Tuesday 26 June 2012

ANWAR GERAM KEPADA RAFIZI, PENGARAH STRATEGI YANG SILAP STRATEGI!!

Dia Pengarah Strategi Pkr.  Bila dikatakan Pengarah Strategi seharusnya dia punya strategi perlu hebat, apatah lagi strateginya adalah untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.  Tapi bila akak lihat tindakan Pengarah Strategi Pkr yang mula mendapat jolokan 'bakal PM Malaysia' di usia tua, sama macam KJ, akak rasa dia bukan seorang perancang yang bagus.  Bukan seorang pekerja yang bagus jugak sebab Rafizi sendiri menyatakan dia tidak boleh lama menjawat satu-satu jawatan itu.  Paling lama cuma 2 tahun sahaja.  Kalau 2 tahun sahaja dan suka lompat sana lompat sini, kerja yang dibuatpun tak mungkin sempurna.  Itu pasal, kalau akak tengok resume budak yang nak masuk kerja, kalau dia dah habis belajar selama 10 tahun, tapi dah bekerja di 5, 6 syarikat, akak akan tolak mentah-mentah budak yang macam ini.

Sebagai Pengarah Strategi, mana mungkin Rafizi meletakkan jawatan di saat-saat kemelut yang melanda antara Faekah dan Azmin dan memberikan satu persepsi yang buruk kepada Pkr secara keseluruhannya.  Strategi apa yang Rafizi guna?  Barangkali Rafizi mahu memberi peringatan kepada bos dia si Anwar.  Itu strategi yang memakan parti.  Tapi apa nak dihairankan sebab semua orang Pkr memang mementingkan diri sendiripun, bukannya berjuang demi parti. 

Dan lagi, Rafizi kata dia letak jawatan kerana nak beri tumpuan sepenuhnya kepada parti.  Dia tidak boleh melaksanakan tugas dengan baik jika diberi banyak sangat tugasan.  Pada akak, orang yang macam ini tidak sesuai untuk jadi pemimpin sebab dia tidak boleh buat kerja yang lebih dari satu dalam satu-satu jangkamasa.  Seorang pemimpin harus boleh melakukan banyak kerja, tugasan dalam satu masa.  Jadi kepada sesiapa yang berangan untuk meletakkan Rafizi sebagai calon PM akan datang, tolonglah fikir buat kali ke dua.  Dengan parti yang kecik macam Pkrpun Rafizi dah kelam kabut, apa lagi nak jadi pemimpin pusat.  Terbalik Malaysiani dibuatnya!!    

No comments:

Post a Comment