Wednesday 27 June 2012

MCA KUANTAN AKAN SAMAN FUZIAH. BAGUSLA... JANGAN CAKAP JER BANG!!

Saman jer kalau betul Fuziah bersalah.  Jangan duk ugut-ugut.  Akak dah bosan dengan ugutan.  Akakpun dah bosan dengan kes saman-saman nie.  Dan sila pastikan bila menyaman tu boleh menang.  Jangan kemudian nanti orang buat saman balas, sendiri yang kalah dan diri sendiri yang kena bayar saman.  Dan pastikan betul-betul ada kes.  Jangan buang masa mahkamah dan jangan bikin malu BN.  

---------------------------------------------
MCA Kuantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Anggota Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh jika beliau berterusan melemparkan tohmahan dan fitnah kepada Anggota Dewan Undangan Negerinya (Adun) bersabit isu Lynas.

Ketuanya Datuk Ti Lian Ker berkata dakwaan Fuziah dalam sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam bahawa dua Adun MCA yang bercuti ke Australia atas tajaan Lynas dan sekembali ke tanah air mengatakan bahawa kilang itu selamat, adalah satu fitnah.  Seterusnya di SINI

No comments:

Post a Comment