Wednesday 22 February 2012

MKINI BUAT HAL LAGI.......

Nilah kebebasan akhbar.  Boleh putar cakap, boleh pusing sana sini.  Mkini yang tak sedar diri tu pun masih lagi nak mengutuk kebebasan akhbar kat Malaysia ni.  Masih tak nak mengaku yang kebebasan media di Malaysia lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi daripada Malaysia di rantau Asia Tenggara.  Cer tengok cara Mkini punya laporan:  
Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.

Apa yang Mkini tak nak tekankan ialah kedudukan Malaysia yang lebih baik berbanding Brunei di tangga ke-125, Singapura (135), Thailand (137), Filipina (140) serta Indonesia (146).  Lihatlah perbandingannya!  Kalau pembaca duk baca kenyataan yang di perenggan atas saja dah tentu-tentu mengutuk Malaysia macam nak rak.  Depa tak tahu yang Singapura yang depa duk agung-agungkan tu lagi teruk indeks kebebasan akhbar dia.  Lagi banyak kekangan, lagi tidak demokrasi dan terkawal kebebasan bersuara dekat sana berbanding Malaysia.  Pun macamtu, orang Malaysia yang tak reti nak bersyukur dan tak reti nak berterima kasih macam Mkini dan Pakatan pembangkang, depa cuma tahu nak mengutuk jer....!  Pun depa kutuk bukan sebab depa rasa kerajaan tak bagus.  Depa kutuk supaya rakyat marah, supaya rakyat bangkit tentang kerajaan dan undi puak depa. 

Perkara yang baik-baik yang dibuat oleh kerajaan, depa duk sorok celah kangkang.  Kalau kena tang depa, yang burukpun depa spin bagi nampak cantik.  Macam kes Anwar duk sokong Israel.  Walaupun dah tentu-tentu buruk, tapi depa spin dan kata yang Anwar cakaptu selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.  Siapa Nik Aziz dan Majlis Syura Pas?  Siapa je orang Malaysia berbanding dengan puak Hamas dan Fatah untuk berbicara tentang Palestine dan Israel?

Macamtu lah...bila kebebasan yang diberi tidak digunakan dengan sebaiknya bagi mereka yang terlalu mengidamkan kuasa......Dah bebas, nak bebas lagi, lama-lama boleh terbabas bang!
 

No comments:

Post a Comment