Wednesday 25 January 2012

KHALID IBRAHIM MELAMPAU! PENDEDAHAN TERBARU PEMBANTU EXCO AGAMA ISLAM SELANGOR!

Memang sah!  Khalid Ibrahim sanggup menggadaikan Agama Islam demi kepentingan politik peribadinya semata-mata.  Dari dulu lagi Khalid bukan pemimpin yang prihatin dengan masalah orang Islam dan agama Islam itu sendiri.  Dia lebih pentingkan paderi, lebih mengutamakan gereja dan cukup takut kepada LGE dan Teresa Kok daripada hukuman Allah.  Sebab tu dia tak sabar-sabar nak pecat Hassan Ali dari jadi exco Selangor yang jaga Hal Ehwal Agama Islam.  Walaupun penggantinya dari PAS, Dr Yunus dilantik, tapi Khalid Ibrahim rampas portfolio Hal Ehwal Agama Islam.  Dia ingin kontrol JAIS dan MAIS.  

Mustahil Khalid Ibrahim tidak tahu yang dia sibuk dengan urusan lain sebagai MB Selangor.  Masakan dia ada banyak masa untuk menjaga portfolio yang amat penting itu, apatah lagi dalam masa sekarang yang memerlukan pemantauan yang begitu rapi.  Bukan dia tak tahu.  Dia memang sedar dan cukup faham.  Tapi memang itu yang ingin dia buat.  Khalid Ibrahim anggap portfolio itu tidak penting dan tidak perlukan perhatian yang banyak.  Sebab tu dia bagi tugas dia pada pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor,  Dr Shafie Abu Bakar yang dulu adalah juga pembantu kepada Hassan Ali.  Dia tidak ambik serius hal-hal yang melibatkan Agama Islam.  Dia lebih pentingkan tugas yang lain.  Kalau haritu bagi terus pada Dr Yunus apa salahnya?  Tapi dia tak nak, dia takut Dr Yunus akan pantau pihak gereja, akan pantau rumah pelacuran, judi dan arak di Selangor.  Mana boleh cari makan beb kalau cam gini....Itu pasal si Khalid ni serah tanggungjawab yang kononnya dia pegang tu pada orang lain, mintak pembantu Exco je yang buat kerja.  Mestilah banyak halangan, banyak kekangan.  Ini yang didedahkan oleh Dr Shafie ketika ditanya oleh wartawan: 

------------------------------------
Ditanya beban tugas selepas pertukaran bos, Dr Shafie berkata, beliau yakin kerjanya sebagai pembantu exco agama akan lebih berat dibawah Tan Sri Khalid.

"Oleh kerana dia sibuk dengan pelbagai tugas, mungkin peranan (exco agama) ini banyak diturunkan kepada saya lah.

"Barangkali saya akan lebih banyak menjalankan tugas yang sepatutnya dijalankan oleh Menteri Besar kerana masa dia tak banyak," katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat).

Hakarah
---------------------------------------------  

No comments:

Post a Comment