Monday 9 January 2012

HASSAN ALI TAK SENONOH?

Main sedap mulut je nak kata apa kat orang. Tapi dah memang itu rasmi manusia, habis madu sepah dibuang. Kiranya Hassan Ali ni macam sepah la. Sepah ke sampah wahai Nik Aziz?

Akak terperanjat gak bila tengok berita kat tv3 tadi bila Nik Aziz mengulas tentang pemecatan Hassan Ali dari Pas. Dengan muka yang masam mencuka Nik Aziz kata suami isteripun bercerai, inikan pulak dalam parti. Kalau dah tak senonoh, pecatla. Wah gitu. Tak senonoh dia kata. Tang mana yang tak senonoh tu? Tang kritik Anwar ke? Kritik orang tak bermoral dianggap tak senonoh ke? Nasihat untuk buat kebaikanpun tak senonoh ke? Habis yang senonoh tu apa? Meliwat? Ajak orang murtad? Merosakkan mahasiswa? Memang pelik sikap Nik Aziz ni. Haritu bukan main canang buat kenduri bila jumpa Hassan Ali sampai Hassan Ali tarik balikla kritikan pasal konsep negara berkebajikan tu.

Sebenarnya Nik Aziz dan Hadi Awang dah tak boleh kontrol geng comolot Anwar yang ada kat dalam Pas tu. Depa semakin berkuasa. Para golongan ulamak dah macam dicucuk hidung. Ikut je la kata depa. Nak wat camana, awak dah tua ye tak? Perjuangan dah tak selari ngan golongan muda. Salah sendiri jugak. Bagi sangat muka sejak dulu. La ni depa jadila anak derhaka yang duk pijak kepala orang tua.

Selamat berjaya lah akak ucapkan kat Nik Aziz dan Hadi Awang. Pada akak sebelum terlambat baik pisahkan diri dari Pkr dan Dapig tu. Tak payah join Umno pun takpe la, janji teruskan perjuangan asal Pas.

4 comments:

  1. pak ngah23:09:00

    sokong kak ...pak ngah dari dulu lg memang pelik dah.... kenyataan seorang tokoh yang sentiasa songsang... cara berfikir terbalik la.... ni kena pesn pd diri pk ngah supaya banyakan muhasabah diri...

    ReplyDelete
  2. Anonymous23:43:00

    Dah nyayuk. Biar depa bawa geng depa masuk neraka. Kita yang waras jangan ikut. Kalau PAS tuduh UMNO kafir, PAS lagi kapeeeerr. Kalau PAS tuduh UMNO sesat, PAS lebih x 10....sesat. Tuhan Maha berkuasa. Kita mohon petunujuk dari ALLAH agar kita tidak disesatkan.

    ReplyDelete
  3. macam lah Hasan Ali ni meliwat..itu betul tak senonoh...

    ReplyDelete
  4. Anonymous15:04:00

    Semasa Anwar Ibrahim dipecat oleh TDM dulu, alangkah baiknya kalau Pok Nik mengeluarkan dialog yang sama..

    ReplyDelete