Wednesday 20 June 2012

STEADY KAK WAN! KASI POTONG ITU ANU!!

Pandai jugak Khalid Ibrahim nie.  Dalam gagap-gagap tu, dia bijak jugak sindir-sindir.  Khalid Ibrahim dah mula sebut pasal ABAI.  ABAI yang difahamkan oleh sesetengah orang bermaksud Asal Bukan Anwar Ibrahim.  Bila isu Faekah timbul dan team Azmin dan Anwar mahu Faekah dipecat, Khalid pantas menyebut ABAI.  Kata Khalid "abaikan semua itu kerana gangguan ini tidak akan memberikan nilai tambah kepada objektif anda".  Dan lebih tragis lagi bila Khalid mengungkit kes yang berlaku terhadap Anwar.  Kata Khalid di SINI : "Macam hal Datuk Seri Anwar Ibrahim, berapa banyak kes yang beliau lalui. Apa yang beliau lakukan, abaikannya".  Perkataan ABAI dah semakin mesra meniti di bibir Khalid Ibrahim!  Hahaha

Khalid Ibrahim yang memang tak sebulu dengan team Azmin/Anwar menggunakan peluang ini untuk menyatakan pendiriannya menentang Anwar secara berlapik.  ABAI, katanya.  Faekah yang dikatakan sebagai suara Wan Azizah tidak mungkin seberani itu untuk bersuara mengkritik Azmin, jika tidak mendapat restu dari Khalid dan Wan Azizah sendiri.  Dan ternyata Khalid Ibrahim pantas memuji keberanian Faekah dengan berkata bahawa Faekah melakukan tugasnya dengan baik menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat. 

Macamtu politik PKR.  Baru urus satu negeri dah nak berperang-perang.  Itu belum lagi takbir negara.  Tapi apa-apapun akak yakin ini sebenarnya adalah pertembungan antara Anwar dan Wan Azizah, bukan Azmin dan Khalid Ibrahim!!  Hati Kak Wan terus berdarah......Steady Kak Wan!  Kasi potong itu Anu!

 Cerita lainnya ada di AIDC
 

No comments:

Post a Comment