Monday 2 January 2012

HARRIS IBRAHIM LETAK JAWATAN KERANA KECELUPARAN RPK.!

Wah, bukan sorang dua yang marah dengan RPK pasal kenyataannya hujung minggu baru-baru ini yang begitu menggemparkan. Pas menuduh RPK upahan Umno, kerajaan Selangor yang dituduh rasuah oleh RPK menyatakan itu fitnah dan minta bukti dan ramai lagi yang membidas RPK. Dan terbaru Harris Ibrahim meletakkan jawatannya sebagai presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) kerana kecewa dengan RPK. Harris Ibrahim menyatakan RPK telah lari dari agenda awal mereka iaitu menjadi kuasa ke tiga yang akan menjatuhkan Umno dan BN dan memperjuangkan Asal Bukan Umno/bn atau ABU bersama pakatan rakyat. Harris menulis di dalam blognya sendiri dan diterbitkan di Mkini dan Malaysia Today. Ramai yang menyokong Harris Ibrahim dan mula membenci RPK.

Haha. Padan ngan muka hangpa semua. RPK dari dulu bukan boleh dipercayai. Dia adalah lalang yang buat apa saja demi kepentingan diri. Dan kenyataan yang dibuatnya melalui temuramah oleh media arus perdana pun akak rasa bukan ikhlas dari hati dia. Dia mesti ada tujuan tertentu. Dan akak hairan kenapa orang mesti terpengaruh dengan kata-kata RPK.

Tapi apa yang dikatakan oleh RPK bukan semuanya salah malah kebanyakannya betul dan akak turut bersetuju. Mana mungkin menidakkan ulasan RPK tentang Anwar, Azmin dan Selangor. Semuatu adalah fakta. Cuma RPK tidak mungkin bersetuju sekalipun ianya adalah fakta kecuali dia punya alasan yang patut bagi kepentingan peribadinya sendiri. RPK juga adalah dajjal yang tidak boleh dipercayai sekalipun dia sujud di tikar sembahyang!

5 comments:

  1. Anonymous00:00:00

    Haprak RPK tu nampak ikhlas sekuarng-kurangnya sekali dalam hidupnya.

    Tuan/puan, adik/abang : Belajarlah menghormati pandangan orang lain.

    Hidop RPK Haprak ! Hidop Haprak !

    ReplyDelete
  2. Anonymous00:06:00

    RPK bukan Dajjal..bukan..bukan ..bukan..!

    Dia berkata benar...IKHLAS !

    Dajjal adalah yang bertopeng kan ugama dan kenbenaran bertujuan menipu manusia ! Menngadu domba..suka libatkan orang lain bagi mempertahan oner diri sendiri.

    Demi Allah swt..RPK mengeluarkan pandangan yang dituntun oleh aqal yang sihat dan IMAN !

    RPK : Tahun depan hang pi naik haji la, insyaalah aku doakan !

    -aku : Abu Ahmad - gelaran diberikan di Baitul Maqdis 1996.

    ReplyDelete
  3. blog kak saya bantu promosi dengan link dan follow
    haqap kak dpt buat demikian juga kat blog saya

    teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan Anak Seberang. Akak dah link blog tuan.

    ReplyDelete
  5. Anonymous06:03:00

    rpk bukan dajjal.yang menjadi dajjal ialah nik aziz dan hadi awang kerana disamping menjadi munafik, mereka berdua merosakkan islam dan perpaduan ummah.

    ReplyDelete