nak tahan perasaan bengangnya ialah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.  Salahudin menyifatkan ucapan TS Muhyiddin memalukan dirinya kerana membidas DAP, PKR dan PAS malah tidak layak diucapkan oleh bakal Perdana Menteri.  Baca SINI

Sebenarnya bagi akak, tahap pemikiran Salahudin sama dengan tahap pemikiran PAS dan pakatan yang lain sebab depa hanya nampak apa yang depa nak nampak jer.  Depa terasa bila TS Muhyiddin Yassin duk telanjangkan penipuan dan kehodohan sikap parti depa.  Depa nampak teks yang itu jer la.  Padahal ada banyak lagi perkara yang disentuh oleh TS Muhyiddin.  Kalau Salahudin kata TPM tak cakap pasal gagasan dan wawasan pembangunan negara, dia memang SALAH.  Salahudin Salah!  Bacala balik teks TPM!

TS Muhyiddin menyentuh penubuhan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera dan TERAJU, tentang Program Transformasi Ekonomi Bumiputera, tentang penubuhan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bagi membantu anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan, tentang komitednya kerajaan membantu sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dan lain-lain yang sepatutnya si Salahudin ni baca dan ambik tahu!  

Dan untuk cakap pasal gagasan dan pembangunan negara, Salahudin boleh jengah balik Belanjawan 2012 yang dibentangkan.  TPM nak cakap balik semua gagasan tu kat Perhimpunan Agung UMNO buat apa sebab semua para perwakilan dah tahu, dah jelas tentang gagasan dan pembangunan negara.  Yang masih belum jelas ialah orang-orang macam Salahudin. 

Entahlah labu!  Tapi akak suka pantun 4 kerat TPM hari tu tentang PKR.  Untuk ingatan akak letakkan balik kat bawah:-

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu,
PKR umpama golok kayu,
Tetak tak lut gadai tak laku.

Kalau boleh akak nak bagi gak pantun 4 kerat kat Salahudin.  Dengar ye encik Salahudin....

 Encik Salah memakai coli,
 Coli dibuat dari perca,
Air pun ada E.coli,
Apa cer?

Sila jawap ya encik Salahudin......hehehe

       

1 comment:

  1. Anonymous18:30:00

    En Salah pakai coli?
    Eh biar betul kak.
    Coli dia saiz 40 ke?
    Coli perca pulak tu.
    jenis triumph koooot.

    ReplyDelete