Tuesday 12 June 2012

APA? NEELOFA TERIMA LAMARAN RAFIZI!! BIAR BETIK KAK!??

Rafizi bakal buat cerita lembu!  Itu akak tak kisah sangat beb sebab Rafizi dan lembu memang tak dapat dipisahkan. Rafizipun bukannya ada apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakanpun.  Ada tak adapun ialah kejayaannya membawa cerita lembu NFC dan mengakibatkan Shahrizat dan keluarganya kacau.  Itu je la.  Pasal itu Rafizi nak memfilemkan kejayaannya di layar perak.  Nak kasitahu satu Malaya tentang maha hebatnya dia mencipta fenomena lembu.  Semuatu akak tak kisah.  Tapi bila Neelofa terima tawaran Rafizi untuk jadi lembu dalam cerita lembunya, itu akak tak boleh terima langsung!!  Langsung tidak masuk akal Neelofa yang jauh lebih cantik dari akak nie bakal jadi lembu dan dilembukan dek si Rafizi!  Pasti berlaku rusuhan di Kuala Lumpur jika ini betul-betul terjadi.  

Mujurlah segalanya hanya igauan ngeri akak jer.  Bila jaga dari tidur rupanya bukan Neelofa yang jadi lembu, tapi si penyanyi Aisyah tu!  Berduet pulak dengan sekor lembu jantan yang dilakonkan oleh Bob Lokman!  Tajuknya: Tika Lembu Mengawan.  Confirm meletup panggung!!  

Sinopsis ceritanya begini:-
Lembu jantan yang diberi nama BL sebelum ini jagi gemuk bila diberi cukup makan rumput di padang BN.  Walaupun gemuk, tapi BL nie jenis pemalas dan mahu tuan punya padang menyuapkan rumput ke mulutnya.  Kerana buruk sifatnya itu, tuannya tidak lagi mahu menyuapkan rumput kerana masih ramai lembu lain yang perlu dijaga.  Lalu merajuklah lembu BL ini dan membawa dirinya ke padang lain yang hijau.  Di padang hijau inilah lembu BL benar-benar dilembukan dan terpaksa mengikut kata tuan padang hijau.  Jika tidak mengikut kata makan tidak makanlah si lembu BL.  Ketika inilah lembu betina A ternampak akan BL lalu jatuh cinta.  Lembu A akhirnya meninggalkan padang BN dan menyertai padang hijau demi lembu BL.  Dan kini Lembu A mula berbaik-baik dengan empunya ladang hijau agar diberikan satu kawasan untuk dirinya sendiri....Apakah yang akan terjadi kepada lembu BL dan A?  Apakah lembu A diberikan satu padang di Negeri Sembilan?  Apakah lembu BL akan terus menjadi lembu di padang hijau dan mati di syurga hijau itu juga?  Sama-samalah kita nantikan kesudahannya.....  


Akak:  Nampak jer lembu, terbayang wajah Rafizi!  Lembu sungguh!

No comments:

Post a Comment