Wednesday 25 January 2012

DEBAT: PENJUAL UBAT VS PENJUAL ULAM.....

Hujung minggu haritu akak pergi ke Pasar Tani Salak Tinggi.  Dan masa keluar jer dari kereta, telinga akak diterjah dengan suara si penjual ubat bersahut-sahutan.  Katanya, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, ...ubatni untuk kesihatan, cakap je sakit apa, ubat ni akan sembuhkan. Makan je ubatni, sakit kencing manis akan hilang, darah tinggi akan lenyap, dah boleh makan seafood walaupun sebelumni ada gout, kanserpun boleh pulih tuan-tuan.  Setakat migrain, sekali makan je gerenti hilang!  Tu diaaaa....Punyala banyak khasiat ubat tu.  Dan waktu akak menghampiri kawasan tempat orang jual ubattu, punyalah susah nak lalu.  Orang berkerumun mendengar.  Kagum.

Dan tika sampai ke tempat si penjual ulam, suasana agak aman.  Hanya layanan mesra pakcik yang senyum sambil membungkus ulam yang dibeli pelanggan.  Makcik, yang barangkali isteri pakcik tak cukup tangan menyelok kocek dan beg tangan kecik tanpa jenama menerima bayaran dan mengembalikan duit baki kepada pelanggan.  Tidak ada suara pekikan supaya membeli ulam-ulaman dan tidak ada khasiat yang diceritakan bagi menarik pelanggan.  Orang tetap ramai yang membeli.

Ke dua-dua senario di atas umpama gambaran dua individu yang diajak mengadakan debat bagi menunjukkan kehebatan masing-masing.  Anwar umpama si penjual ubat yang terlalu petah menawarkan pelbagai janji bagi menyembuhkan pelbagai penyakit seperti rasuah dan kemiskinan. Dan rakyat yang mendengar begitu teruja dan ingin untuk percaya.  Tapi Najib seperti si penjual ulam, yang tidak perlu berjanji itu dan ini kerana rakyat sudah tahu khasiat ulaman itu, rakyat sudah faham dan bersedia untuk membeli ulaman yang ditawarkan Najib tanpa perlu berkokok menyakitkan telinga seperti si penjual ubat kuat itu!  Dan perlu diingatkan bahawa menjadi popular bukan bermakna menjadi yang terbaik.  Suara si penjual ubat mungkin didengar di seluruh pasar dan menarik ramai orang untuk mendengar tetapi tidak semestinya membeli apa yang ditawarkan.  Dan semua orang tahu bahawa ubat yang ditawarkan oleh si penjual ubat kuat bakal membawa kemudaratan kepada sipemakan.  

Cuma kita sedia maklum, walaupun semua orang tahu yang ubat si penjual ubat tidak bertauliah ini bukan boleh dipercayai, ramai jugak yang ingin mencuba.  Kononnya tak salah nak cuba.  Tukarlah ubat yang dibagi dek doktor pada ubat si penjual ubat kuat tak bertauliahni.  Mana tahu kalau boleh hilang penyakit.....Tapi kalau dah terlantar sakit, kalau dah rosak buah pinggang, hempedu, hati dan segala yang dalam perut tu, baru tahu langit tinggi rendah.  Menyesalpun tak guna bang....!!  

Jadi yang mana satu pilihan hati?  Si penjual ubat atau si penjual ulam?  Cuma kengkadang, si penjual ulam kat pasar tani tu kebanyakannya orang tua.  Cer bagi budak muda sikit.  Mungkin lagi ramai yang pekena ulam tuu.....ye dakkk??   

1 comment:

  1. Anonymous09:30:00

    saya pilih beli ulam saja dengan syarat pejual ulam tu boleh buktikan dia tanam ulam sendiri, tak bubuh baja lembu NFC dan tak racun ulam lain yang orang lain tanam..dengan kata lain peenjual ulam yang ikhlassss
    ..

    ReplyDelete