Thursday 2 February 2012

MAHASEWEL DIAJAR!

Untuk semua mahasewel yang kerjanya tak lain dari berdemo dan hantar memo, sila baca berita ini.

Kenapa kena baca, sebab korang kena tahu yang nak mengubah sesuatu dengan tunjuk perasaan, berdemo, berbaring atas jalan, bawak sepanduk, menjerit bagai orang gila sebenarnya tak akan bawak kemana.  Contohnya kat Mesir tu.  Kononnya kebangkitan rakyat telah jatuhkan pemerintah.  Memang betul boleh jatuh, tapi lepas tu apa?  Lepastu, tak mungkin orang yang dah terbiasa berdemo, tunjuk perasaan, merusuh ni semua akan buang sifat buruk dia orang.  Untuk mintak apa-apa aje depa akan berdemo, bergaduh.  Mana-mana pihak silap sikit je, pihak yang satu lagi akan merusuh.  Macam yang terjadi kat Mesir tulah.  Pasal bolapun nak berbunuh-bunuhan.  Korang bolehlah cakap yang korang berdemo secara aman.  Mula-mula aman la.  Cer ada yang mati, mesti ada yang akan balas dendam.   Itu semua akan jadi budaya sampai mati.  Korang nak ke Malaysia ni jadi cam gitu?  Kalaupun nanti Pakatan memerintah, budaya tu tak akan boleh mati punya.  Jadi, baiklah budaya merusuh, berdemo, berarak dan berbaring kat jalanraya tu korang buang dari menjadi hobi semasa masih budak lagi ni.  Carilah hobi baru, menulis ke, kumpul stem ke, kumpul duit ke.  Itu lebih berfaedah.  Nanti orang boleh beli kereta harga berjuta, korang marah pulak.  Orang mampu beli rumah mewah, korang sakit hati pulak.  Fikir-fikirkanlah......      

No comments:

Post a Comment