Tuesday 19 June 2012

SKANDAL TERBARU: IDRIS AHMAD MAIN BOMOH!


Nie apa pulak main bomoh-bomoh nie?  Kata ilmu agama cukup tinggi.  Kalau ilmu agama tu tinggi apasal pulak main cakap dan menukarkan ulamak kepada bomoh pulak?  Janganlah sebab marah kerana ulamak dari timur tengah duk menyokong kerajaan , hang nak gelar ulamak tu bomoh.  

Akak betul-betul tak boleh nak faham kenapa si Idris Ahmad nie marah sangat?  Salah ke kalau ulamak kata kita wajib mentaati pemerintah?   Apakah Idris Ahmad lebih ulamak dari yang hadir di seminar fiqh baru-baru ini seperti Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar dan yang lain-lain?  Macammana boleh Idris Ahmad kata ulamak semua nie bomoh import?

Mungkin Idris Ahmad terkeliru antara ulamak sebenar dengan ulamak Pas yang hebat seperti Azhar Idrus, ostat Ronnie Liu, ostat Nga Kor Ming, khalifah Lim Guan Eng, ostazah Teresa Kok dan Elizabeth Wong.  

___________________________________________________________________

Ulamak Luar Negara Tahu Atau Tidak Kepincangan Negara


Rate This

Ulamak Luar Negara Tahu Atau Tidak Kepincangan Negara
Idris Hj Ahmad
19/6/12
Seperti yang dijangka, ” Seminar Feqh Mentaati Pemimpin” telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini. Pembentang yang dijemput kebanyakan  daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini. Umno BN yang lemas untuk mendapat sokongan terpaksa menggunakan khidmat bomoh (ulamak)  luar setelah bomoh dalam tidak boleh pakai. 

Pemimpin Umno tahu bahawa  orang Melayu begitu kagum dengan orang Arab, maka mereka bawa tokoh-tokoh ulamak daripada Timur Tengah untuk menghalalkan tindakan kerajaan BN. Mungkin mereka sendiri tidak tahu kerajaan  BN adalah kerajaan yang kianat amanah rakyat, buktinya daripada laporan Ketua Audit Negara. Apakah ulamak  ini mengetahui kepincangan dalam pilihanraya di negara ini?.

Satu lagi persoalan yang timbul ulamak yang datang ke Seminar ini adakah mereka ini berperanan menasihat pemimpin negara mereka yang tidak demokratik. Apakah peranan mereka ketika pemimpin Jordan, Mesir, Saudi yang menjadi tali barut kepada Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan kepada negara Plestin. Apakah nasihat mereka kepada pemimpin negara mereka yang menjadi tali barut kepada Amerika Syarikat.
Kita mengharapkan kepada ulamak ini jangan dikatakan orang kuman seberang laut nampak gajah depan mata tidak nampak.

4 comments:

  1. memang tidak adil dan amat dangkal lah tindakan Idris Ahmad jika benar beliau berkata demikian...

    wallahi, bagi saya pembentang2 atau ulamak2 dari Timur tengah ini sangat teliti dalam mengeluarkan pandangan dan amanat kepada para peserta seminar berdasarkan kefahaman agama mereka yang mantap.

    sedikitpun mereka ini tidak bias dalam mengeluarkan fatwa atau pendapat...
    sehingga amat susah bagi media BN untuk memanipulasikan (edit-cut & paste)kenyataan mereka melainkan hanya sedikit...

    dan saya tidak nampak pun mereka ini menyebelahi BN yang Zalim itu..

    BN adalah mangsa yang paling teruk dikritik oleh ulamak2 dalam perbentangan mereka...
    bagi sesiapa yg faham la...huuu

    ReplyDelete
  2. pak ngah22:23:00

    pak ngah dah lama tau betapa dangkalnya... dari peringkat bawah sampai atas.. cakap ikut apa yang terlintas dalam kepala lutut dia... dah tu... fakta dia... kena siasat orang yang salah...

    ReplyDelete
  3. Anonymous07:59:00

    Assalamualaikum,

    Sekadar peringatan bagi yang terlupa."Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Al-Maa'idah-Ayat 8)
    Berhati-hati dalam 'posting' yang di paparkan kerana ianya kelak bakal dipersaksikan di padang mahsyar.

    ReplyDelete
  4. komen saya di page Ust Idris Ahmad...
    (ia masih belum di approve sejak pagi semalam):

    ->>

    Assalamu'alaikum ust,

    يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

    berdasarkan Firman Allah yang ini, bagaimana ust nak jawab jika ditanya ape asas atau sumber penilaian ust untuk menggelarkan "Para Pewaris Nabi" ini sebagai bomoh dan mengumpat tentang mereka dengan nada yang sangat negatif?

    ingatlah bahawa setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan nanti..
    lebih-lebih lagi, orang yang ust telah umpat dan fitnahkan ini adalah ulamak2 yang mana daging mereka adalah beracun untuk ust makan!

    jika ust kata sumbernya adalah media BN, ini bermakna ust juga mudah untuk ditipu oleh BN melalui media mereka...
    amat lucu lah, kerana ust sendiri yang ingatkan kami supaya jangan percaya media BN sedangkan ust percaya pada media yang terkenal dengan Penipuannya ni...

    ana hadhir seminar ini, persepsi awal ana juga adalah negatif terhadap pembentang2 yang ana kira, mereka pasti akan cenderung kepada BN..

    Tapi Wallahi, pembentang2 atau ulamak2 dari Timur tengah ini sangat teliti dalam mengeluarkan pandangan dan memberikan amanat kepada para peserta seminar...
    berdasarkan kefahaman agama mereka yang mantap..
    Jazahumullah Khoiron katsiro…wa Hafizohumullah…wa Baarokallahu fihim..

    sedikitpun mereka ini tidak bias dalam mengeluarkan fatwa atau pendapat...
    sehingga amat susah bagi media BN untuk memanipulasikan (edit, cut & paste) kenyataan mereka melainkan hanya sedikit...

    dan ana tidak nampak pun mereka ini menyebelahi BN yang Zalim itu..

    bahkan dalam penilaian saya, BN adalah entiti yang paling teruk dikritik oleh ulamak2 dalam perbentangan mereka berkaitan ciri Pemerintah yang berhak mendapat royalitas daripada rakyat...

    banyak soalan2 yg dikemukakan oleh peserta dengan tujuan nak kenakan Parti Islam tapi jawapan Masyaikh sangat 'Adil dan tidak memenuhi hajat Jahat UMNO itu..

    setiap kita tidak lepas dari silap & salah tidak kira siapa kita...
    moga kita bersedia untuk jadi hamba Allah yang lebih baik.

    nasihat ana untuk diri ana sendiri dan juga untuk ust ialah:

    1. Jangan percaya pada Media BN
    (kerana ia bukanlah satu sumber yang patut dipercayai)

    2. Jangan terlalu ringan Lidah atau tangan untuk menyakiti ulamak2 Kaum Muslimin.

    3. Jangan mudah-mudah saje nak bagi kritikan yang besar (Negatif atau Positif) jika kita/ust tidak dengar sendiri tentang perkara itu dari sumber yang tsiqoh atau dipercayai.

    4. Bersangka baiklah kapada Ulamak sebagai mana ust juga ingin anak-anak murid ust bersangka baik pada ust.

    5. Berlapang dada lah jika kita berjumpa dengan orang yg ikhlas menegur kita seperti yang ana buat ni..kerana ia akan buatkan hati kita lebih tenang dan aman..:)

    wallahu a'lam..

    ReplyDelete