Thursday 5 January 2012

9 JAN: ANWAR DIDAPATI TIDAK BERSALAH!

9 Januari 2011:  Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.  Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah meneliti hujahan ke dua-dua belah pihak dan mendapati tidak terdapat ...............

Jika itu keputusannya memang ianya amat baik untuk Umno dan BN.  Yang akan terperanjat ialah Azmin serta kaum pembangkang yang sebenarnya mengharapkan keputusan sebaliknya.  Mereka mahu Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara.  Azmin mahu menjadi Ketua PKR.  DAP dan PAS merasakan Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada perjuangan mereka.  Anwar tanpa sedar dirinya menjadi alat kepada DAP dan PAS.  Dia merasakan dirinya hebat, sebaliknya dia dipergunakan secukup-cukupnya oleh mereka yang konon menyokongnya.  Itulah kebodohan Anwar yang dia sendiri tidak pernah tahu.  Betullah cakap orang, orang yang perasan dirinya bijak sebenarnya adalah bodoh.  

Jika itu keputusannya Anwar bakal diketepikan terus.  Dia tidak lagi mampu menyumbang apa-apa kepada parti.  Suaranya adalah suara lapuk yang tidak lagi menusuk.  Suaranya adalah suara 'bapuk' yang sekadar penyeri si kaki-kaki bontot di celah-celah bangunan kusam.  Paling hebatpun Anwar bakal terlibat dalam NGO yang memperjuangkan orientasi seksual yang pelbagai.

Jika itu keputusannya Umno dan BN bakal menyaksikan sokongan rakyat atas pagar kembali kepadanya.  Mereka selama ini merasakan Umno dan BN begitu takut terhadap Anwar dan berkomplot dengan mahkamah bagi menyumbat Anwar ke dalam penjara.  Bila sebaliknya berlaku, tahulah mereka bahawa segala-galanya adalah permainan Anwar dan pembangkang sendiri.  Tuduhan liwat itu betul, tetapi itu adalah permasalahan peribadi antara Anwar dan Saiful.  Puak pembangkang akan gelabah dan hilang punca.  Pergaduhan sesama mereka bakal terjadi dan ini adalah bagus untuk Umno dan BN.  Mereka tidak lagi boleh meneruskan kempen 901 dan mengharapkan rakyat akan berdemo di jalanraya, demi menuntut keadilan.  Paling bagus yang boleh mereka lakukan ialah menghasut mahasiswa untuk melakukannya.  Pun perlu diingatkan, ibu bapa penyokong pembangkangpun pasti tidak mahu anak kesayangan mereka dibuang dari universiti dan pastinya sambutan untuk demonstrasi pelajar tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.  

Dan jika ini berlaku....pasti ianya adalah komplot BN dan mahkamah.   Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah dibayar oleh DS Najib untuk melepaskan Anwar demi survival politiknya kerana sebenarnya segala bukti keterangan sebelum ini adalah mencukupi untuk menyumbat Anwar ke dalam penjara!            

No comments:

Post a Comment