Wednesday 1 February 2012

PAS MEMALUKAN....! NIK AZIZ IKUT UNDUR!

Sedih ada, nak gelakpun ada, nak marah pun ada.  Orang Islam lain duk bergelut pasal isu murtad, pasal isu orang Melayu yang ketinggalan, tapi PAS masih sibuk bergelut melayan karenah memo SMM yang tak sampai ke tangan Hadi Awang.  Apa ke besar sangat isunya nak melayan tuntutan bebudak mahasewel ni semua berbanding isu murtad, isu orang Melayu? 

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kata depa dah hantar memo pasal penggantungan pelajar KUIN pada Presiden PAS, Hadi Awang, bulan Mei tahun lepas.  Bila Hadi Awang bagi kenyataan baru-baruni yang dia tak baca dan tak tengokpun memo tu, mulalah SMM buat bising dan sindir orang PAS. Lepastu mula pulak 2 orang kanan Hadi tuduh menuduh sesama sendiri.  Kata memo tu ada dah bagi kat orang ini, orang ini pulak kata tak terima pun.  Alahai PAS, setakat memo tu lupakan ajelah.  Bebudak KUIN yang digantungtu pun bukannya mati, depa dah masuk kolej balikpun, dah belajar pun.  Cuma sorang je lagi yang masih berbaki masa penggantungannya.  Nanti dia masuklah belajar balik.  Apa yang nak angkat pot sangat?  

Memang betullah kata Hassan Ali, parasit dalam PAS dah semakin membiak, membunuh satu persatu golongan ulama.  Walaupun akak bukannya orang PAS, tapi akak rasa sedihlah jugak dengan sikap orang-orang Islam yang berpolitik macamni.  Akak berharap jugak akan ada parti politik berteraskan Islam yang jadi pembangkang seperti PAS dapat membantu mengimbangi tindak tanduk kerajaan pusat.  Tapi PAS semakin lemah, semakin hilang integriti dan semakin terpesong dari landasan yang diperjuangkan.  Sekarang bila orang tengok PAS, orang akan nampak figura Anwar Ibrahim, orang akan kaitkan dengan DAP, orang akan fikir tentang Islam yang liberal.  Bangsa lain akan gelak je dengan orang Melayu dan Islam.  Itu yang lagi buat akak rasa pedih.  Makan dalam beb.  Rasa semakin geram dengan Anwar si penjilat Israel tu dan dengan kuncu-kuncunya dalam PAS.  

Kalau macamni, kira dah jatuh wajib Nik Aziz berundur beb!  Dan lebih elok kasi bubar je PAS.  Lebih baik ada JATI walaupun Hassan Ali tu bukannya boleh pakai sangat.  Tapi itu lebih baik dari orang PAS yang ada kat Malaysia ni!!


No comments:

Post a Comment