Thursday 7 June 2012

MALAIKAT MAUT MENINGGAL DUNIA!

Bekas Ketua Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Bahadon Baharum meninggal dunia hari ini akibat kanser paru-paru dan strok di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam. 

Arwah yang digeruni penjenayah ketika berkhidmat juga dikenali sebagai 'malaikat maut' kerana setiap operasi yang disertainya membuahkan hasil, sekaligus menumpaskan mereka.
Allahyarham Bahadon, 63, yang menyandang pangkat Deputi Superintendan ketika bersara, meninggalkan empat anak dan seorang balu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Seri Bahtera di sini selepas solat Asar.

Sepanjang kariernya, Bahadun terlibat dengan beberapa kes jenayah antaranya kes Bentong Kali dan Prebet Adam.Oleh kerana keberanian dan ketangkasan melakukan tugasan merbahaya, beliau menerima surat-surat penghargaan dan kepujian termasuk Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1977.

Sumber:  Sinar Harian

No comments:

Post a Comment