Tuesday 14 February 2012

JADI WARTAWAN TAPI BANGANG!

Akak ingatkan bila jadi wartawan dia patut tahu banyak perkara sebab sifat wartawan ni suka membaca, suka menemubual orang lain, suka ambik tahu dan serba tahu.  Tapi rupanya ada jugak wartawan keluaran Arab Saudi yang bangang dan bengap tahap ayam!  Akak bukan nak tuduh yang si Hamza Kashgari, wartawan bangang tu bersalah sebab hina Nabi sebab akak sendiri tak tahu sangat apa yang dia tulis dan apa niat dia yang sebenarnya.  Lagipun katanya dia dah mintak maaf.  Cuma yang akak duk hairan, kenapa seorang wartawan boleh bertindak sebangang itu dengan mengicaukan kata-kata penghinaan ke atas Nabi tanpa dia sedar yang hukuman ke atas orang yang menghina Nabi akan dipenggal kepalanya??  Mustahil Hamza tak tahu dan mustahil Hamza sengaja mencari publisiti dengan menggadaikan nyawanya sendiri.

Dan Suhakam pulak, tetiba nak bersuara ni apa hal?  Yang tetiba ramai pulak wakil pakatan yang membantah penghantaran pulang si Hamza tu kenapa?  Hamza lebih kenal negara dia sendiri dari Latheefa Koyak dan N Surendran.  Dia lari sebab dia tahu dia bersalah dan bakal dipancung.  Kalau dah tahu, yang duk gatal tangan menulis kata-kata penghinaan tu apa hal?  Dan memang patutpun kerajaan Malaysia hantar balik sebab dia dikehendaki oleh negara dia sendiri.  Jangan pulak nanti Malaysia dijadikan transit untuk penjenayah dari negara luar.  Kalau kita sendiripun, pasti tak nak penjenayah kita mendapat perlindungan di negara lain.  Boleh jalan la dengan hak asasi.  Kalau dah jadi warganegara, kenalah ikut semua undang-undang yang termaktub. Kalau tak nak ikut, boleh keluar dari negara asal dan menetaplah di negara yang disukai. 
 
Isu si Hamza ni sebenarnya dah dipolitikkan pun.  Hamza telah mencetus satu perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia.  Orang macam Hamza ni patut jangan dibenarkan jejak kaki kat Malaysia ni pun.  Tak pasal-pasal orang Malaysia nak bergaduh pasal budak bangangni.  Jangan buang masa.  Isu dalam negara, isu rakyat negarani masih banyak yang perlukan pembelaan.  Tak payahlah nak sibukkan rakyat asing yang dah dilabelkan sebagai penjenayah tu. Negara dia ada undang-undang dan itu kita patut hormat.  Dia mesti akan diadili kat sana.  Kita pun mesti tak suka negara lain mempertikaikan undang-undang kita.  Sama jugaklah dengan negara lain. 

Tapi ye lah kan, orang macam Suhakam yang menjunjung hak asasi secara total dan lain-lain monyet pakatanni mana tahu nak hormat undang-undang?   

1 comment:

  1. Anonymous18:39:00

    biasa la kak...mano dia buleh buat untung kat situ la dia nak 'pot'...kat youtube sekarang ni macam2 kata penghinaan dilemparkan kepada islam dan nabi muhammad s.a.w....sakit hati yang tidak terkata kerana 'kebahalol-an' seorang pemuda yang tak cukup akal..dengan alasan hak asasi dan kebebasan bersuara..Besar sungguh dugaan yang sedang dihadapi oleh semua umat islam.

    ReplyDelete